BAB 6

Romance Series 5235

"Daddy..Kan dah malam, kenapa mandi pool dengan cikgu...? "Dian bertanya dengan muka tidak bersalah.

Muka Qistina sudah berubah! Uzair mengeratkan lagi pelukan di pinggang.

"Cikgu yang ajak daddy mandi. "Uzair berkata selamba sambil menggosok perlahan belakang Qistina dan tersenyum seolah-olah kemenangan miliknya.

"Sotong ni betul-betul tak guna lah!"Nah! Rasakan!! Sekuat hati Qistina menaikkan lutut dan menghentam bahagian sulit Uzair!

"Arghhh!!!!!! "Terlepas pelukan Uzair! Dia terus berenang ke tepi kolam.

"Biadap punya perempuan! Kalau aku takda keturunan, siap kau!! "Berkerut muka Uzair menahan sakit.

Qistina yang terkapai-kapai di tengah kolam segera diselamatkan.. Huluran tangan Yana disambut.

"Tina!Awak ok tak..??! "Cemas suara Yana bertanya.

"Sa..saya o.. ok... saya ok.. "Nafas Qistina tersekat-sekat.

"Teacher! Towel.. "Tiara menghulurkan tuala kepada Qistina.. Segera Qistina menutup badan yang agak terdedah. Malu dia menjadi tatapan umum. Dikerlingnya Uzair sekilas. Lelaki itu masih di tepi kolam dengan sebelah tangannya menahan dahi yang diletakkan di atas mosaic tile.

"Rasakan!!!!Tu baru lutut!!Kalau aku guna benda lain tadi, mau merangkak kau! "Puas hati Qistina melihat keadaan Uzair.

"Wehhh Uzair!!Kau kenapa..? "Hadi bertanya apabila melihat Uzair yang masih tidak naik ke atas.

"Satgi aku naik.. "Uzair bersuara antara dengar atau tidak.

"Kau ok tak ni..? Lain macam ja muka kau..? "

"Aa..a.aku punya sakit.... "Merah muka Uzair.

"Kau punya apa..? Korang ada buat apa-apa ke tadi? "Rizqi bertanya dengan dahi berkerut.. Tak nampak apa-apa pon tadi.

"Buat apa,apaa! Perempuan tu bagi lutut dekat aku punya ni! Sial betullah! Senak kot!"

Mereka bertiga menahan gelak. Gila nak gelakkan Uzair depan-depan! Bala menanti.

***********************************

"Macam mana boleh jatuh dalam kolam tu angah?? "Tanya Puan Sri Zulaikha selepas semua tetamu sudah pulang.. Pelik dibuatnya.

"Perempuan tu la Bonda..Cuai! Kawasan tu punya luas, tepi kolam jugak dia nak lalu. Uzair bersuara malas. Hatinya masih sakit mengenangkan apa yang berlaku. Nak kenakan orang, akhirnya dia yang dapat sakit.Tunggu kau!

"Alahhh, angah cuba nak jadi hero Bonda! Bajet superhero konon.. Last-last hampeh." Ketawa Tiara dapat mengenakan abangnya. Bukan dia tak nampak apa yang Qistina lakukan tadi.Tu la, peluk lagi anak dara orang. Kan dah kena!

"Kau jangan macam-macam Tiara! "Uzair sudah bangun dan berjalan ke arah Tiara. Geram melihat adiknya begitu seronok mengenakannya. Ni mesti Tiara nampak tadi. Hareyyy laa!!

"Papa!!!! "Tiara berlari mendapatkan Tan Sri Bakhtiar!

" Ish budak-budak ni! Dah besar panjang pun perangai macam budak-budak lagi!Jangan bising. Nanti terjaga pula Dani dengan Dian."

"Angah bila nak masuk office..? "Berapa lama lagi nak rehat..??"Soal Tan Sri Bakhtiar tanpa memandang Uzair. Berjuta kali jawapan yang sama diberikan Uzair. Tidak bersedia.

"Angah tak bersedia lagi pa.. "Lagipun hujung minggu ni angah nak ke rumah Atuk salleh. Ingat nak bawa Dani dan Dian sekali.

"Papa tak suka menunggu lama.Nanti papa akan tetapkan tarikh bila angah akan masuk Office. Get ready. "

"Tapi pa angah tak berminat.. Angah bukan macam along..Please pa.. "Uzair cuba mendapatkan simpati papanya.

"No excuse! Full stop! "Tegas suara Tan Sri Bakhtiar. Kali ni dia takkan berlembut lagi.

"Hmm.. Baiklah papa.. "Uzair tiada pilihan. Dan kali ni tiada alasan memandang dia sudah lebih 6 bulan berehat selepas tamat belajar di Michigan State University .

"Bonda! Esok angah hantar Dani dan Dian pergi tadika ya! "Uzair sudah tidak sabar untuk mengenakan Qistina.

"Aipp!!!Bau apa ni Bonda? Papa??? "Tiara bertanya sambil pura-pura menghidu baju yang di pakai.

"Buang tabiat budak ni.. "Tan Sri Bakhtiar dan Puan Sri Zulaikha hanya berpandangan sesama sendiri..

"Mak Senah masak apa tu..? "Kuat suara Tiara menyapa Mak Senah yang berada di dapur.

"Oh bau nasi minyak!!! "Hahahahahah!! Terus Tiara lari ke tingkat atas. Kalau tak jenuh ditepisnya tangan Uzair!

"Gila!!!! "Sempat lagi Uzair membaling bantai sofa ke tangga.

Perempuan semua gila!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience