Bab 80

Romance Completed 1281374

Nurlisa cuma mengangguk apabila mendengar bebelan Dr Malik yang datang melawatnya, dia tidak berkata apa apa, dia tahu Dr Malik ingin melihat dia bahagia.

“Uncle akan bawak Arman ke sini, kalau Lisa tak nak bercakap dengan dia, you just listen to him. Remember dulu semasa kita berborak, Lisa pernah berjanji untuk mendengar apa sahaja cerita Arman, dan Lisa akan membuat keputusan selepas mendengar semuanya. Lisa berada di sini hari ni kerana degupan cinta Arman yang kuat di dalam jiwa Lisa. Anyhow, you should thank to him for this. Kalau Arman tiada, mungkin Lisa tidak segagah sekarang,” bebelan Dr Malik masuk ke telinganya.

Nurlisa cuma berdiam, dia tidak mahu berbalas cakap dengan lelaki yang sudah di anggap ayah itu. Di dalam cerita sedihnya, lelaki itu berbuat lebih dari sepatutnya untuk melihat dia bahagia. Lelaki itu juga banyak menyimpan rahsianya.

“Uncle akan menjemput Arman ke sini, dia dah lama tunggu di luar, dia juga di dalam kesakitan, tidak adil untuk Lisa berbuat begitu kepada suami sendiri. This time, you must listen to me,” suara itu tegas dan dia tahu, dia tidak boleh melawan.

Nurlisa membuka matanya, dia memandang meminta simpati dari Doktor yang pernah menangis bersama samanya apabila bersama melalui penderitaannya.

“Uncle, I have one condition. Dia tidak boleh dekat dengan Lisa. Jarak kena 2 meter. Ask Nurse to ukur 2 meters from Lisa, and bila dia bercakap, jangan pandang Lisa, dia kena pandang kat tempat lain. Kalau dia boleh ikut syarat tu, Lisa izinkan,” suara itu lebih kepada tidak sudi untuk berjumpa suami, tidak bersedia, tetapi dia tidak punya pilihan.

Dr Malik mendengar suara Lisa yang sedari tadi tidak bercakap.

Semasa dia sampai ke ward, Nurlisa baru sahaja dipindahkan ke wad biasa, wad VVIP atas arahan Melissa dan Edrus.

“Derhaka pada suami itu berdosa, ingat tak apa Ustaz Azhar cakap, Lisa boleh start kumpul pahala, tetapi kenapa Lisa nak tambah dosa,” tangan tua itu mengelus rambut Nurlisa perlahan, dia tahu Nurlisa terlalu banyak menderita.

“Siapa yang Uncle sayang sekarang? Dia atau Lisa?,” suara itu tidak mengandungi mesra langsung, malah tiada gula atau garam di dalam, kesimpulannya, tiada langsung perasa.

“Uncle sayang keduanya. Selepas Lisa jumpa dengan Arman nanti, Lisa akan tahu kenapa dan mengapa, jadi jangan tunggu lama, jumpa dulu. After jumpa, kalau Lisa rasa nak away sekejap, Uncle faham dan Uncle pasti Arman juga faham,” Dr Malik membetulkan selimut pesakitnya, yang sudah menjadi pesakitnya selama 5 tahun.

Dia menjadi saksi segalanya, jadi apabila Edrus dan Adam merancang, dia bersetuju tanpa pernah membantah, kerana dia tahu, kebahagian Lisa adalah bersama Arman.

“Anak yang baik akan mendengar cakap ayahnya, jadi apabila Lisa sudah locked Uncle as Ayah, apa yng Uncle cakap adalah demi kebaikan anak Uncle and Uncle tak nak Lisa buang masa dengan mengikut naluri negative dalam diri, tidak baik untuk kesihatan otak Lisa,”

“Uncle boleh beritahu sekarang, Lisa sudah sihat. Mungkin Lisa tak sedar tapi jiwa Lisa sudah tidak mengambil tempat lagi, malah dalam beberapa kisah, Lisa dapat berfikir dengan normal, ada ketika Lisa sangat tenang, lebih tenang dari Uncle yang monitor Lisa every day,”

“Uncle risau takut Lisa berjalan dalam tidur seperti dulu, apabila jiwa Sofea menguasai diri Lisa. Lisa lupa ketika dulu, Lisa hampir kena langgar di kampus kerana Lisa ternampak Arman di seberang jalan. Lisa juga hampir lemas di bilik air kerana Lisa kata Arman mengajak Lisa mandi bersama. Lisa tak lupa semua tu kan?,”

“Jadi pertemuan yang Allah aturkan ini adalah kerana Allah ingin memberi bahagia kepada Lisa. Jadi Uncle tak nak Lisa merajuk, sombong dan berburuk sangka dengan suami sendiri,”

Dr Malik menarik selimut Lisa yang tidak menjawab bebelannya, matanya terpejam, tetapi dia melihat air jernih mengalir laju membasahi pipi Nurlisa. Dia juga tahu Nurlisa terkesan dengan bebelannya.

“Uncle keluar dulu, nak visit Arman kat ward dia. Uncle dengar dia tak sihat, asyik sakit kepala, takut nanti nyawa dia tak panjang pulak,” Dr Malik berjalan ke pintu dan dia tahu semua perkataan yang keluar dari mulutnya akan masuk ke otak Nurlisa.

Nurlisa masih tidak berkutip, jiwanya masih sarat dengan kesedihan, masih sarat dengan peristiwa Syed Arman bersama Sharifah Sakinah. Dia tidak boleh melupakan, sedikit pun dia tidak boleh lupa.

“Eleh..sakit kepala jer pung, tak kan mati sebab sakit kepala, kalau nak propa pun, logic lah sikit,” tangannya mengelap airmatanya perlahan, dia ingin tidur, dia ingin melupakan sekejap kesemuanya.

***********************************
Syed Arman terus menerkam Dr Malik apabila lelaki itu muncul di hadapannya. Dia menangis teresak esak kerana dia memang ingin sangat untuk berjumpa dengan Dr yang merawatnya hampir setahun.

“Arman apa khabar?,” Dr Malik membalas pelukan pesakitnya yang tersangat manja dengannya.

Dia diperkenalkan dengan Syed Arman oleh Edrus yang merancang untuk menemukan suami isteri itu. Dalam erti kata yang lain, dia adalah salah satu watak di dalam perancangan mereka bertiga, antara kesungguhan Melissa, Edrus dan Syed Adam.

Dialah yang bersungguh sungguh mengatur jadual dengan Arman setiap 2 minggu sekali, dialah yang membuka ruang untuk Syed Arman bercerita, untuk Syed Arman meluahkan kata hatinya.

Didalam pertemuan mereka selama ini, Syed Arman meluahkan tentang cintanya kepada Nurlisa, tentang kerisauannya apabila melihat Syed Arman dekat dengan Eusoff, tentang rindunya kepada Nurlisa semasa dia balik ke England.

“Arman sihat, ada sesuatu yang berlaku pada Arman, atau Uncle dah tahu? Arman dah ingat semuanya, tiada satu pun yang tertinggal. Arman ingat Lisa isteri Arman, kisah bagaimana Arman accident, kisah ugut cerai tu, then seseorang mengaku bersama Lisa di Fraser Hill. Arman dah ingat kesemuanya,” Syed Arman melepaskan pelukan itu dan melabuhkan punggung di katilnya hospital itu.

Dr Malik turut sama duduk di sebelah Syed Arman, dia masih lagi menepuk perlahan peha pesakitnya, masih lagi Menyusun ayat di dalam hatinya, untuk dia menceritakan permulaan kisah dan pengakhiran kisah.

“Uncle minta maaf, Uncle perlu admit sesuatu kat Arman, then kita sambuung cerita. Uncle adalah Doktor yang merawat isteri Arman, dia sudah menjadi pesakit Uncle selama hampir 5 tahun, malah sehingga hari ini. Uncle menjadi doctor kepada Arman adalah perancangan Melissa, Edrus dan Adam. Uncle menerima saranan mereka kerana Uncle tersangat ingin melihat Lisa bahagia. Uncle minta maaf kerana tidak jujur dengan Arman, tetapi sepanjang sessi rawatan kita adalah ikhlas, kerana Uncle tahu Arman tidak bersalah, sekali lagi Uncle minta maaf,” Dr Malik sekali lagi menepuk paha Syed Arman yang kelihatan sangat terkejut.

Syed Arman memandang Dr Malik dengan pandangan yang tidak terukap dengan kata kata. Selepas dia membaca surat daripada Melissa dan Adam, dia seperti dapat meneka watak lain selain daripada mereka, tapi dia tidak terfikir Dr Malik juga menjadi salah seorang yang terlibat.

“Terlalu banyak kejutan hari ni, lepas baca surat Melissa dan Adam, Arman faham semua orang ingin menolong Arman, ingin melihat Arman sihat. Tetapi kenapa Uncle tidak berterus terang dengan Arman, sehingga Arman hampir tersilap perhitungan dengan Sakinah, sehingga Arman melukan hati isteri sendiri, kalau Uncle jujur, tidaklah Arman menjadi begini,” suara Arman kedengaran sangat terluka, dia yang tidak dapat lagi menerima kejutan baru, dia tidak lagi sanggup menerima apa lagi cerita yang dia tidak tahu.

Dr Malik tahu Syed Arman sangat terluka dengan semuanya, dia tahu jiwa seorang pesakit seperti Syed Arman.

“Kami serba salah, kerana Nurlisa meminta kami tidak lagi mencampuri urusan hidupnya, dia tidak mahu lagi bergantung kepada sesiapa. Dia pernah bercakap, sekiranya suatu hari nanti, dia berjumpa dengan suaminya, dia tidak mahu sesiapapun yang mengatur perjalanan hidupnya. Dia sendiri yang akan mengendali masalahnya. Permintaan itu adalah beberapa kali, jadi kami mengambil langkah untuk menolong secara diam, sebab itu Uncle cuma sedaya upaya untuk menolong Arman ingat semula, menolong umi Arman untuk tahu apa yang sebenarnya ada di dalam hatinya. Semua itu Uncle buat sangat bersungguh, Uncle hanya ingin melihat Lisa dan Arman bahagia,”

Dr Malik bercakap satu persatu dengan penuh jiwa, supaya Syed Arman tahu dan memahami niat ikhlasnya.

Syed Arman mengangguk perlahan, dia tidak lagi mahu mengusutkan keadaan. Dia tidak lagi mahu berkira dengan sesiapa. Yang dia mahu cuma isterinya.

“Uncle dah cakap dengan isteri kamu sekejap tadi. Kamu boleh pergi melawat dia, tapi dengan syarat yang kamu tidak boleh dekat dengan dia. Katanya jarak kena 2 meter, siap minta nurse ukurkan jarak. Kamu pergilah, Uncle sudah cakap dengan nurse tadi. Kamu boleh pergi bila bila masa, bincangkan baik baik. Kamu jangan tekan sangat dia, beri dia masa untuk bertenang. Uncle tahu kamu juga terluka, tapi kelukaan Lisa sangat parah, kalau kamu dah free nanti, Uncle akan ceritakan kesakitanya, supaya kamu memahaminya,” Dr Malik bangun dari katil itu dan mula menapak ke pintu.

“Sekarang dah pukul 4 pagi, jom Uncle hantar kamu ke bilik Lisa. Uncle tunggu kat lobby, apa apa kamu call Uncle,” Dr Malik menarik lengan Syed Arman yang kelihatan sangat terkejut dengan ayat terakhir Doktor

“Uncle, wait….banyak perkara yang Arman tak faham ni.. betul ke Lisa setuju jumpa Arman? Kenapa dada Arman rasa berdebar sangat ni?,” Syed Arman tidak berganjak dari katilnya, dia memandang tepat ke anak mata Dr Malik yang sudah menarik lengannya.

“Apa yang tak betulnya, Uncle dah cakap dengan Lisa tadi. Dia setuju tapi Arman tidak boleh dekat dengan dia. Jadi abaikan perasaan Arman untuk waktu sekarang, Arman kena ada di sisi isteri ketika ini. Jangan peduli marah atau rajuk Lisa. Arman kena tahan, Uncle akan sokong daripada belakang,” tegas dan karisma suara Dr Malik itu sedikit menyakinkan Syed Arman.

Anak muda yang berwajah Pan Asian itu masih tidak berganjak.

Jiwanya tidak keruan, dia seperti ingin masuk ke medan perang.

“Uncle nak cepat ni, Aunty dalam kereta, sebab Dr yang melawat Lisa kata tak boleh ramai ramai masuk ke bilik dia. Kalau Arman tak nak pergi, Uncle balik dulu,” Dr Malik cuma untuk membuat jiwa Syed Arman dalam kedesakan, supaya dia tiada pilihan.

Kaki anak muda itu melangkah cepat, dia mencapai selimutnya dan bergerak ke pintu.

Syed Arman memandang Dr Malik yang tersenyum memandangnya.

Dan Syed Arman tidak sempat membaca diari isterinya, dia perlu melihat isterinya dahulu, dia perlu memujuk, melembutkan hati yang kecewa dengannya.

****************************************
Syed Arman melangkah perlahan ke bilik VVIP itu, bilik pesakit yang sangat mewah, dengan serba serbi lengkap. Dia melihat bunga lily segar di meja tepi katil pesakit.

Dengan jiwa yang sebak, airmata sudah berjujuran, denan lafaz bismillah, dia melihat kelibat isterinya yang sanggup bertarung nyawa kerana sangat menyintainya, kelihatan sangat kesakitan yang amat sangat.

Kepalanya dibalut kesan dari pembedahan dan wayar masih bersambung di tangannya. Mata Nurlisa terkatup rapat. Wajahnya sangat tenang, wajah yang membuat dia hampir gila apabila membuat keputusan untuk mengahwini gadis yang tidak tahu asal usul, tidak tahu apa apa, cuma dia yakin, gadis itu akan dapat menjaganya, mempertahannya.

Dengan perlahan dia melangkah mendekati katil isterinya. kehadirannya tidak disedari isterinya. Dia mengagak isterinya sudah tidur.

Dia masih ingat tentang syarat 2 meter, tapi dia tidak lagi mampu menahan diri untuk menyentuh isterinya.

Syed Arman mengamati isterinya lebih dekat, bibir gadis yang sangat dicintai itu mempunyai kesan darah, mungkin tersemban ketika jatuh sewaktu bergelut dengan Sharifah Sakinah. Pipinya juga mempunyai kesan darah, yang pastinya Doktor yang merawatnya sudah membuat apa yang perlu untuk mengelak dari jangkitan kuman.

Hatinya sayu, jiwanya sebak apabila melihat Nurlisa terbaring kaku di katil pesakit itu. Ingin sekali dia memeluk isterinya, memberi semangat dan berkongsi kesakitanya dengannya.

Melihat Nurlisa yang masih tidak bergerak, dia sudah tidak dapat menahan diri untuk menyentuh tangan isterinya, dia mencapai tangan mulus itu dan meramas perlahan, membawa perlahan ke bibirnya.

Airmata yang membasahi pipinya turut membasahi pundak tangan Nurlisa. Tangan itu bergerak perlahan, tetapi tiada riaksi apabila mata Nurlisa tidak bergerak, tiada anggota lain jugak yang bergerak.

“I’m sorry sayang, abang salah, abang minta maaf,” sekali lagi di mengucup pundak tangan yang pernah memeluknya, tangan yang selalu mencapai tanganya dan menciumnya.

Sewaktu dia tenggelam dalam rasa bersalah, dia merasa tangan Nurlisa bergerak dengan kasar.

“Stay away from me,” itu ayat yang pertama keluar dan suara itu serak.

Syed Arman tidak kembali menarik tangan itu, dia memberi ruang kepada Nurlisa untuk meluahkan kesakitannya.

Namun jiwanya sudah tidak keruan, dia dapat merasakan jarak yang cuba di bina oleh Nurlisa. Dia dapat mendengar suara yang penuh kebencian.

‘Duhai Arman, bertabah plss, kau kena sabar, kau kena tahan, dia boleh bertahan bertahun tahun sebab mempertahankan cintanya, apa sangat lah ujian untuk kau sekarang, kau kena sabar, sabar yang tiada sesiapa pernah fikir kau akan lakukan’

Suara di dalam jiwanya menangis hiba, dia mengelap airmata yang tidak berhenti mengalir dari tadi.

Semenjak dia tahu Nurlisa adalah isterinya dan ingatannya kembali, airmatanya sangat murah, senang untuk airmata itu mengalir, jiwa lelakinya menjadi sangat rapuh apabila mengetahui kesakitan yang di tempuhi isterinya.

Dia tahu lelaki tidak boleh menangis, dia juga tahu kesedihan seorang lelaki itu bukanlah dengan airmata, tetapi membaca surat daripada Melissa membuatkan dia hampir tidak keruan, membaca bagaimana kesakitan Nurlisa semasa mempertahankan cinta mereka, membuat dia merasakan sangat tidak berguna.

“Sayang, please izinkan abang stay here, abang tak buat apa apa, abang cuma nak stay sebelah sayang, abang tak sanggup lagi berpisah dengan sayang, please sayang,” Syed Arman kedengaran sebak, dan dia kembali mencapai tangan Nurlisa, tetapi di tarik kasar oleh Nurlisa.

“Keputusan paling bodoh yang pernah I buat adalah taksub dengan seorang lelaki yang menjatuhkan maruah I sampai ke tahap yang paling bawah. Perkahwinan kita dah berakhir lama dah apabila you tak pernah kasi nafkah kat I. Jadi you boleh proceed with your plan with her and please lafaz cerai here, if not I akan failkan kat Mahkamah,” suara itu tegas dan suara itu sampai ke telinga Syed Arman dengan jelas.

Mata Nurlisa terbuka perlahan, tetapi matanya tidak memandang Syed Arman, dan ada airmata jernih mengalir di pipinya.

Syed Arman tahu, airmata hari ini tidaklah sama dengan yang di tempuh Nurlisa selama bertahun tahun dan dia tidak berniat untuk membalas ucapan Nurlisa dengan yang lebih menyakitkan hati isterinya.

Syed Arman bangun dan menjarakkan kedudukan mereka. Dia perlu memujuk isterinya perlahan lahan.

“Sayang, abang minta maaf, abang yang salah sebab tak kenal sayang, pls maafkan abang,”

“Sayang, please focus dengan kesihatan sayang dulu, lepas sayang sihat, kita discuss elok elok ya, sayang jangan stress,” suara Syed Arman juga perlahan kerana suara dalam esakan itu menyukarkan.

“Bincang elok elok? Sure ke nak bincang elok elok? Pernah ke bincang elok elok?,” esakan Nurlisa semakin jelas, bibirnya basah dengan airmata.

Nurlisa tidak tahu kenapa hatinya begitu sebak, sepatutnya inilah pertemuan yang dinantikan selama bertahun tahun tetapi jiwanya sangat tersentuh dengan takdir yang memberi derita kepadanya. Dia menjadi marah apabila Syed Arman tidak pernah menghargai cinta mereka selepas mereka bertemu semula. Sentuhan tangan Syed Arman di tempat paling sulit Sharifah Sakinah masih terbayang jelas di matanya.

“Abang minta maaf, abang yang bersalah, abang buat silap lagi, tetapi abang janji selepas ini abang tak akan buat silap lagi. Sayang kena sihat dulu, abang akan ceritakan kesemuanya pada sayang, apa yang terjadi pada abang selama 6 tahun ini. Sayang kena dengar cerita abang juga, please sayang, jangan marah marah, saya kena focus dengan kesihatan sayang dulu,”

Bilik itu menjadi saksi dengan tangisan hiba mereka berdua, tangisan mereka bersahutan, dan masing masing menyapu hiba air mata sendiri.

“Abang nak peluk sayang, please…sayanglah cinta abang, abang minta maaf, izinkan abang peluk sayang sekali jer, abang need you, abang..abang..abang…,” sedu sedan itu menjadi lebih keras. Syed Arman memegang dadanya, dia sudah tidak mampu berdiri, dia menjatuhkan diri ke lantai, lututnya sudah tidak berdaya untuk menampung badannya.

Nurlisa mendengar jelas tangisan suamimu, dia juga mendengar jelas jiwanya meronta untuk dia memberi ruang kepada suami, tetapi marahkan tidak berganjak.

Nurlisa juga menangis hiba..hiba hatinya Allah sahaja yang tahu.

Sepatutnya pertemuan ini menjadi penyelesaian rindunya kepada suaminya.

Apabila Syed Arman sudah ingat akan dirinya, apabila deritakan hampir berakhir, apabila suaminya bersungguh menyatakan cintanya, apabila suaminya memberitahu dunia yang dia sudah beristeri dan dia adalah buah hati kepada jejaka itu.

“Sayang, help me push the button, abang need doctor, dada abang sakit, please sayang,” ayat yang terakhir itu memberi kejutan kepada Nurlisa. Dia terus menekan button itu dan jam ketika itu menunjukkan jam 5 pagi.

Dia menaikkan katilnya menggunakan remote yang berada di sebelahnya. Dia melihat suaminya sudah terduduk di lantai dan tangannya asyik memegang dadanya.

Pandangan suaminya tidak berganjak darinya, pandangan yang penuh sayu, penuh hiba, juga penuh dengan cinta.

“Wait abang, Sofea dah panggil doctor, abang tunggu, abang jangan gerak, Sofea ada sini,” kata kata spontan itu mengejutkan Syed Arman, dia memandang isterinya dan berusaha untuk tersenyum, tetapi dadanya teramat sakit.

Dalam 5 minit, beberapa orang nurse masuk ke bilik Nurlisa dan mula memeriksa Syed Arman. Ketika itu terlihat juga kelibat Dr Malik yang baru masuk apabila mendengar kekecohan di kaunter hadapan.

“Nurse, call Doktor peribadi Syed Arman, you tengok kat file. While waiting Doktor datang, he stay with me,” Dr Malik terus memeriksa tekanan darah Syed Arman dan nadinya.

“Arman jangan push diri sangat, Uncle dah pesan tadi untuk rilex dulu, dengar apa isteri kamu cakap, ini dah sakit,” Dr Malik membawa Syed Arman dekat dengan Nurlisa.

Dia mendudukkan Syed Arman di kerusi sebelah katil itu, anak muda itu masih memandang isterinya meminta simpati. Dia tidak langsung menghiraukan Dr Malik yang berusaha untuk membuat dia tenang.

“Sayang, abang need you,” Syed Arman bangun dan terus memeluk Nurlisa kemas, dia tidak lagi menghiraukan apa syarat isterinya.

Tangisan Syed Arman mengila, tangisan Nurlisa juga terdengar keras sehingga ke luar bilik.

Syed Arman memegang tangan Nurlisa dan menciumnya berulang kali, bibirnya mencari dahi Nurlisa dan mengucup penuh hiba.

Syed Arman tidak merasa respon daripada Nurlisa, Cuma dia dapat merasakan Nurlisa melembutkan badannya untuk memberi ruang kepada suaminya.

“Abang love you since day one kita jumpa, and still love you till now, maafkan abang sayang, please maafkan abang,” bibirnya mengucup bibir seksi isterinya, tanpa dia ingat ada Dr Malik di bilik yang sama.

“Uncle tunggu kat luar, nanti Uncle update nurse yang Arman dah ok, sebab dah dapat ubat dah,” Dr Malik menapak keluar sambil tersenyum puas.

Dia dapat melihat kedinginan layanan dari Nurlisa, tetapi dia juga dapat melihat Nurlisa tidak menolak kesemua perlakuan Syed Arman pada dirinya.

“Aaarrhhh..sakit,” terdengar suara manja Nurlisa sedari tadi, Nurlisa yang masih tenggelam di dalam tangisan.

Dengan perlahan tangannya menolak bahu suaminya yang bibirnya masih mengucupnya. Dia dapat merasakan hangat bibir suaminya yang dia rinduinya, dia dapat merasakan bibir itu masih bibir yang sama seperti dulu.

“Sorry sorry, abang sakitkan sayang ya?,” Syed Arman mengangkat kepalanya, dan mencuit hidung isterinya.

Untuk sekali lagi, dia mengucup bibir itu sekali lagi, kali ini kejap dan pantas.

“Jauhlah Tuan Syed, stay away from me please, you boleh jaga I, but no physical contact. Tadi tipu jer kan cakap sakit dada,” Nurlisa menurut kata hatinya, dia perlu berbuat begitu kerana rasa marahnya masih tebal, tidak lagi bersisa.

Syed Arman tidak terkejut apabila mendengar respon daripada isterinya. Dia bahagia apabila isterinya membenarkan dia menjaganya, itu sudah cukup membuat hatinya tidak keruan dengan rasa cinta yang menggunung.

“Thanks sayang, abang akan jaga sayang sehingga sembuh, lepas keluar nanti, kita balik kondo ya, abang akan jaga sayang sampai sayang betul betul sembuh. Sehingga hati sayang tak marah lagi,” Suara Syed Arman sudah sedikit santai, tangisannya sudah beransur pergi.

Bibir tersenyum apabila memandang reaksi dingin isterinya, malah wajah mencuka isterinya itu mengapai rasa cinta yang mengila.

“Abang dah ingat semua tentang sayang, every single of memories and setiap inci tentang sayang, sayang yang suka menangis sebab abang, tea o sayang, roti sayang, muka malu malu sayang masa mula mula pakai swimming suit dengan abang, and kuasa cinta sayang tu, buat abang hampir gila, dulu pun abang dah gilakan sayang, sampai saat ini pun abang masih gilakan sayang,”Syed Arman merasa lega yang teramat, apabila dapat meluahkan kesemuanya, rasa cinta yang pastinya tidak dapat diterjemah dengan kata kata.

Nurlisa masih membisu dan membeku, tiada reaksi pun, senyum tidak, masam tidak, marah pun tidak.

Dia mendengar setiap patah yang di ucapkan oleh suaminya, bukan tidak mendengar, tapi dia malas untuk beria kerana apabila Sharifah Sakinah datang nanti, semuanya akan hancur.

Suaminya adalah milik keluarga, sedari dulu dia harus terima itu.

Syed Arman adalah milik uminya, milik Babahnya, milik Syed Adam dan Sharifah Teha. Jadi bukan senang untuk Syed Arman dimilikinya.

Dia tahu itu, dia juga sudah lama tahu.

BERSAMBUNG

Note : Maaf korang sebab tunggu lama, rasanya chapter ni yang paling susah nak garapkan. Pertemuan selepas 6 tahun, jadi yah, enjoy ya..

Share this novel

Nor Azlina
2021-05-17 14:59:59 

tqvm best gila cerita ni.bila nk update lagi

YAZNI-ERNIE
2021-05-16 20:43:05 

salam isya', dear. tqvm. salam eid mubarak 2021

Alya Nasuha Roslan
2021-05-16 20:40:05 

yeayyyyy tqqq penulis


NovelPlus Premium

The best ads free experience