BAB 5

Romance Completed 4569

“Hai, awak. Seorang aje ke?” Arelia memberanikan diri bertanya. Lelaki itu memandangnya dan kemudian tersenyum nipis. Tidak menjawab pertanyaannya. Eh, mamat ni. Sombong pula.

“Awak anak Datuk Harun kan? Saya Arelia, pekerja Syarikat Baiduri.” Arelia memperkenalkan diri. Cuba mengajak lelaki ini berbual.

“Ok. Sekejap ya.” Kedengaran bunyi mesej masuk. Lelaki itu melihat ke skrin telefon bimbitnya. Arelia di sebelah tidak dipedulikan.

“Maaf cik, tapi saya kena pergi. Kita borak lain kali ya,” kata lelaki itu sebelum bergegas pergi.

Selepas sejam kemudian, Arelia berasa bosan dan mengambil keputusan berjalan keluar untuk mengambil angin. Langkah kakinya menuju ke bahagian kolam renang yang dihubungkan terus dari dewan hotel itu melalui satu laluan. Tidak sampai sepuluh minit, Arelia kini berada di kawasan kolam renang. Dia telah cuba berbual dengan beberapa lelaki kaya yang bersendirian dan tidak mempunyai pasangan, namun semuanya gagal. Sepatah dua kata dan seterusnya sepi begitu saja. Satu hal yang dapat dirumuskannya tentang anak orang kaya. Sombong dan berat mulut. Mungkin dia bukan la sesiapa untuk diajak berbual. Cuma gadis biasa.

Arelia baru menyedari yang sebenarnya dia tidak bersendirian di situ. Terdapat seorang lelaki sedang berdiri sambil ulang alik ke kiri dan kanan. Seperti orang yang sedang dalam masalah. Arelia memandang penampilan lelaki itu. Simple saja. Memakai jeans dan t-shirt hitam. Kelihatan seperti orang biasa. Arelia mendekatinya.

“Awak buat apa kat sini?” Arelia bertanya. Terkejut lelaki itu mendengar pertanyaan tiba-tiba Arelia yang memeranjatkannya.

“Sorry… Sorry… Saya tak sengaja.”

“Tak apa. Saya yang over pula. Awaak tanya apa tadi? Apa saya buat kat sini… Ahh… saya tengah tunggu kawan saya. Ya. Tunggu kawan,” jawabnya.

“Ohh… Awak bukan tetamu kat majlis tu?”

“Majlis syarikat tu ke? Tak, tak. Saya bukan tetamu.” Lelaki itu menjawab pertanyaan Arelia sambil mata tidak lepas memandang telefon bimbit.

“Saya Arelia. Saya sebenarnya tetamu kat majlis tu. Tapi bosan la. Tu yang saya jalan-jalan,” cerita Arelia.

“Saya Izhan. Just call you…”

“Lia. And you?”

“Han.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience