Bab 55

Romance Completed 1263900

Mereka bersama sama berkumpul di ruang tamu, Nurlisa melihat Puan Endon sedikit serius, tetapi masih terlihat sangat jelita dengan mata yang sangat prihatin.
“Malam ni, ibu akan ceritakan semua kisah ibu, kisah yang ibu simpan yang tak semua Ammar tahu, jadi ibu akan ceritakan semua pada Ammar dan Lisa. Ibu tak nak simpan lagi,” Puan Endon memulakan bicara, dengan suara yang sedikit getar
Ammar Ziyad masih santai, memandang ibunya dengan penuh kasih sayang. Sudah lama dia menunggu cerita daripada ibunya, cerita yang dia tahu tidak menyeluruh
“Tapi Lisa boleh ke lambat tidur? Nanti takut esok mengantuk pergi kerja,” Puan Endon memandang Nurlisa yang tekun mendengar bicaranya.
Nurlisa tersenyum manis, kelihatan jiwa Puan Endon sarat dengan kasih sayang dan kelembutan, perlakuannya sangat berbeza daripada semasa mereka berjumpa Ahad lepas.
“Lisa ok Ibu, Lisa memang nak tahu cerita ibu. Tak akan effect kerja Lisa esok, Lisa akan pastikan itu,” matanya memandang Puan Endon mesra, dengan penuh keyakinan.
“Pertamanya, Ibu nak minta maaf dengan Ammar sebab selama ini Ammar membesar tanpa seorang ayah, Ibu juga minta maaf sebab ibu tak cerita semua kisah ibu dari A sampai Z, Ibu tidak punya sebab yang kukuh, cuma ibu tak nak Ammar merasa kekurangan apabila mendengar cerita ibu,” Puan Endon memandang anak lelakinya dengan jiwa yang luluh, dia tahu anak itu terluka dengan semua yang berlaku
Ammar Ziyad tersenyum dengan kata maaf ibunya, dia memeluk lengan ibunya mesra.
“Ibu dilahirkan oleh seorang wanita OKU, ibu tak sempat berjumpa dengannya sebab arwah meninggal semasa melahirkan ibu. Nama arwah Siti Fatimah. Arwah Siti Fatimah pekak dan bisu. Menurut kata Nenek, arwah Siti Fatimah wanita yang sangat cantik. Semasa berumur 18 tahun, arwah Siti Fatimah merantau ke Kuala Lumpur dan berkerja sebagai orang gaji. Majikan pertama arwah Siti Fatimah adalah seorang cina muaalaf, masuk islam setelah berkahwin dengan seorang wanita muslim. Pasangan itu berkahwin selama 15 tahun, tapi tidak punya anak. Kerana mahukan anak, isterinya telah memberi keizinan suaminya untuk berkahwin dengan arwah Siti Fatimah , untuk mendapat anak. Setelah berkahwin, arwah Siti Fatimah mengandung dan melahirkan anak lelaki untuk pasangan itu. Tetapi isterinya memaksa suaminya menceraikan arwah Siti Fatimag dan dia di halau sehelai sepinggang,”
“Cerita ini arwah Siti Fatimah tidak pernah ceritkan kepada sesiapa termasuk nenek dan atok, sehingga meninggal, tiada sesiapa yang tahu,”
Puan Endon terdiam, mengambil masa untuk menyambung ceritanya.
“Cerita yang kedua ini adalah cerita yang datuk ceritakan pada Ibu, itupun setelah ibu memaksa datuk bercerita dan nenek tidak sesekali membuka mulut,”
“Ibu lahir ke dunia adalah kerana arwah di rogol untuk seorang lelaki eropah ketika arwah berkerja di hotel. Peristiwa itu terjadi apabila arwah sedang mengemas bilik, sebab arwah OKU, suara arwah tidak di dengar oleh orang lain ketika arwah menjerit. Cerita arwah juga tidak difahami orang kerana arwah tidak pernah kesekolah. Semasa tahu arwah mengandung, arwah pulang ke Bentong, arwah nenek tidak membenarkan arwah keluar dari kampung,”
“Itulah jawapan kepada semua soalan orang kenapa rupa ibu seperti orang barat, kenapa ibu tidak seperti wanita melayu, kenapa mata ibu coklat, kenapa ibu tinggi lampai seperti model,”
“dan itu juga jawapan kenapa Ammar seperti lelaki eropah, kenapa hidung Ammar mancung, kenapa body Ammar tegap, tinggi dan handsome,”
“Ibu minta maaf sebab ibu tidak menceritakan kesemuanya kisah ibu, tujuan cerita kali ini adalah kerana ibu nak sambung cerita selepas ini, kenapa Ammar membesar tanpa ayah, kenapa surat beranak Ammar tidak tertulis nama bapa, dan Ammar berbinkan Abdullah,”
Selagi lagi Puan Endon berhenti, menarik nafasnya perlahan dan mengambil kesemuanya kekuatan yang ada.
“Semasa melahirkan ibu, arwah meninggal kerana pendarahan yang teruk. Arwah meninggal di hospital. Jadi ibu dibesarkan oleh datuk dan nenek. Selepas SPM, ibu datang ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja, sebab ibu nak cari duit untuk sambung belajar. Datuk dan Nenek cuma kerja kampung, jadi tak mungkin ada duit untuk ibu menyambung pelajaran,”
“Selepas sebulan mencari kerja, ibu dapat kerja dia sebuah syarikat di miliki oleh orang melayu, syarikat kecil, ibu kerja sebagai kerani, taip surat dan buat failing. Ibu suka dengan kerja ibu, masa tu gaji ibu RM750 sebulan,”
“CEO syarikat tu baik, masih muda lagi, dia dah berkahwin, punya anak seorang. Dia juga suka dengan kerja ibu, dia seorang yang alim, tidak pernah tinggal solat,”
“Selepas 4 bulan kerja, Result SPM keluar dan ibu dapat 9A, Nenek dan Datuk yang paling happy. Masa itu nak apply U tak macam sekarang, kena isi boring manual. Semasa menunggu panggilan U, Nenek dan Datuk meninggal, semasa dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, di Karak Highway. Kereta yang mereka sewa terbabas, jatuh gaung, dalam sekelip mata, Ibu sebatang kara, tiada sesiapa,”
“Selepas nenek meninggal, mereka meninggal tanah yang bnyak, dan rumah mereka semua jadi kepunyaan Ibu. Tapi ibu tak balik kampung, ibu masih tinggal di KL, meneruskan kerja ibu.”
“Selepas 2 bulan datuk dan nenek pergi, ibu dapat panggilan sambung belajar kat UM. Selama ibu bekerja, ibu simpan duit, jadi duit nak register UM dah cukup, arwah datuk ada tinggal sedikit duit Ibu juga,”
“Ibu hantar surat berhenti, dalam masa yang sama, ibu cakap dengan CEO itu, kalau ada kerja part time, ibu nak apply sebab ibu perlukan duit untuk perbelanjaan ibu. CEO tu kesiankan ibu, dia kata dia akan tolong ibu. Jadi selepas ibu habis class, ibu akan berkerja sampai pukul 9 malam, setiap hari,”
“Masa itu Ibu mula sayangkan CEO itu, sebab Ibu tiada sesiapa, sebab dia baik dengan ibu, selalu hantar ibu balik dan jumpa lecturer ibu sekiranya ibu masa masalah di UM. Jadi dia sahaja yang boleh tolong ibu,”
“Kami tidak bercinta, kami juga tidak pernah buat sesuatu yang bukan bukan, relationship kami sihat, malah dia tidak pernah tahu ibu sukakan dia. Kerana masa tu dia sangat sayangkan keluarga dia,”
“Selepas beberapa lama, syarikat nak buang pekerja dia sebab dia tidak duit nak bayar gaji. Apabila ibu tanya, dia cerita yang dia ditipu oleh share partner dia, partner dia ambil duit dan tidak membayar pinjaman bank, contractor dan pembekal,”
“Setiap hari syarikat di datangi oleh pembekal minta duit, bank call minta bayar loan, ibu jadi kesian sangat,”
“Untuk menolong syarikat itu, ibu menjual tanah datuk di Janda Baik, nasib baik masa itu harga tanah di Janda Baik mahal, ada pembeli yang memang mencari tanah kat situ,”
“Duit hasil jualan tanah pusaka itu sebanyak 1.5juta, ibu kepada CEO itu tanpa syarat. Kerana terdesak, dia tidak menolak, dan dia meletakkan nama ibu sebagai share partner dia, ibu tak minta dia letakkan kerana ibu hanya ingin menolong,”
“Dan semua masalah bermula selepas itu,”
Puan Endon berhenti seketika, mengambil air dan menghirup perlahan.
“Selepas selesai urusan syarikat, dan syarikat kembali normal, CEO syarikat itu mengajak ibu berkahwin, ibu masih ingat lagi apa perkataan yang dia ucapkan semasa melamar ibu,”
[Saya mengaku lamaran ini bukan daripada cinta, tetapi saya akan menjaga Embun dan melindungi Embun, dengan syarat perkahwinan kita harus dirahsiakan. Setiap bulan saya akan salurkan keuntungan syarikat ke account Embun, jadi Embun boleh belajar dengan tenang. Saya akan belikan rumah yang selesa untuk Embun. Saya harap Embun habiskan belajar dulu, baru kita fikrikan pasal besarkan keluarga kita. Selepas Embun habis belajar, saya akan beritahu isteri saya tentang kita]
“Setiap patah perkataan itu Ibu ingat sampai sekarang. Masa tu ibu angau dengan dia, jadi lamaran itu memang ibu tunggukan. Masa tu ibu bodoh, ibu lupa perkahwinan itu akan menjadi racun kepada isteri pertamanya. Ibu terima dengan gembira,”
“Ibu pindah ke rumah sewa yang sedikit besar, rumah itu ibu cari sendiri dan bayar sendiri. CEO itu tidak pernah bermalam rumah ibu, dia cuma datang dengan appointment, masa tu ibu memang sayangkan dia, ibu cintakan dia. Kerana sayang, ibu sanggup buat semua sendiri, Ibu tak tak kacau, sebab dia busy, tiada masa untuk ibu,”
“Tak berapa lama selepas berkahwin, ibu mengandung. Ibu masih teruskan belajar, ibu pergi checkup sendiri, semua ibu buat sendiri. CEO itu melarang ibu datang ke pejabat, tak boleh call dia, ibu kena tunggu dia cari ibu atau call ibu,”
“Kadang kadang tu sehingga sebulan dia tak call ibu, apatah lagi berjumpa. Ibu pernah naik teksi, duduk depan pejabat dia, selalu nampak dia bahagia sangat dengan isteri dia, berpelukan depan pejabat. Ibu tahu diri masa tu, tidak mungkin ibu akan kacau kebahagian orang,”
Mata Puan Endon mulai berkaca, dia menarik nafas perlahan, menenangkan dirinya.
Nurlisa dan Ammar sudah duduk di sebelah kiri dan kanan Puan Endon. Mereka saling berpegangan tangan.
“Masa ibu sakit untuk bersalin, ibu kemas pakaian, tunggu teksi depan rumah sewa. Masa ibu sampai ke hospital, ibu terjumpa CEO itu bersama isterinya, mungkin dia melawat orang sakit, masa itu kehadira ibu memang di sedari oleh CEO itu, dia pandang ibu tetapi tiada reaksi pun, senyum tidak, tegur tidak, risau pun tidak, walhal dia nampak ibu dalam kesakitan,”
“Masa itu, ibu nekad, ibu juga faham apa yang Allah cuba sampaikan, ibu harus sendiri, Ibu tidak perlu mengharapkan orang lain, ibu perlu berharap pada Allah sahaja,”
“Selepas bersalinkan anak lelaki ibu, Ibu berpantang seorang diri, Ibu cuma membayar jiran ibu untuk jaga ibu selama 2 minggu. Ibu kuatkan semangat, ibu kuatkan jiwa. Nasib baik anak ibu tidak banyak ragam, tidak banyak. Dia seperti memahami derita ibunya,”
“Lupa nak ibu cerita, hasil jualan tanah itu, ibu simpan RM100k kat ibu, dengan duit itulah ibu hidup, kerana tiada sesen pun duit daripada syarikat masuk ke account ibu, nasib baik Uncle yang uruskan pembelian tanah itu serahkan duit RM100k tu lambat, sebab dia tahu kalau dia kasi semua, ibu akan kasi semua kat CEO tu. Duit RM100k itu ibu dapat sebulan selepas duit yang pertama dapat,”
“Alhamdulilah, Allah menolong ibu,” Nurlisa bersuara.
“Orang yang baik akan ada bahagian untuknya,” Ammar Ziyad juga bersuara.
“Ya…alhamdulilah, apa yang uncle tu cakap betul, dia kata duit akan buat manusia lupa diri,” Puan Endon bersetuju dengan anak anaknya.
“Selepas ibu habis pantang, Ibu hantar anak ibu ke rumah pengasuh, sebab ibu kena sambung study, Ibu nekad untuk habiskan study. Selama belajar, bukan tidak ada yang cuba mengoda ibu, tetapi ibu adalah isteri orang, jadi ibu harus jaga maruah suami ibu,”
“Dalam berpantang, cuma sekali sahaja CEO itu datang rumah, untuk tengok anaknya. Dia tidak pegang pun, tidak juga excited, cuma dia kasi salinan ic untuk urusan pendaftran. Ibu mengupah kawan ibu untuk mendaftar, nama anak itu ibu yang letakkan, dia tidak peduli pun,”
“Masa dia datang tu, ibu nampak dia lain sangat, mata dia memandang ibu dengan penuh benci. Dia masuk dalam rumah dengan kurang ajar, panggil ibu betina, malah tanya ibu kenapa rupa anak ibu tidak sama dengannya. Dia tanya ibu adakah ibu pernah tidur dengan orang lain,”
“Kerana cintakan dia, kerana kasihkan dia, ibu cuma diam, ibu tidak bersuara pun. Ibu fahami dia yang sangat stress dengan syarikat, jadi ibu tidak mahu tambahkan kemarahan dia. Ibu cuma berharap dia tidak membuang ibu dan anak ibu,”
“Semasa tahun akhir kat UM, ibu mendapat tahu semua project baik pulih UM dimenangi oleh Mega Holdings. Selepas ibu mula menyiasat, Syarikat dah pun tersenarai kat Bursa Saham dah, maknanya Syarikat dah establish, asset syarikat dah banyak. Ibu dengar Mega Holding start bina resort kat Pulau Perhentian, buat rumah banglo yang besar. Keuntungan Syarikat dah besar, tetapi tiada sedikit pun untuk ibu,”
“Semasa ibu habis belajar, ibu minta izin untuk berkerja, kerana duit ibu semakin menipis. Dia izinkan ibu berkerja dengan syarat ibu kena rahsiakan tentang perkahwinan kami. Ibu setuju sebab tiada yang hebat pada perkahwinan kami,”
“Dari sinilah masalah yang kedua muncul,”
“Ibu bekerja di sebuah syarikat contactor class A, dia Petaling Jaya. Ibu berkerja dia bahagian Finance. Semasa kami berborak semasa meeting, seorang staff syarikat berkata yang anak lelaki syarikat sedang mengupah orang untuk mencari keluarganya di Janda Baik, then nama yang disebut itu adalah nama arwah Siti Fatimah. Mereka juga shared gambar dan itu adalah gambar arwah Siti Fatimah,”
“Dengan kuat hati, ibu berjumpa dengan anak lelaki pemilik syarikat itu, kami berborak dan rupanya kami berkongsi ibu yng sama. Itulah Uncle Lee yang menjaga ibu. Uncle Lee yang Ammar anggap sebagai ayah itu. Dia abang ibu, abang yang menyelamatkan ibu daripada semuanya,”
“Menurut Uncle Lee, mereka dah lama cari arwah Siti Fatimah, tapi tak berjumpa, mereka cuma tahu arwah berasal daripada Bentong, tapi tak tahu alamat yang tepat. Uncle Lee juga memberi duit yang arwah tinggalkan di rumah mereka, Mommy Uncle Lee juga minta maaf dengan ibu, cuma Daddy Uncle Lee meninggal sebab sakit jantung. Uncle Lee juga berkjerja dia bahagian Finance Dept di syarikat daddynya, sementara menunggu panggilan kerja,”
“Nama penuh Uncle Lee adalah Yusuf Lee Bin Musa lee. Sebab Daddy to Uncle Lee adalah muaalaf,”
“Bila Uncle Lee tahu ibu adik dia, semua bendalah dia nak tahu pasal ibu, dia kerumah ibu, ambik anak ibu balik rumah dia. Masa tu lah, Uncle Lee perasan ada lelaki yang mengintai ibu dari dalam kereta, ada satu ketika Uncle Lee nampak orang tanam something kat belakang rumah sewa ibu,”
“Uncle Lee bawak datang ustaz ke rumah ibu, keluarkan semua benda kotor yang ada, pulihkan ibu, rupanya selama ni CEO tu kena sihir pemisah, sihir ni dia akan jadi benci kat ibu, tak boleh pandang muka ibu, dan ibu percaya CEO itu tidak sengaja buat begitu,”
“Uncle Lee berkeras nak Ibu berpisah dengan CEO tu, dia nak ibu mintak cerai dan mulakan hidup baru,”
“Pernah satu ketika ibu kena langar masa keluar lunch dengan Uncle Lee. Ibu koma, sebulan jugalah ibu kat hospital, nasib baik mummy Uncle Lee tolong jagakan anak ibu,”
“Selepas tulah CEO tu tahu tentang Uncle Lee, dia mungkin tahu berdasarkan padangan mata dia, mungkin dia ingat ibu ada skandal, dia mungkin nampak ibu curang, sebab ibu selalu bersama Uncle Lee,”
“Dia datang rumah ibu, kami bergaduh besar. Dia pukul ibu sampaikan ibu lembik. Anak ibu berusia 5 tahun ketika itu. Dia nampak segalanya. Dia menangis non stop. Ibu tidak boleh bangun. CEO itu merampas anak ibu daripada ibu, membawa dia pergi pada malam itu,”
Puan Endon berhenti bercerita, dia melepaskan tangisannya. Sendunya kedengaran jelas di telinga Nurlisa dan Ammar Ziyad
“Ibu pengsan, ibu hanya sedar esoknya apabila Uncle Lee call ibu guna telepon rumah. Sebab ibu tak boleh bangun untuk jawab call, Uncle Lee datang ke rumah dan terkejut melihat ibu. Uncle Lee menghantar ibu ke klinik kawannya, merawat ibu sehingga pulih,”
“Seminggu selepas itu, Ibu beranikan diri untuk pergi berjumpa CEO itu di Mega Holdings, tujuan ibu Cuma untuk mengambil anak ibu, ibu sanggup lepaskan kesemuanya, tetapi ibu dimalukan, dia melepaskan talak pada ibu setelah dia sekali lagi memukul ibu di hadapan staffnya,”
“Sakitnya ibu Allah sahaja yang tahu, ibu pulang dan Uncle Lee sudah pun mengemas semua pakaian ibu, kesemuanya. Dia membawa ibu ke rumahnya. Masa itu keadaan ibu sangat lemah, sangat tidak berdaya,”
“Berhari hari Uncle Lee memberi motivasi pada ibu. Uncle Lee meminta izin ibu untuk menghilang semua jejak ibu, supaya ibu boleh pulih sepenuhnya. Uncle Lee meminta ibu melupakan seketika anak ibu, kerana dia akan dijaga oleh ayahnya, tidak mungkin ayahnya akan berbuat yang tidak baik,”
“Perkara pertama yang Uncle Lee buat adalah menukar nama ibu, daripada Embun kepada Endon. Perkara kedua adalah menjual semua tanah di Janda Baik dan Uncle Lee membeli tanah lain juga di Janda Baik untuk Ibu bina resort. Semasa semua urusan itu, Allah mempermudahkan,”
“Selepas sebulan berpisah, ibu sedar Ammar ada di dalam rahim itu, itu pun selepas ibu muntah teruk. Ibu lupa sebulan sebelum dia datang merampas anak ibu, dia ada datang untuk bertanya tentang Uncle Lee, masa dia dia tidaklah marah seperti hari yangd dia mengambuk tu,”
“Ibu juga beruntung kerana Mommy dan Uncle Lee menjaga ibu sehingga bersalin dan menjaga Ammar sehingga 2 tahun,”
“Semasa mengandungkan Ammar, Uncle Lee start bawa ibu ke pakar untuk merawat mental ibu. Ibu hampir gila masa tu, tapi ibu beruntung kerana Allah menghadirkan Mommy dan Uncle Lee,”
“Semasa mengandung lagi, Uncle Lee start bina resort Endun, Uncle Lee yang buat semuanya. Selepas bersalin, Uncle Lee memanggil kawannya yang terlibat dengan pengurusan hotel untuk memberi class pada ibu di rumah,”
“Allah menghadirkan Ammar dalam hidup ibu, mengantikan anak ibu yang dibawa pergi. Ammar menjadi anak yang sangat baik, anak yang mendengar kata, anak yang melihat kesakitan ibu selama dia membesar,”
Puan Endon memandang Ammar dan mencium pipi anaknya dan Ammar menyapu airmata ibunya dengan penuh kasih sayang.
“Semasa process itu, tidak sehari pun ibu dapat lupakan anak ibu, CEO itu dan semuanya yang terjadi, process nak melupakan itu sangat susah, otak ibu tidak pernah berkejasama dengan ibu,”
Puan Endon berhenti, mengambil air dan meneguk perlahan. Dia juga menarik nafasnya berlahan.
“Sebab itu di resort itu, Uncle Lee bina taman dia level 2, satu rumah untuk ibu, lagi satu untuk menyambut kedatangan pasangan yang ingin berbula madu, pasangan yang ingin meraikan cinta mereka. Kerana ibu sendiri tidak pernah dicintaikan, jadi hati ibu bahagia apabila melihat pasangan lain bahagia,”
“Jadi ini perkara penting daripada semua cerita ini, ibu dah jumpa anak ibu yang dibawa pergi itu, ibu mula didedahkan tentang anak ibu 5 tahun yang lepas oleh Uncle Lee. Sesuatu yang viral terjadi, jadi Uncle Lee yang perasan dia adalah anak ibu,”
Puan Endon berhenti lagi, apabila merasa pegangan tangan Nurlisa dan Ammar Ziyad kemas.
“Syed Arman Ziyad adalah anak ibu, Nurlisa adalah menantu ibu, dan Syed Awaludin adalah bekas suami ibu,”
Nurlisa dan Ammar bangun daripada duduknya, mereka sangat terperanjat. Mereka memandang Puan Endon dengan penuh tandatanya.
Puan Endon menganguk lemah.
BERSAMBUNG

Share this novel

xandra
2021-01-05 13:03:25 

Thanks sis sbb update. X sabar for next chapter

Yazni Ernie
2021-01-04 21:53:18 

i like this chapter, dear

Yazni Ernie
2021-01-04 15:20:34 

wowwww.....dear...tqvm update....lama i'm waiting tau, x....miss u


NovelPlus Premium

The best ads free experience