I lost you

Romance Series 5607

“ Iya Ahyan mummy pandailah jaga diri jangan risau. Mummy ok jer dekat sini. Siap boleh keluar shooping lagi ni…” kata Datin Rania dengan sengihah kepada empunya suara di sebalik telefon sambil melangkah keluar dari mall. Ipod di telinganya dipasang lebih kuat. Tangan kanannya memegang telefon manakala sebelah lagi menjinjit beberapa beg pakaian yang dibelinya tadi.

Melihat lampu isyarat bertukar hijau di laluan pejalan kaki, tangkas sahaja kakinya melintas ke seberang tanpa melihat kiri kanan terlebih dahulu. Masih leka dengan panggilan yang dibuat oleh anak tunggalnya

“ PONNNNNNN PONNNNNNNN “

Bunyi hon yang kuat berjaya menyentakkan semua di situ termasuk Darleena dan ibunya. Semua orang cepat cepat beredar dari laluan pejalan kaki kecuali Datin Rania yang masih berjalan perlahan itu dek terleka.

Melihat pemandu itu semakin laju, entah apa yang mendorong Darleena untuk berjalan ke arah wanita lalu ditolak ke tepi tubuh itu. Membulat matanya melihat motosikal itu seakan memecut kearahnya. Berdegup kencang dadanya dan dia masih berdiri pegun di situ, bagaikan tidak dapat mentafsir apa yang berlaku.

pinnn pinnnnnnnnnn bammmmmmm!!!!

Bunyi hentakan yang kuat itu mengejutkan Darleena. Terasa melayang tubuh apabila ada sepasang tangan menolaknya ke bahu jalan. Darah merecik - rencik tak henti ke mukanya. Dengan berat hati dia kalih kebelakang dan terlihat bakul dan karipap yang dibuat oleh ibunya terpelanting jauh.Dikuatkan hatinya utk melihat di bahu jalan. Matanya menangkap sekujur tubuh yang amat dikenalinya. Menggigil badannyaa melihat tubuh itu dilumuri darah.

Matanya mulai kabur.Badan mulai lemah dan kalimat terakhir yang dikeluarkan Darleena mengejutkan seorang wanita yang berada di sebelah nyaa.

"Ibu jangan tinggalkan Darleena bu........."

______________________________

Matanya terasa silau kerana cahaya lampu kalimantang yg berada di dalam bilik itu.Terasa tangannya di genggam oleh sesuatu.

"ibuuuuuuu"

Dirasakan dia sedang berada di suatu tempat yang berbeza.Diarahkan matanya untuk melihat susuk tubuh yg sedang nyenyak tidur beralaskan tangan berada di sampingnya .Senyuman di bibir pucat Darleena terlihat.

"Ibu bangun buu kita kat mana ni ibu?" Walau terasa aneh dia tetap terus mengejut susuk tubuh yang dikira ibunya.

Wanita itu memberi tindak balas dengan mengangkat wajahnyaa.Alangkah terkejutnya Darleena apabila sangkaannya meleset.Kejadian buruk tadi terus terlintas di fikiran Darleena.Wanita yang disampingnya itu merupakan orang yang dia selamatkan dari dihentam sebuah motosikal.

"Alhamdulillah awak dah sedar. Sayang, awak ok ? Ada rasa sakit mana mana tak? "

Soalan dari wanita itu dibalas dengan riak muka yang masih lagi keliru. Berkerut dahinya mencari ibunya di setiap ruang bilik.

"Puan ibu saya mana? Ibu saya mana puan ??"tanya Darleena dengan linangan air mata yang mulai lebat apabila perasan ibunya tiada disampingnya.

Wajah Datin Rania mulai berubah. Dikuatkan hatinya utk menjawab pertanyaan Darleena itu.

"Maafkan... Maafkan aunty sayang....Ibu a-wak dah tak ada..Ibu awak dah pergi. Allah lebih sayangkan dia...." jawabnya dengan nada sebak. Wajah Darleena yang dalam kekeliruan dipandangnya pilu

" Ib-u tak ada?? Ibu pergi mana?! Darleena nk ibu....nak ibu...ibu mana ibu..Darleena sini bu..datang kat Darleena buu" matanya yang basah tercari cari keliling hospital mencari sosok tubuh ibu.

Jantungnya berdetak laju apabila terpandang satu sosok tubuh yang dia kenal berbaring keras ditutupi cadar putih dan dikelilingi dengan beberapa jururawat yang sedang membacakan yassin. Bibir Darleena bergetar hebat. Kepalanya tergeleng geleng menafikan itu. Lantas kakinya berlari mendapatkan tubuh itu lalu kain selimut yang menutupi muka dibuka dengan tangan yang terketar ketar.

" Allahuakbar Ibu!!! "

Pecah tangisan Darleena memeluk tubuh ibunya yang tidak lagi bernyawa. Meraung dia menangis meratapi kehilangan insan yang dia sayang. Sakitt untuk terima hakikat bahawa satu satunya ibu yang berada disamping sudah tiada di muka bumi ini. Allahu... Darleena menangis lagi dan akhirnya tubuhnya jatuh melorot ke lantai.

" Allahu... Aunty minta maaf sangat sangat sayanggg. Aunty berdosa. Aunty yang salah. Ya Allah apa yang aku dah buat dekat hambamu yang tak bersalah ini..."

Datin Rania datang melutut di hadapan Darleena. Tak putus putus dia meminta kemaafan dengan air mata yang melucur laju. Rasa bersalah di dalam dirinya mula menebal apabila melihat Darleena diam tak berkutik dengan air mata yang membasahi wajah mulusnya itu.

" Aunty tipu..ibu masih hidup. Ibu dah janji,dia takkan tinggalkan Darleena

lek lekk...bagi sedih lu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience