Bab 79

Romance Completed 1445138

Bab 79
Syed Arman tidak ingat berapa lama dia tidur, dia tidak ingat langsung, kepalanya sangat sakit dan Doktor tidurkan dia untuk mengelak dia meracau kerana kesakitan.
Dia membuka mata, dia melihat jam menunjukkan jam 11 malam dan tiada sesiapa di sisinya. Dia menekan butang di sebelah katil untuk memanggil nurse untuk mengetahui keadaan dirinya.
Dia merasa kepalanya kembali seperti sedia kala, tiada merasa pening atau sakit.
“Tuan Syed Adam tinggalkan nota ni, your phone ada kat counter depan, takde battery and they asked us to charge,” jururawat itu menghulurkan sekeping sampul putih dan mula mengambil tekanan nadi sebagai sebahagian tugasannya.
Syed Arman membuka sampul putih itu, dan melihat tulisan abangnya tertulis kemas.
~Abang dengan Babah balik dulu. Ibu dengan Ammar ada kat Mandarin Hotel, esok ibu akan datang balik. Abang letak kotak dari Melissa atas meja coffee. Telepon kamu abang kasi nurse, minta dorang charge. Esok abang datang~
“Bagaimana sakit kepala Tuan Syed? Ada kurang tak?,” jururawat itu bertanya dan kelihatan dia memberi sepenuh perhatian kepada pesakitnya.
“I dah ok, tak rasa sakit kepala pun, nanti you tanya doctor bila I boleh keluar from here. You tolong checkkan my wife, dia ok tak?,” Syed Arman tiada mood langsung untuk bercakap, dan dia terpandang sebuah kotak bersaiz 25cm x 20cm terletak di atas meja coffee di sudut bilik seprti yang diberitahu abangnya.
“Kalau tiada apa apa, you boleh keluar dulu,” Syed Arman sudah bangun untuk melihat isi di dalam kota berkenaan.
Dia teringat tentang kata kata daripada Kakak Ipar Nurlisa, tentang sesuatu yang di tinggal oleh isterinya.
Dia membuka kotak itu dengan jiwa yang seribu pertanyaan. Pasti sesuatu yang isterinya sayangkan, pasti sesuatu yang dia perlu tahu.
Kotak itu dibuka, terlihat dua sampul surat putih berada paling atas. Di dalam kotak itu terdapat 5 buku yang terlihat seperti diari, yang tertulis Sofea 2 hingga Sofea 6. Buku itu di ikat kemas, dengan riben berwarna biru, dan seperti lama tidak terusik.
Dia mengambil sampul putih itu, tertulis read me 1 dan read me 2. Juga ada turutan number. Dia mengambil sampul itu, menapak ke katil, dia berniat untuk membaca sambil berbaring.
Entah kenapa, jiwanya seperti dekat dengan isterinya apabila melihat “sesuatu” yang di tinggalkan. Semoga dia boleh tahu apa sebenarnya yang berlaku, supaya dia lebih memahami, lebih masuk ke dalam derita isterinya.
Sampul yang bertulis “read me 1” itu di buka perlahan. Dia melihat tulisan tangan, dan bukan tulisan isterinya.
Dia mula membaca, dia menarik kesemua jiwanya untuk masuk ke dalam jiwa surat itu. Suratnya panjang dan dia akan membaca satu persatu dan habiskan.
~Assalamualaikum…
Dear Syed Arman,
Pertama kali maafkan saya kerana menulis dan saya akan ceritakan sesuatu yang berlaku kepada seseorang yang saya sayang lebih dari nyawa saya.
Izinkan saya untuk kenalkan diri saya. Nama asal saya dalah Lee Ann Qi, dan nama sekarang adalah Nur Melissa Ann Lee Abdullah, Sister in law to Nurlisa Sofea and it’s your wife. Saya akan bahasakan diri as Kak Long, kerana itu nama yang Nurlisa berikan.
Alhamdulilah, finally letter ni reached Arman jugak, surat ini di tulis selepas Lisa berangkat ke KL untuk bekerja dan pertama kali berjauhan daripada kami, keluarga yang melihat dia mengharungi kesakitan yang tidak boleh terungkap.
5 tahun dulu, Abang Lisa yang juga my bff datang meminta kaklong melihat adiknya. Semasa itu kaklong berkawan baik dengan abang Lisa, Muhammad Edrus Bin Azman. Kami berjumpa semasa Edrus berkerja part time di syarikat keluarga saya dan kami berkawan rapat selepas itu.
Rupanya kami belajar di uni yang sama, tapi tidak pernah berjumpa. Atas dasar kawan baik, kaklong ke rumah sewa Edrus, kerana itu juga, dia sudah seminggu tidak ke class. Semasa Edrus called me, suara dia tidak seperti biasa, dia seperti di dalam ketakutan yang teramat.
Kaklong tidak ke class pagi tu, kaklong dapat rasakan sesuatu yang berlaku dan tidak dapat di handle oleh Edrus.
Apabila sampai ke rumah sewa Edrus, apartment 2 bilik di Larkin, Edrus meminta kaklong duduk dan menceritakan kesulitan yang dia alami selama seminggu itu.
Adiknya berada di dalam bilik, tidak mahu keluar, tidak mahu bercakap, setiap makanan yang masuk dia akan muntahkan, keadaan badannya lembik, matanya cengkung dan dia juga tidak berdaya untuk bangun. Adiknya tidak mahu ke hospital, Abangnya yang menguruskannya, mandikan dia, tetapi abangnya perlukan wanita yang boleh menguruskan dengan menukar baju dan lelaki akan terbatas apabila menguruskan adik perempuan.
Dan kaklong diberitahu, nama adiknya Nurlisa Sofea dan berumur 18 tahun.
Dan kaklong juga diberitahu, adiknya datang daripada Arau, Perlis. Semasa Edrus ambik adiknya di stesen bas, keadaannya sangat lemah, tidak banyak bercakap, dan dia seperti berada di dalam dunianya sendiri.
Edrus suspected adiknya pregnant, kerana adiknya muntah selepas setiap kali makan. Edrus cuma suspect, tetapi tidak dapat dipastikan kerana adiknya tidak mahu ke klinik.
Masa itu kaklong tidak banyak bercakap, kaklong cuma memberi kata semangat agar Edrus tidak risau dan kaklong akan uruskan.
Pertama kali kaklong masuk ke bilik itu, kaklong melihat seorang gadis yang sangat lemah, dia berjuang untuk hidup semasa keadaannya tidak membolehkan dia bergerak dan makan.
Kaklong terus menyentuh kepalanya, badannya panas, semasa dekat dengannya, baunya pahit, seperti mengalami deman yang lama, rambutnya kusut masai tidak bersikat.
Ini perkataan pertama yang kaklong ucapkan, semasa pertemuan kami yang pertama.
“Lisa, kakak adalah kawan kepada abang Edrus, boleh kakak peluk Lisa?,”
Kaklong tidak mendengar suaranya, kaklong terus mengangat badannya dan memeluknya kemas. Kaklong dapat merasakan badannya lembik, dia seperti melepaskan semua kesakitannya kepada kaklong, badannya tidak tegap, tetapi kaklong dapat merasakan dia berusaha untuk memeluk kaklong.
“Anak ni bukan anak luar nikah, Lisa berkahwin dan Lisa nak anak ini lahir selamat”
Itu adalah perkataan yang pertama yang kaklong dengar daripadanya, suaranya sangat perlahan.
Kaklong sangat terkejut apabila dia seperti menerima kaklong dengan cepat. Kaklong bersyukur kerana kedatangan kaklong dapat memberi manafaat kepada Lisa dan Edrus.
“Kakak percaya dengan Lisa, tapi kita kena pergi klinik kalau mahu baby selamat. Lisa kena makan ubat untuk ada selera makan, ubat untuk avoid dari muntah,”
“Kakak tolong mandikan Lisa, kita bersiap, kakak yang akan bawak Lisa ke klinik. Lisa kena percaya pada kakak, sekarang ni kakak adalah kakak Lisa, yang akan jaga Lisa sampai Lisa sembuh,”
Daripada kata kata itu, Lisa mengangat mukanya memandang kaklong. Kaklong terkejut apabila melihat kesan pada matanya, bibirnya, wajahnya seperti memendam kesakitan yang teramat sangat.
Kaklong mandikan dia, kaklong dudukkan dia di kerusi. Kaklong basahkan badannya, kaklong shampoo rambutnya, kaklong juga mencuci bahagian yang sulitnya, dan perutnya sudah menampakkan ada nyawa lain di dalamnya.
Lisa langung tidak memberontak, tidak melawan, tidak juga bercakap. Dia cuma menyerahkan badannya untuk kaklong uruskan.
Kaklong terasa sangat bahagia kerana kaklong adalah anak tunggal dan ini pertama kali kaklong punya adik yang kaklong boleh menguruskannya.
Kaklong siapkan Lisa, keringkan rambutnya, pakaikan pelembap bibir yang ada di dalam tas tangan kaklong. Dan selepas mandi, kaklong melihat sebenarnya Lisa sangat cantik, dan kerana abangnya juga punya rupa yang kacak, tidak hairan adiknya pasti lawa.
Kami ke klinik keluarga kaklong. Edrus tunggu di luar, dan kaklong sudah memberitahu Edrus yang anak itu adalah anak didalam pernikahan, kaklong juga berpesan jangan bercakap sesuatu yang membolehkan Lisa sedih.
Doktor membekalkan banyak ubat, kandungan masa itu masuk 6 minggu. Baby sihat, cuma ibunya terlalu lemah. Doktor juga membisikkan yang Lisa terlihat depression, bacaannya jantung Lisa sendiri tidak normal, kandungan gulanya tinggi. Doktor meminta izin untuk menahan lisa di ward untuk monitor kesihatannya.

Ini lah sebenarnya cabaran yang bermula, ini adalah sesuatu yang Arman perlu tahu yang kesakitan yang di hadapi oleh Lisa yang hampir mati kerana mengandungkan anak Arman.
Lisa setuju untuk bermalam di ward, keadaan jantung Lisa lemah, tekanan darah juga tinggi. Selama berada di hospital, Lisa asyik mengadu sakit kepala, dan hari yang ke 4, Lisa bleeding dan kandungannya hampir tidak dapat di selamatkan.
Lisa menangis, merayu agar doctor berbuat apa sahaja untuk anaknya, sehinggakan semasa tidur Lisa meracau memangil nama Arman. Dari kisah meracau itu, kaklong dapat tahu nama suaminya adalah “ARMAN”.
Lisa di tahan di hospital selama 4 bulan. Dia tidak boleh bergerak langsung, berbaring di katilnya. Selepas masuk kandungan berusia 4 bulan, doctor berani untuk lepaskan Lisa berehat di rumah. Bacaan jantungnya masih membimbangkan, tapi masih di paras manageable.
Kaklong mengupah 2 orang jururawat untuk menjaga Lisa di rumah. Keluarga kaklong menyewa satu banglo di tepi pantai, dan kami tempatkan Lisa di situ. Mengikut nasihat doctor, kami perlu mengalihkan view Lisa dan pantai adalah kesukaannya.
Semuanya seperti normal, tetapi Lisa mengalami depression yang sangat teruk. Beberapa kali Lisa dengan tidak sengaja menghiris tanganya, dan dia mengatakan yang dia tidak sedar langsung. Apabila melihat darah yang pekat, dia menjerit seperti histeria.
Kaklong bercuti dari belajar selama setahun, dan dengan izinkan keluarga Kaklong, kami berkahwin, cinta itu datang selepas selalu bersama kerana menguruskan Lisa. Alhamdulilah, kaklong sangat bahagia, dan Allah menghadirkan Lisa sebagai asbab untuk jodoh kaklong.
Pantai sedikit sebanyak dapat memberi mood yang ceria kepada Lisa, wlpun dia tidak pernah dapat melupakan suaminya. Lisa terlalu obsess dengan kandungannya, dia obsess untuk memastikan anaknya akan selamat di lahirkan.
Pernah sekali maid lambat memasak makanan untuknya, Lisa histeria kerana dia mengatakan anaknya akan mati kalau tidak makan. Dia masuk ke dapur untuk memasak dan membaling semua barang di dapur.
Dia tidak sedar akan perlakuannya, dan berkali kali meminta maaf kerana kelakuannya.
Kaklong juga hire seorang doctor psychiatrist yang akan datang untuk bercakap dengan Lisa, mengupah cara dia berfikir, melupakan semua kesakitannya dan transform to different view.
Dan Doktor itu bersama Lisa sehingga sekarang, malah sudah mengangap Lisa seperti anaknya.
Setiap hari Lisa akan menulis diari, dan kaklong sertakan semua diari Lisa di sini, Arman harus baca kesemuanya, kerana kata kata di dalam diari 2 – diari 4 adalah untuk Arman kerana luahan itu adalah semasa dia mengandung, kata kata yang dia membayangkan dia akan “PERGI” selepas melahirkan.
Kemuncak kesakitan Lisa adalah apabila kandungan mencecah 8 bulan, Lisa terjatuh di bilik air dan semasa jururawat sedar, wajahnya sudah membiru.
Arman, kematian adalah urusan Allah, kaklong percaya itu.
Dengan izin Allah, pembedahan berjaya, tetapi Lisa koma selama 10 hari, kerana badannya terlalu lemah.
Dan buah cinta Lisa berjaya juga diselamatkan, baby yang sangat sihat, sangat adorable, anak lelaki kurnian Allah kepada Lisa.
Semasa kami berborak, Lisa sempat memberitahu sekiranya anaknya lahir, nama baby adalah Eiman Naeem, dan buat masa sekarang nama penuhnya adalah Eiman Naeem Bin Abdullah, berwajah Pan Asian dan rupanya sememangnya mewarisi wajah “ayahnya”.
Semasa Lisa koma, susunya membengkak, Nurse terpaksa memerah susunya untuk Eiman. Semuanya seperti sempurna pada kaklong, tapi tidak pada Lisa.
Semasa bangun dari komanya, lutut Lisa seperti lembik, dia tidak boleh berjalan, kakinya kebas, tidak terasa apabila sesiapa memegang kakinya. Stress dengan keadaan dirinya, dia meracau, bercakap guna Bahasa yang tiada sesiapa faham dan dia juga lupa dia pernah mengandung.
Ini kali pertama kaklong melihat suami kaklong menangis, dia berdiri di luar bilik wad dan menangis kesenduan. Apa tidaknya, adiknya yang normal, ceria dan berfikiran sihat, bertukar 360 darjah dan seperti hilang upaya dan juga tidak mengenalinya.
Kami menangis bersama, juga bersama sama berjanji akan berbuat apa sahaja untuk memastikan Lisa kembali normal, berjalan seperti sebelum ini, dan juga boleh menyusukan Eiman.
Buat sementara, kami tidak bawa Eiman berjumpa dengannya, cuma menjadi kesukaran apabila dia tidak membenarkan sesiapa menyentuhnya untuk memerah susunya.
Sekali lagi kaklong merasa semuanya ok, apabila dia berhenti meracau dengan bantuan ubat. Dia membenarkan jururawat mengambil susunya apabila bengkak susu itu sangat sakit, jadi lebih senang untuk jururawat memerah susunya.
Eiman tidak pernah menggunakan susu formula, semuanya susu ibunya. Selepas 2 bulan, kami berjaya memujuk Lisa untuk menyusukan Eiman, kami ceritakan baby tidak punya susu kerana ibunya sakit.
Dia menyusukan Eiman, setiap hari dia bertanya adakah Eiman perlukan susunya, dia sanggup memberi susunya sehingga Eiman kenyang.
Kalau Arman dapat melihat situasi Lisa ketika itu, Arman tidak sangka akan melihat dia sihat seperti sekarang, dapat berfikir seperti manusia normal dan meneruskan cintanya kepada Arman.
Selepas mendapat rawatan physiotherapy juga rawatan psychiatrist daripada Doktor yang kami pilih, selepas 6 bulan, Lisa dapat berjalan semula. Ingatan juga kembali pulih selepas kaklong memintanya membaca diari yang dia tulis berkali kali sehingga dia dapat menghafal setiap tulisannya.
Tetapi, selepas dia kembali normal, dia menjadi seorang yang sangat pendiam. Dia menjadi sangat sensitive dan mula bercakap sendiri, seolah olah Arman ada di depan matanya. Pada masa tu, dia masih menyusukan Eiman, tetapi dia masih memandang Eiman seperti orang asing, dia memandang Eiman sebagai kesakitan yang perlu dia tempuh.
Ada satu ketika, KakLong mendengar dia bercakap dengan Eiman semasa menyusukan Eiman.
“Maafkan Mommy Eiman, jiwa mommy lemah, mommy dah cuba kuat, setiap hari mommy nak jadi kuat, tapi mommy gagal. Mommy ni tidak berguna kan? Daddy Eiman lari tinggalkan Mommy dan berkahwin dengan perempuan lain. Eiman tolong mommy, mommy nak sangat sihat seperti dulu, Mommy nak belajar, mommy nak kerja, mommy nak keluar dari semua kesedihan”
Keadaan Lisa beransur pulih after one year, perlahan lahan dia faham takdir yang Allah tulis untuk dia. Dia melarang sama sekali sesiapa di dalam keluarga yang update cerita berkenaan dia dan Eiman. Dia tidak mahu ditemui sehingga dia betul betul pulih.
Dalam kesedihan dan kesakitan, dia berjaya menghabiskan A level dan degree. Diaî mempamerkan dirinya yang sangat kuat, walaupun kadang kala dia pengsan kerana tekanan jiwa. Ada ketika dia larikan diri daripada Eiman, kerana wajah Eiman yang mirip daddynya.
Eiman membesar dengan kaklong dan Edrus, juga keluarga kaklong. Family kaklong mengupah ustaz dan pengasuh muslim untuk menjaga Eiman, sehingga family kaklong mengupah ustaz untuk membersihkan rumah selepas Eiman lahir.
Di atas permintaan Lisa, Eiman lahir sebagai anak kepada Kaklong dan suami, kerana Lisa tidak mahu Eiman melihat penderitaannya. Eiman harus membesar didalam suasana kekeluargaan yang lengkap. Kami ikutkan sahaja, kerana Lisa menghabiskan masa dengan belajar dan mencari jati dirinya.
Semasa Lisa di tahun akhir degree, kaklong beranikan diri untuk membaca diarinya. Itu pun Lisa ke Singapore seminggu kerana menyiapkan assignmentnya. Daripada diari itu, kaklong tahu nama penuh Arman dan no ID.
Selepas membaca kesemua diarinya, kaklong dan suami bersepakat untuk mencari Arman. Kaklong tahu hanya Arman yang boleh memberi bahagia kepada Lisa.
Daddy kaklong mengupah PI untuk mencari Arman, dalam masa seminggu, kami tahu siapa keluarga Arman, dan kami juga tahu Arman tiada di Malaysia. Selepas mendapat semua info, Edrus plan business meeting with Syed Adam.
Mungkin business yang menjadi tarikan, Syed Adam setuju untuk berjumpa kami. Dalam pertemuan itu, dengan rendah diri, kami memberi semua bukti, kami merendah maruah kami untuk Syed Adam menolong kami.
Setelah lama tidak melihat wajah gembira Edrus, selepas pertemuan itu, kaklong melihat mata Edrus mempamerkan bahagia. Dia tahu ada sinar untuk mereka suami isteri bertemu.
Interview kerja di JB, Arman di panggil balik untuk berkerja, doctor yang merawat Ibu Arman, semua itu adalah plan kami dalam menyatukan Arman dan Lisa.
**ada masa nanti, Kaklong akan cerita perkenaan doctor yang merawat ibu Arman.
Pertemuan yang pertama di pejabat itu adalah di rancang, office room yang berdekatan juga dirancang. Edrus memberi kondo untuk Lisa, dan semua hiasan di kondo itu adalah berkenaan Arman.
Bunga Lily, perfume, putih adalah kunci untuk Arman ingat Lisa.
Maafkan Syed Adam kerana kami sudah berjanji untuk tidak membuka rahsia ini, kerana Lisa sendiri tidak mahu kami turut campur urusan kehidupannya
Menurutnya, hampir 5 tahun kami bersusah kerana dia, jadi dia meminta kami membiarkan dia pergi, mencari dirinya yang telah lama hilang. Sehingga surat ini ditulis, kaklong masih berharap Arman dan Lisa bersatu semula demi cinta Lisa, dah juga Eiman.
Selepas semuanya selesai nanti, kaklong dan Edrus akan bercuti panjang, kami perlu merancang kehidupan kami. Kami perlu punya anak yang akan menjadi kawan Eiman.
Kalau Arman baca surat ini, bermakna Arman telah tahu apa yang berlaku, apa yang kami rancang dan kisah sedih hamba Allah yang bernama Nurlisa Sofea.
Untuk terakhirnya, kaklong ingin memberitahu yang Lisa berkahwin dan bersalin di dalam usia yang sangat muda. Jadi jiwanya sangat rapuh, dan kaklong berharap seandainya Arman dan Lisa hidup bersama, Arman bersabarlah dengan Lisa.
Lisa sangat menyintai kamu dik, cintailah dia dengan sepenuh hati kamu.
Lega kerana semuanya sudah tertulis disini.
Kaklong
*************************************************
Syed Arman mengelap airmatanya yang mengalir deras. Semasa membaca surat yang panjang lebar, beberapa kali dia menyebut nama Allah, kerana begitu besar Allah memberi dugaan.
Dia membuka surat yang ke2, dia perlu menghabiskan untuk dia memahami kisah isterinya, kisah cinta sejatinya.
*****************************************************
Arman,
Ini abang Adam. Abang minta maaf..
Abang cuma ingin meminta maaf, abang cuma ingin memberitahu yang nafkah untuk Lisa tidak pernah putus. Sebelum kamu accident, kamu ada beri satu nama untuk abang continues bank in sebanyak RM3000 setiap bulan, kamu tidak beritahu apa hubungan kamu dengan dia, tetapi kamu katakan ini penting. Selepas keluarga Lisa jumpa abang, abang check balik dan abang tahu nama penerima adalah Nurlisa Sofea Binti Azman, isteri yang sah kamu nikahi.
Jadi Lisa masih isteri kamu, dan gaji RM12k yang abang beri kepada Lisa adalah sudah bercampur dengan nafkah dari kamu.
Abang masih ingat, kamu katakan yang kamu tidak boleh gunakan acct kamu, kerana ibu memeriksa setiap transaction. Jadi kamu minta bantuan abang dan abang sudah tunaikan permintaan kamu dik.
Lisa adalah isteri kamu dan dia berkerja untuk syarikat keluarga.
Last word, abang nak beritahu kamu yang abang buat semua ini kerana abang sayang kamu.
Maafkan abang…
**************************
BERSAMBUNG

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-05-15 21:46:42 

update lagi...

Linah Manguku
2021-05-15 18:49:38 

update plzz...

YAZNI-ERNIE
2021-05-14 23:47:45 

nite dear. update plz.....


NovelPlus Premium

The best ads free experience