Bab 2

Romance Completed 92741

"Kak, berapa semua ni? "Tanya Aulia. Penjaga kaunter itu memandang Aulia dengan pandangan jijik. Dia menggumam tetapi tidak berapa kedengaran di telinga. Aulia pelik.

Dia memandang kiri kanan. Semua orang memandangnya. Ada yang sampai berbisik sesama sendiri. Kenapa dengan mereka semua ni? Dia ada salah di mana-mana ke? Dia melihat tubuhnya, elok saja berpakaian. Dia melihat wajahnya di cermin telefon. Tiada apa pun.

"Semuanya RM 50"

Aulia terlopong. Takkan barang sikit macam ni sampai RM 50? Harga cekik darah betul lah.

"Kak, akak pasti ke? Sebab saya rasa barang ni tak sampai pun RM 50" kata Aulia. "Of course, tapu untuk pelanggan macam kau harga dia naik sikit. Sundal" katanya tanpa bertapis lagi. Aulia tersentak.

"W... What? "Tanya Aulia sekali lagi. "You heard me right, perempuan sundal macam kau memang layak diceraikan. Dah lah kena kutip lepastu tak reti nak bersyukur dapat suami baik macam Tengku Hazel tu" kata nya. "A... Apa maksud akak ni sebenarnya? Saya tak faham" kata Aulia. Susah untuk dia cerna apa yang baru akak ini kata.

"Kau dah pekak ke? Semua orang dah tahu perangai sebenar kau perempuan, seorang gadis kampung yang naif, tak pernah cukup satu" cemuh nya. Aulia diam. Dia memandang ke kiri kanan semula. Mereka semua memandang seperti hendak menelannya hidup-hidup.

Apa yang Hazel dah lakukan sebenarnya ni?

Aulia masuk ke dalam rumah.

"Lia! Lia! "Jerit Zetty dari atas. "Ya Allah dia ni kan, aku bukannya pekak. Tak payah lah nak terpekik macam aku ni jauh sebatu" bebel Aulia. Zetty tersengih sebelum menunjukkan skrin telefonnya. "Apa ni? "Tanya Aulia. "Semua orang kecoh pasal Hazel ceraikan kau hari tu, terus hari ni dia beritahu pada public yang kau perempuan sundal tak reti bersyukur. Lepas tu dia kata lagi yang kau pernah curang dengan lelaki lain" kata Zetty.

Hampir terjatuh dirinya. Sampai macam tu sekali Hazel beritahu semua orang? Kalau ya pun dah bencikan dirinya, tak perlu sampai nak aib kan dirinya. Dia masih punya harga diri. Patutlah tadi dia rasakan orang ramai melihat dirinya.

Tengku Hazel Iskandar. Siapa tidak kenal. Seorang jutawan paling berpengaruh di Malaysia ini. Telah meneruskan legasi ayahnya, Tengku Zakwan Sarifudin di kala usianya yang sangat muda. Namun itu tidak menghalang dirinya untuk menjadikan Galaxy Blue SDN. BHD antara pengusaha kereta yang paling berjaya.

Dirinya juga disebut sebagai lelaki idaman para wanita dek dikeranakan dirinya mempunyai pakej lengkap sebagai seorang lelaki. Wajah yang tampan, tubuh yang sasa. Kaya dan juga bersikap baik kepada semua orang.

Tapi, bagi Aulia Aisyah, dia rasa menyesal kerana telah mengahwini Tengku Hazel. Orang hanya tahu Hazel seorang yang sangat baik, namun pada hakikatnya, Hazel bagaikan seorang lelaki yang hanya memandang rupa pada seorang perempuan, juga ego yang tinggi melangit. Langsung tiada belas kasihan pada dirinya.

Zetty menepuk pundak Aulia setelah Aulia lama berdiam diri. Dia tahu semua cerita itu tidak benar. Aulia sendiri datang kepadanya dengan keadaan selekeh sambil membawa beg pakaian.

"Aku ok" kata Aulia. Dia tidak mahu membebankan Zetty. Yang dia fikir sekarang adalah anaknya. Dia berharap sangat Zarif dalam keadaan sihat tanpa dirinya.

"Kau jangan sedih, walaupun Hazel dah buang kau, tapi tak bermaksud dia akan buang anak dia sendiri juga, aku pasti anak kau ok saja di sana" kata Zetty seolah-olah tahu apa yang Aulia risaukan. Ibu mana yang tak risau kalau berjauhan dengan anak. Lebih-lebih lagi anak pertama. Pasti hati rasa tidak tenteram.

"Aku hanya mampu berdoa agar Allah selalu melindungi anak aku. I don't believe anybody at that house, kalau mereka boleh seksa aku, mustahil mereka takkan seksa Zarif " Kata Aulia. "Tapi Zarif tu cucu kesayangan Puan Haisah, dia takkan buat macam tu punyalah" kata Zetty.

"Kita tak tahu hati seseorang tu macam mana. Indah khabar dari rupa Zetty, kalau aku boleh, aku nak saja ambil Zarif semula daripada mereka, they don't deserve Zarif, aku tak nak anak aku merana di sana" ujar Aulia. Zetty geleng sambil menenangkan Aulia. "Don't worry to much, kalau mereka ada buat apa-apa, kita lapor pada polis terus" cadang Zetty.

Aulia angguk. Dia hanya nak kan anaknya semula. Itu saja yang penting. Dia sebagai seorang ibu bertanggungjawab ke atas anaknya itu. Dia yang melahirkan, dia yang menjaga Zarif. Anaknya, haknya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience