TADIKA SINAR SOLEH.
"Assalamu'alaikum murid-murid."
"Wa'alaikummussalam Cikgu! "Serentak semua murid menjawab salam Cikgu Yana.
"Hari ni kita ada cikgu baru.Cikgu perkenalkan Cikgu Tina..Cikgu Tina akan menjadi guru kelas untuk Kelas 5 Abu Bakar..Kita akan mulakan sesi perkenalan dengan Cikgu Tina, siapa yang ada soalan, boleh angkat tangan ya.."
Baik Cikgu!!
"Silakan cikgu.. "Pelawa Cikgu Yana..
"Terima kasih cikgu"
"Aduhhhh!!! Part ni aku benci sangat-sangat ni!! Kan boleh ja terus mengajar tak payah nak suai kenal bagaiii!! Grrrr!! "
"Cikgu.. Silakan.. "
Tersentak Qistina.
"Ya ya saya.. "
"Assalamu'alaikum.. Hi semua.. Nama cikgu, Qistina.. Kamu semua boleh panggil Cikgu Tina..Apa lagi ya..? Ada soalan tak...??"Qistina cuba untuk mengambil hati anak-anak dihadapannya.. Ingat senang nak beli jiwa budak-budak.. Huh!You can do it Tina!
"Saya cikgu!! "Seorang kanak-kanak perempuan yang memakai tag nama "Qaseh" mengangkat tangan dan terus berdiri.
"Umur cikgu berapa..??"
"Agak-agak awak,umur cikgu berapa..?"Qistina mula bermain tarik tali.Niat dihati nak tahu juga first impression budak-budak ni dekat dia..
"26!!"
Semangat Qaseh meneka.Muka penuh pengharapan.
Alaaaaa... Cuba lagi!!
"24"
"28"
"18"
"27"
"30"
Tempat perhimpunan mulai riuh dengan suara murid-murid yang mencuba nasib.
"500" Jerit Dani diikuti dengan gelak tawa kawan-kawan.
Terbeliak mata Qistina!Dia ingat aku ni apa.??mumia? firaun??Sabar Tina! Sabar!!Ini cobaan!!
Ok!Ok! Bertenang semua..
Tahniah semua! Tapi takda jawapan yang betul.. Ada jawapan yang hampir sahaja.
"Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"
Hahahahaha! Eii comei muka masing-masing.. Penyet satgi ha!
"Ok! Umur cikgu 25 tahun! "
"Ohhh 25"
"Kenapa tak bagitahu awal-awal."Omel Qaseh perlahan tapi masih boleh didengari oleh Qistina.
Tersenyum Qistina.. Seronok rupanya berkawan dengan budak-budak ni ya.. Mana la aku nak merasa, aku kan anak tunggal! Dok berkawan dengan Tokma ja..Nasib Tokma nak kawan dengan aku,kalau tak jadi kera sumbang la aku, takpun periuk kera. kah! kah!
"Ada soalan lagi tak..?? "
"Ada! Ada! Saya cikgu!! "Dani mengangkat tangan sambil tersenyum..
"Budak tadi! Mesti nak kenakan aku lagi..! "Getus Qistina.
"Ya Dani..?Nak tanya apa ni..??"
"Kenapa cikgu gemuk?? "Tanya Dani sambil muka menahan senyum..Terdengar ketawa dari beberapa murid lain.. Mungkin geng-geng si Dani!
Ha! Memang aku gemuk!Tadi breakfast telan gajah 3 ekor!! Satgi kau pun aku telan!! "Angin Qistina! Aku ni bukannya gemuk sangat pun! Tapi sebab aku pendek sebab tu nampak gemuk.. Hmm yalah.. Mengaku. Aku gemok!
Mengapa ini semua harus berlaku..?? Apakah ini semua kerna diriku sedangkan akuuu cuma watak dalam percintaan.. Ah tiber ternyanyi pulak!
"Dani!!Kenapa cakap macamtu dengan cikgu Tina!! "Minta maaf balik!! Arah Cikgu Yana.
Semua murid terdiam mendengar suara halilintar Cikgu Yana. Berubah muka Dani.
"Eh! Takpa Cikgu Yana.Dani tak sengaja tu.. Takpa saya ok ja.. Budak-budak kan.."Qistina cuba meredakan kemarahan Cikgu Yana.
"Dani ni memang nakal sikit cikgu.. Saya minta maaf ya.. "Dani, cepat minta maaf dengan Cikgu Tina!
"Saya minta maaf cikgu.. "Dani menghulurkan tangan untuk bersalaman..
"Ya cikgu maafkan.. Nanti jangan buat lagi ya.."Qistina memegang kepala Dani.
"Tengok lahh dulu.. "Bisik Dani perlahan. Cukup jelas untuk didengari Qistina.
"What???!!!!! Anak siapa ni??? "
*Ok tak bab ni..? Kalau ada kekurangan boleh bagitau ya. boleh saya perbaiki. terima kasih. LOL! Thanks support!!
Share this novel