Rate

BAB 2

Family Completed 378

Dia mengomel. Tapi diturutkan juga kehendak Jamil . Entah apa yang difikirkan oleh Jamil sukar benar hendak dia mentasdik pemahaman.

Tapi... daripada tanah itu terbiar begitu sahaja, maka baiklah ada yang mengusahakannya.

Maka di mata dia, hanya Jamil sahaja yang berminat. Sejak Jamil balik mengaji di luar negeri enam tahun lalu. Jamil pulang ke kampung dan sungguh-sungguh mahu mengusahakan tanahnya yang terbiar itu.

Jamil benar-benar mengerah tulang empat kerat, berpeluh keringat dan berhabis duit ringgit untuk tanahnya itu.

Dan kerana sikap Jamil itulah juga yang menumbuhkan kembali semangat untuk dia berkebun. Biarlah hanya berkebun ubi dan keledek sahaja. Biarlah. Pagi dan Petang ada juga tempat dia bersenam sambil bermandi peluh.

“Tok…siapa kata kita hendak makan ubi dan keledek hari-hari. Lama-lama nanti… kita pun jadi ubi juga dibuatnya”

“Habis tu… yang Jamil tanam pokok ubi dan keledek ni, bagai hendak makan tujuh keturunan kenapa? Hish! Peliklah Tok. Orang lain sibuk tanam kelapa sawit sebab hasilnya lumyan. Tapi kamu? Tanam ubi. Betul-betul Tok tak faham” dia mengeleng-gelengkan kepala.

“Haa… itulah beza Jamil dan orang lain tok. Tanam kelapa sawit, lumayan? Belum tentu Tok… silap-silap kena ngam!” Jamil menghamburkan ketawa.

“Tanam kelapa sawit memang lumayan tok. Tapi hendak menjaganya cerewet dan kos mengurusnya mahal. Kena beli racun, baja, kalau kena penyakit lain pula racunnya. Tuaiannya juga lambat. Kalau sudah mengeluarkan buah, Tok hendak menyandaknya? Jamil ? Aduh… Tok. Bukan kerja mudah. Tak larat Jamil tok. Mahu patah tiga tulang belakang Jamil ni, ha.” Sambung Jamil .

“Laa… sama juga macam Jamil tanam ubi ni ha… semuanya duit juga.” Kata dia enggan mengalah.

“Haa… ubi dan keledek ni lain tok. Semula jadi sifatnya. Tahan penyakit dan tidak perlu dimanja sangat. Tabur baja sekali sekala sahaja. Kemudian kita beli baja pengemuk buah, supaya buahnya lebih besar dan sihat. Kalau hendak jimat, hah! Tahi ayam di reban Tok tu pun boleh dibuat baja. Sama juga dengan keledek. Batang ubi… batang keledek, tak perlu tanam berbaris macam pokok kelapa sawit. Campak sahaja pun tumbuh tok. Tidak perlu penjagaan yang rapi sangat. Mudah. Senang. Hasil pun lebih cepat daripada kelapa sawit. Macam yang Jamil katakan tadi, sekarang ini, ada sejenis ubi, 3 bulan sahaja sudah mengeluarkan buah. Nanti kita cari pokoknya di mana-mana atau kita beli.” Begitu penerangan Jamil . Penerang Jamil yang agak panjang, membuatkan mulutnya ternganga juga sehingga menampakkan baris giginya yang telah lompang sana sini.

“Di mana Jamil belajar semua ini? Bercakap macam serba tahu sahaja, ilmunya dari mana?” tanya dia sangsi.

“Haaa… itu yang kena Tok tahu. Zaman sekarang, zaman ICT Tok. Semuanya berada di hujung jari sahaja. Apa yang penting, ada komputer dan jaringan internet, paling tidak pun ada telefon bimbit yang membolehkan kita melayari internet. Kalau sudah ada kedua-duanya, ibarat macam dunia ini kita punyalah…” usik Jamil .

“Itu adalah Tok dengar-dengar bunyi… net... net… tu. Tapi tidaklah Tok berapa hendak faham maksudnya. Maklumlah Tok ni bukan sekolah tinggi seperti kamu, Jamil . Setakat darjah 5 sahaja. Ni ha… telefon ni, Pak Long kamu yang belikan. Mudah katanya nak cari Tok di mana-mana. Nak guna pun Tok tahu tekan nombor dan jawab telefon sahaja. Membaca mesej, sikit-sikit tu bolehlah. Tapi Tok tidak tahu hendak membalasnya. Apa yang Tok tahu, bekebun sahajalah. Tok ni sudah tua, Jamil … tak perlulah belajar semua tu.”

“Ish… tak boleh Tok. Selepas ini Tok kena belajar juga. Kalau kebun kita ini sudah mengeluarkan hasil. Jamil hendak buat blog bernama ‘Jamil Tok.ubikeledek.blogspot’ khas untuk kita memasarkan hasilnya. Kemudian Jamil akan buat pelbagai promosi melalu laman sembang Fac, We Chat, Whatsapp, dan banyak lagilah Tok.” Ujar Jamil begitu teruja,

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience