Pesan terakhir

Romance Series 5607

2 bulan yang lalu

" Ibu..Darleena penatlah. Dari tadi lagi kita jalan jalan dekat sini. Tapi sikit ja pun karipap yang terjual..buat penat kaki ja kita jalan "

Adu Darleena jujur kepada ibunya yang sedang mengelap peluh di sebelah. Tubuh mereka berdua sedang duduk terpacak di bahu jalan. Menghilangkan penat seharian berjalan menjual karipap yang tak terjual dari tadi. Inilah rutin hariannya dengan ibu. Menjual dari kereta ke kereta kerana tak mampu menyewa gerai.

Kesibukkan lalu lintas yang dipenuhi dengan kenderaan yang berpusu pusu ingin ke mall di depannya dipandang.
Hurmm..seronoknya kalau jadi orang kaya. Tak perlu pun berjalan panas panas demi nak cari rezeki. Boleh senang senang masuk mall yang sejuk tu.

Darleena mengeluh. Kenapalah nasib dia dan ibunya begini ?

" Alololololo cian anak yer anak Ibu. Mungkin tak ada rezeki kita untuk harini sayang. "

" Darleena cuma kesian kat ibu..ibu ni dahlah tua..kesian ibu kena jalan jalan jual karipap ni. Lain kali, biar Darleena je yang jual. Ibu tinggal kat rumah"

"Alaa bukan ada apa sangat pon Darleena, lagipun ini jaa kan punca rezeki kita. Kita usaha sama- sama okay. Nanti dah dapat kumpul banyak duit, Darleena boleh laa sambung belajar. Ibu buat ni untuk tgok anak ibu hidup senang jaa. Jangan hampa kan ibu yaa sayang" kepala anaknya yang ditutupi tudung diusap dengan kasih sayang.

"hmmmm ibuuuuuuu Darleen sayang ibu saangaat saangaat. Jangan tinggalkan Darleen tau buu"

"Ajal maut di tangan tuhan sayang, kita tak tahu bila Allah boleh tarik nyawa kita. Darleena doakan ibu yaa nak semoga ibu dapat lihat anak ibu berjaya suatu hari nanti"

"Insyaallah buuu, Darleena akan usaha untuk bahagiakan ibu." Dia tersenyum gembira lalu tubuh tua itu dipeluk sekuat hati. Tertawa kecil ibunya melihat sifat manja anaknya. Haihhlah anak manja ibu.

Tetapi takdir Allah yg menentukan segalanya. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Sebaliknya Allah yang menentukan. Dari setiap apa yang Allah takdirkan pasti ada hikmahnya.

Actually terkejut jugak view naik mendadak dari 81 ke 4 ratu lebih...apa apa pun tq :,-)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience