BAB 12

Romance Completed 4569

Segala kebenaran terungkap. Arelia tidak menyangka yang apabila kita merelakan sesuatu itu untuk pergi, mungkin ada yang lebih baik menanti. Dan ini buktinya. Tanpa perlu berbuat apa-apa, target plannya berjaya.

Izhan menghulurkan sebuah kotak besar kepada Arelia yang dipegang sedari tadi oleh Fareez.

“Ni surprise apa lagi? Awak dah cukup surprise kan saya hari ni.” Arelia mengambil kotak itu.

“Just one more surprise. A very special surprise.” Ucap Izhan dengan seyuman yang terukir indah.

Arelia membuka kotak itu. Di dalamnya terdapat potret lukisan wajahnya. Sungguh cantik. Dia sangat menghargai pemberian Izhan.

“Terima kasih. Saya suka.”

“Dan selepas ni, saya dah ada dua lukisan yang paling saya sayang. Lukisan hari tu dan lukisan ini. Lukisan ini yang banyak mengajar saya tentang cinta. Dan gadis dalam lukisan ni adalah pemilik hati saya.” Izhan menoktahkan segalanya dengan ayat romantis.

“Bertuahnya orang tu dapat cinta hati dia. Kita ni tak ada orang pun yang sudi nak lakarkan potret,” rungut Wani. Muka cemberut ditayangkan.

“Saya kan ada. Saya boleh lukiskan potret untuk awak,” Ucap Fareez sambil sebelah mata dikenyitkan ke Wani.

Tergelak mereka semua dengan gelagat Wani dan Fareez. Memang sesuai sangat Wani dan Fareez. Arelia dan Izhan menemui kebahagiaan mereka. Siapa sangka Arelia berhasil mendapatkan lelaki yang kaya. Tapi, bukan itu yang penting. Apa yang penting dia mencintai lelaki itu dan lelaki itu juga mencintainya. Bukan atas dasar kekayaan atau harta. Namun, cinta yang penuh keikhlasan. Memang benar. Dialah orangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience