Bab 3

Romance Completed 92741

BAM!

Satu tembakan saja cukup untuk membangunkan semua orang yang ada di rumah itu.

"T.... Tuan Axelle" kata mereka. Walaupun mata masih mengantuk namun digagahkan juga untuk bangun. Naya kalau dibiar saja. Boleh jadi arwah kalau main-main. "Korang bangun sekarang, jangan nak jadi pemalas. Makanan aku pun tak siap lagi tahu tak! "Jeritnya.

"K.... Kami minta maaf tuan, s...semua orang letih sangat semalam" ujar Ray mewakili mereka semua. Axelle mencengkam rahang Ray. "Kau jangan nak bagi alasan bodoh kat aku, kau patut bersyukur aku tak bunuh kau masa kau tidur tadi" katanya. Ray angguk mengiakan.

"Zain, Aris, p...pergi masak sekarang" arah Ray. Zain dan Aris segera ke dapur. Axelle melepaskan cengkaman rahang Ray. "This is the last warning for all of you. Kalau sekali lagi aku nampak korang belum bangun sebelum aku, bersedia untuk ke neraka" ugutnya sebelum berlalu ke dapur.

Ray menarik nafas lega. Mujur dia masih hidup. Alhamdulillah.

"RAY! "

Axelle menghempas kuat pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Niat asalnya ingin memanggil Ray namun terhenti tatkala melihat Ray sedang khusyuk solat. Dia melihat jam di dinding. Pukul 10 baru. Dia ni solat apa?

Dia hanya memerhati gerak geri Ray. Dari bangun ke sujud. Mata nya tak lepas memandang semua itu. Mulut Ray juga terkumat-kamit membaca sesuatu yang dia sendiri tidak mengerti maksudnya. Setaat itukah Ray pada Tuhannya?

Dilihatnya Ray sedang berdoa. Setelah selesai Ray memandang Axelle.

Axelle mendehem sebelum memulakan perbualan. "Get ready, kita ada misi" dia terus sahaja ke point utama tanpa basa basi lalu keluar. Ray menghela nafas lega. Disangka nya Axelle akan memarahinya ternyata dia salah.

Ray melipat sejadah yang digunakannya lalu keluar dari bilik. Dia pasti semua orang sudah menunggunya.

"Kau pasti taknak keluar? "Tanya Zetty kepada Aulia. Aulia angguk. Kalau dia keluar sekalipun yang dia dapat pastinya hanya cemuhan. Hazel dah memburukkan dia depan orang awam. Mana dia nak letak mukanya. Dia rasa seolah-olah semua orang telah membencinya.

Zetty mengeluh pendek.

"Ok, kalau kau nak apa-apa mesej aku, aku boleh belikan. Aku pun tiada hak nak paksa kau" ujarnya. "Ok. Thank you, cuma kau saja yang percaya aku" kata Aulia. "I'm your bestfriend Lia, of course I trust you. Assalamualaikum " Ucapnya sebelum keluar.

"Waalaikumsalam" balas Aulia perlahan. Dia membenamkan wajahnya di lutut sambil berfikir. Bagaimana keadaan Zarif sekarang ini? Sihat kah dia?

Telefon diambil lalu membuka bahagian gallery. Terdapat gambar Zarif dan dia semasa mereka di hospital. Masa itu Hazel adalah orang yang paling gembira sekali bila dapat tahu dia dapat baby boy. Sampaikan sanggup datang ke hospital hari-hari.

Hazel juga melayan dia baik sangat.

'I promise to take care both of you with until my last breathe'

Kata-kata yang diucapkan Hazel tidak sama sekali seperti kelakuan nya. Alhasil Hazel menceraikan dirinya tanpa sebab yang munasabah.

Dia telah berjanji untuk membuat Hazel menyesal. Dia tahu yang dia tidak mampu berbuat demikian tanpa sumber kekuatannya. Zarif. Tapi dia tahu, suatu hari nanti janji nya akan ditunaikan juga. Mereka telah melampau.

Mereka layak mendapat balasan yang setimpal. Hazel, Puan Haisah dan Hazela. Tiga orang manusia yang tidak punya hati perut. Bongkak. Lupa siapa lebih berkuasa. Wang dan dunia telah mengaburi mata mereka bertiga. Telah mengeraskan hati mereka.

Mereka juga lupa yang mereka tak akan hidup lama di dunia ini bersama harta yang mereka banggakan sangat tu. Bila-bila masa sahaja Allah akan menarik balik nikmat itu. Dia yakin yang janji Allah itu pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience