Series
2995
Di sebalik kepekatan malam, Rizqi berjalan sendirian mengenang nasib yang dia sendiri tidak tahu entah bila akan berakhir. Kejadian lima tahun dahulu masih terlekat dalam kepalanya. Memori hitam yang membuatkan hidupnya sentiasa berasa dalam kesunyian.
- Lima tahun sebelum -
"Aku minta pada kau jangan bunuh mereka."
Tegas Rizqi dengan harapan permintaannya ditunaikan. Pandangannya dihalakan kepada ayah, ibu dan adik perempuannya. Untuk apa ahli keluarganya dibunuh pun dia sendiri tidak tahu. Datuknya memang kejam, disebabkan dia tidak mahu mengambil empayar kongsi gelap milik datuknya, ahli keluarganya dibunuh.
"Datuk dah cakap sebelum ni, kalau kau taknak datuk akan bunuh keluarga kau!!!."
Jerkah Datuk Jaafar. Gila, ya dia memang gila, kalau dahulu anaknya menentang untuk mengambil empayarnya dan sekarang cucunya sendiri juga turut menentang.
"Datuk memang kejam kalau datuk sendiri bunuh keluarga datuk."
Dengan berani Edith Rizqi melepaskan amarahnya. Penumbuk dikepal tanda geram akan datuknya sendiri. Anak anak buah datuknya sudah bersiap sedia dengan pedang mereka untuk membunuh.
"Datuk rela hilang keluarga daripada hilang empayar datuk."
Dengan nada sombong, bongkak datuknya berkata kata. Langsung tidak mempedulikan anaknya akan dibunuh sebentar lagi.
"Ayah, perlukah ayah buat macamni."
Akhirnya bersuara juga Eriq Rafael, ya ayah kepada Edith Rizqi. Dengan suara yang sedikit merayu dipinta kepada ayahnya untuk dilepaskan tapi dia tahu ayahnya tidak akan sesekali berpaling.
"Eriq takkan izinkan ayah gunakan anak Eriq."
Tegas Eriq Rafael. Matanya dipanah tepat tanda dia tegas dengan keputusannya. Biarlah dia dibunuh supaya anaknya membesar dengan cara yang baik.
"Tak guna kau."
Jerit Datuk Jaafar geram dengan keegoan anaknya sendiri. Berani anaknya sendiri melawan kata katanya.
"Edith, janji dengan papa yang Edith takkan sesekali masuk dalam dunia gelap ini."
Pesanan ayahnya buat kali terakhir membuatkan dia terpaku. Mayat keluarganya yang dipenuhi darah ditenung. Perlukah dia dilayan sebegini sehingga keluarga sendiri dibunuh.
"Datuk dah tunjukkan yang datuk bukan sesiapa bagi saya. Saya bukan cucu datuk, dan mulai hariini bersaksinya darah papa, saya putuskan hubungan dengan datuk."
Tegas bicara dari Edith Rizqi. Dia nampak datuknya seakan terdiam, tak bersuara lalu mengarahkan anak buahnya pergi meninggalkan dia sendirian.
"Papa, mama, Eudora."
Jerit Edith dan kini dia bersendirian. Tiada tawa bersama keluarganya lagi. Dia benci kan datuknya sendiri. Dunia kongsi gelap, dia sendiri berjanji akan hapuskan dunia itu suatu hari nanti.
"Rizqi."
Tegur satu suara mengembalikan dirinya kedalam dunia realiti. Hidup yang sentiasa sunyi membuatkan dirinya terus mencari dan cari pelangi.
"What?."
Badan tidak perlu dipusingkan dia sendiri sudah tahu akan suara itu. Suara yang telah lama menemani hidupnya selama ini. Walaupun tidak sama tapi cukup untuk dia merasakan selamat walaupun sedikit. Dia tahu anak buah datuknya masih mengikut kemana sahaja mereka pergi.
"Aku baru jumpa geng brotherhood."
Rizqi sedikit pun tidak terkejut dengan apa yang baru disampaikan oleh Robert. Ya dia tahu geng brotherhood akan sentiasa mengikuti dirinya dimana pun dia berada. Datuknya takkan sesekali menyerah.
"Kau balik dulu, aku nak berjalan lagi."
Pinta Rizqi.
"Tapi aku dah janji dengan ayah kau."
Robert seakan tidak setuju dengan permintaan dari Rizqi. Ya dia telah berjanji dengan ayah Rizqi untuk sentiasa menjaga dan melindungi Rizqi walau apa pun jua.
"Kau jangan risau, diaorang takkan ganggu aku."
Rizqi menyakinkan Robert agar meninggalkan dirinya sendirian. Hatinya rasa sunyi, kosong sekosongnya permandangan disekelilingnya.
"Okay, janji yang kau akan selamat."
Pinta Robert walaupun dalam keadaan terpaksa melepaskan Rizqi berseorangan.
Sudah hampir 30 minit dia ditinggalkan oleh Robert. Rizqi terus berjalan tanpa hala tuju. Kepekatan malam yang semakin gelap tidak membawa dia masuk dalam ketakutan kerana hidupnya sudah sebati dengan dunia itu.
Hujan turun dengan agak lebat membuatkan dia berlari mendapatkan tempat untuk berteduh. Dia sendiri pun tidak tahu dimana dia sekarang. Matanya tertumpu pada seorang gadis yang sedang menangis, dibasahi hujan.
"Arghhhhhhh.".
Jeritan gadis itu agak kuat memeranjatkan dia. Walaupun hujan agak lebat malam itu, tapi dia dapat mendengar suara jeritan gadis itu. Nangis dan terus menangis itu yang Rizqi lihat dari tadi.
"Awak kenapa ni?."
Tegur Rizqi. Dia sendiri seakan tidak sedar sejak bila dia berjalan ke arah gadis itu. Timbul perasaan sedih dan kasihan melihat gadis yang terus menangis disebalik hujan yang lebat.
"Tinggalkan aku."
Jerit gadis itu. Ya dia tahu pasti gadis itu terluka. Tapi apakah yang membuat gadis itu terluka.
"No saya takkan tinggalkan awak."
Tegas Rizqi pula. Walaupun hidupnya juga ada masalah tapi papanya tidak pernah mengajar dia lupa untuk menghulurkan bantuan pada orang yang susah.
"Hidup saya dah susah, awak datang lagi menyusahkan hidup saya."
Marah gadis itu. Ya dia tidak faham kenapa gadis itu terlalu marah akan dirinya. Niat dihatinya hanya hendak membantu sahaja.
"Kenapa awak cakap macammni?."
Rizqi terus bertanya. Tangisan gadis itu sudah berhenti tetapi pandangan gadis itu bertukar menjadi garang. Tapi Rizqi tahu gadis itu sedang memendam kesedihan hidupnya.
"Tolong pergi, hidup saya dah terlalu sukar."
Pinta gadis itu. Wajah gadis itu dipandang tetapi gadis itu seakan berubah kerana ketakutan. Bukan lagi wajah yang garang, sedih tapi kini wajah yang ketakutan.
"Pergi..."
Pinta gadis itu lagi. Mukanya ditekup menandakan gadis itu amat takut.
"Aurefia Iman."
Panggil lelaki itu dengan sinis. Siapa kali ini yang akan jadi habuan dia malam ini.
"Kau siapa."
Jerkah Rizqi ingin membantu gadis itu sebelum dia berlalu meninggalkan gadis itu keseorangan. Dia harus memastikan gadis itu terselamat daripada lelaki dihadapannya ini.
"Please jangan bunuh dia, aku terserempak je dengan dia."
Pinta Aurefia Iman. Wajah gadis itu meningatkan Rizqi akan kisah lima tahun lepas dimana dia merayu agar datukny tidak membunuh keluarganya. Melihat keadaan gadis itu, membuatkan hidupnya geram.
"Hahaha, Edith Rizqi. Long time no see."
Tegur lelaki dihadapannya. Lelaki itu kenal akan dirinya. Siapa lelaki itu, dan untuk apa lelaki itu menganggu hidup gadis yang dikenali Aurefia Iman itu. Adakah lelaki itu sebahagian dengan konco datuknya.
Share this novel