Series
2995
Berlari lari dan terus berlari. Disebalik kegelapan malam, dia sendiri tidak pasti dimana dia telah berada. Adakah ada sinar harapan untuk dia hidup. Siapakah orang yang berjaya membuat hidupnya gelap. Matanya meliar memandang sekelilingnya, kalau kalau ada cahaya yang dijumpainya tetapi hampa kerana tiada sebarang cahaya pun yang muncul disitu. Bunyi cengkerik semakin kuat, menandakan hari semakin larut.
"Emm kau ingat kau boleh lari?."
Tegur satu suara dan yang pasti dia kenal suara itu. Suara yang telah buat hidupnya semakin gelap. Ya dia takut dengan bayang bayangnya sendiri.
"Ka..aa..uuu naa..aak aaa..aapaa daa..ri aa..k..u."
Dengan kudrat yang masih ada, dia mampu bertanya walaupun suaranya seakan tersekat di celah kerongkong. Ya dia takut. Ugutan yang dia terima sebelum ini sudah buat dia takut dan sekarang dia terpaksa hadapi realiti hidupnya.
"Kau tak tahu aku nak apa dari kau?. Aku suka kau, takkan kau tak faham!!!."
Jerkah lelaki itu. Gila. Ya itu yang terlintas dalam kepalanya saat ini. Ya lelaki itu gila. Iman cuba untuk berlari sekali lagi, tapi kakinya seakan tidak bermaya. Akhirnya dia terpaku di balik pokok yang memisahkan dia dengan lelaki itu.
"Kau tak payah menyorok, aku tahu kau ada dekat sini."
Sinis suara lelaki itu. Mungkin geram kerana dia belum melihat bayang bayang gadis itu. Gadis yang hampir sekian lama dia ekori. Gadis yang buat hidupnya semakin bahagia.
"Tak guna kau."
Tendangan datang dari arah belakang membuatkan lelaki itu jatug tersembam ke atas tanah. Penumbuk dikepal tanda geram dengan tindakan entah siapa gerangan lelaki yang menendangnya. Disebabkan gelap, dia tidak dapat melihat wajah lelaki itu.
"Kau siapa!!!."
Jerkah lelaki itu.
"Aku musuh kau."
Dengan bersahaja lelaki itu berkata kata. Tak takutkah lelaki itu. Satu tumbukan, dua tumbukan lalu bertubi tubi tumbukan dihadiahkan buat lelaki itu sehingga membuat lelaki itu tidak sedarkan diri.
"Aurefia Iman, awak boleh keluar."
Panggil Rizqi perlahan. Tangannya yang terasa sakit ditahan. Disebalik sebatang pokok, dia dapat mendengar suara tapak kaki. Dia pasti ituadalah Aurefia Iman.
"Terima kasih Rizqi."
Ucap Aurefia Iman perlahan. Terima kasih buat lelaki itu kerana menyelamatkan hidupnya sekali lagi.
Share this novel