Bab 63

Romance Completed 1280357

Bab 63
Nurlisa menghampiri Ameen yang tekun menaip sesuatu di laptopnya, pasti sesuatu yang penting yang diberi oleh Syed Arman.
“Ameena, I nak minta tolong you, masa I shoot with your boss nanti, please make sure tunang dia ada depan tu, I tak nak dia salah faham, lepas tu you tolong kemaskan semua barang I, together with my laptop. Lepas habis I nak balik terus. Apa apa discussion regards to office, buat online meeting malam ni,” Nurlisa menghabiskan ayatnya, walaupun Ameena mengangkat tangan untuk dia berhenti sekejap.
Itu yang Nurlisa practive kan dengan Ameena, lets others habis cakap dulu, then baru continue. If you have urgent to interrupt, raise you hand.
“Cik Lisa, Tuan Syed Arman nak jumpa Cik Lisa after habis shoot, dia nak discuss regards to work, project kat Arau tu, and lawatan Cik Lisa ke Mesir next month. How?,” Ameena berkata perlahan, kerana dia tahu perkataannya akan mengundang ketidakselesaan Nurlisa.
Nurlisa terdiam, dia tidak tahu apa yang di fikirkan oleh Syed Arman, dia tidak tahu apa objective Syed Arman terhadapnya.
Hari ini adalah hari sabtu, hari yang sepatutnya dia free daripada kerja pejabat.
“Ameena, inform him I ada hal nak uruskan. I akan balik terus ya, you handle boss you. Make sure you kemaskan semua barang I, letak kat sofa depan. Habis jer I nak terus balik. You inform Teha juga. I akan off my phone, I nak tak orang kacau me,” Nurlisa menarik nafasnya panjang, dia sedikit bersyukur kerana jiwanya memberi Kerjasama yang sepatutnya.
Dia harus bergerak ke hadapan.
Rindunya perlu di letak ke tepi dahulu, ada masa nanti kita akan berdamai dengan rindunya.
Kasihnya perlu dihitunng mulai hari ini, kerana peratus daripada kasih itu akan memberi jawapan kepada takdirnya.
Dia sangat ingin memeluk suaminya, dia tersangat ingin mencium bibir itu, tetapi rasa itu terkatup, kerana kalau dia membuka dengan luas, pasti jiwanya mengambil tempat.
Sedikit sebanyak, dia sudah tahu untuk manipulasi jiwanya. Dia harus memberi kasih sayang kepada jiwanya, biar jiwanya terasa kenyang dengan kebaikannya.
Ameena mengangguk perlahan, secara kasarnya dia bersetuju dengan Nurlisa. Dia tahu mengelak itu adalah jalan yang terbaik. Dia tahu kasih sayang Syed Arman kepada Nurlisa, dia tahu bagaimana Syed Arman selalu ingin melindungi Nurlisa.
Dia tahu semuanya, tetapi ada beberapa perkara yang dia tidak boleh mencampuri urusan mereka.
Nurlisa berlalu ke bilik persalinan, dia perlu menukar baju kurung dan menukar tudungnya. Dia sudah memberi hint kepada Eusoff agar menunggu di depan bilik persalinannya, dia tidak mahu bertembung dengan Syed Arman di dalam bilik ini.
“Andy, you tarik bucu tudung I sampai ke bawah. Sebab nampak dia berkedut kat leher,” Nurlisa memusing badannya di hadapan Eusoff yang setia dengan bebelannya.
“Ya.. I tahu lah nak buat apa ni, I selalu tolong mommy lilitkan tudung dia, make sure dada tu tutup, I betulkan awning kejap, sebab macam kedut sikit,” Eusoff pantas meletak jarinya di awning itu dan membetulkan perlahan lahan.
Eusoff tersenyum puas kerana semuanya sempurna. Nurlisa sangat cantik dan gayanya mengalahkan model antarabangsa.
Wanita ini memang di lahirkan untuk menjadi model, bisiknya.
Sedang mereka bersiap, Ameena masuk dan berkata dengan suara yang sangat gembira.
“Cik Lisa, ada direct message daripada rejoice team, dorang tengah cari ambassador dan berminat nak interview Cik Lisa. Contract for one year,” suara Ameena sangat teruja.
“Wahhhh Lisa, makin famous la lepas ni, Alhamdulilah,” Eusoff turut bergembira dan teruja melihat Nurlisa seperti kehairanan.
“Ameena, you set appointment, kita kena cari PA untuk Lisa ni, later pasti banyak international brand yang akan approach, time to step in to entertainment world,” Eusoff memberi arahan apabila melihat Nurlisa tergaman dan terdiam.
Nurlisa menyedari kehadiran Syed Arman di situ, sedang membetulkan sampinnya bersama Sharifah Sakinah. Suara manja Sharifah Sakinah menyapa telinganya.
Untuk seketika dia berjaya memisahkan jiwanya, dia perlukan jadi kuat, seperti yang Eusoff selalu bebelkan.
Jujurnya dia sangat cemburu, melihat Sharifah Sakinah memegang lengan sasa itu. Kalau tiada semangat kental yang Eusoff tiupkan, sudah lama dia tumbang.
Dia perlu KUAT, kerana hanya dengan kekuatan sahaja dia dapat bertindak dengan logic. Dia sudah bersedia untuk berada dekat dengan Syed Arman, with condition Sharifah Sakinah berada dekat dengan cameraman itu, biar dia dengar dan faham erti shooting.
Syed Arman bergerak dahulu ke shooting area, di ikuti oleh Nurlisa. Dia tahu Eusoff bimbangkan dia, dia juga tahu Ameena sangat prihatin. Dia tahu semua mahukan yang terbaik untuk dia.
Tetapi..
Tidakkan mereka tahu, hanya Syed Arman yang terbaik untuknya. Selama 6 tahun dia menunggu, tetapi dia tahu pengakhirannya tidak akan ada happy ending untuk jiwanya.
Dia tahu itu, dia sudah dapat mengagak.
“CIk Lisa, I nak you duduk di sofa dulu, Tuan Syed akan berdiri kat sebelah you. Kena rapat sikit, kena nampak like happy couple,” arahan daripada team cameraman itu meruntun jiwanya.
Syed Arman merapatkan dirinya kepada Nurlisa, tidak langsung nampak kekekokan disitu, dia seperti sangat enjoy dengan movement itu.
“I rapat sikit ya Cik Lisa,” Nurlisa terdengar jelas suara garau, dengan tonasi suara yang menggoda.
Nurlisa hanya diam, dia tidak menjawab, tidak juga tersenyum, dia hanya kaku.
“Cik Lisa, you kaku sangat, lepas tu badan you keras, kena lentokkan sikit, nampak you tak selesa. Smile and enjoy,” Cameran berbangsa cina itu bercakap tiada henti.
Syed Arman kelihatan sangat selesa, Nurlisa dapat mendengar desahan nafas Syed Arman apabila wajah mereka hampir tersentuh. Bau badan Syed Arman membuatkan hatinya tidak keruan.
Nurlisa menahan nafas, wajahnya sudah memucat, dia seperti kehilangan oksigen. Tangannya mengigil.
“Stop sekejap, anak rambut Nurlisa nampak, kena betulkan dulu,” Eusoff terpaksa berkata begitu apabila melihat wajah pucat Nurlisa.
Syed Arman mendekatkan wajahnya dan ingin melihat anak rambut yang dimaksudkan oleh Eusoff itu, tetapi Nurlisa terlebih dahulu bangun untuk mendapat Eusoff.
Syed Arman berhenti perbuatannya apabila melihat jelingan tajam Sharifah Sakinah. Dia terlupa seketika apabila berada dekat dengan Nurlisa. Dia tidak dapat mengawal dirinya.
“You jangan risau, I ok lah, bau perfume dia kuat sangat, ada minyak angin tak?,” Nurlisa bertanya pada Eusoff semasa Eusoff tekun membetulkan tudungnya. Dia perlu meletakkan sesuatu di hidungkan, lapisan untuk tidak terhidu bau Syed Arman.
Sharifah Teha menghampiri mereka, dia baru tiba daripada butiknya dibawah kerana menguruskan stok yang baru sampai bersama staff butiknya. Mereka perlu mengatur strategi bagi memastikan jualan hari raya berjalan lancar.
“Teha, ada minyak angin tak? Kepala I pening,” Nurlisa bersuara apabila melihat kerisauan Sharifah Teha terhadapnya.
Sharifah Teha terus ke pejabatnya yang terletak di tingkat sama, berlari lari anak untuk mendapatkan minyak angin untuk Nurlisa.
“Mommy called tadi, minta jangan lambat, Daddy nak kita solat maghrib bersama, lepas tu Daddy nak buat solat hajat. Nanti kata kena buat solat hajat, minta Allah dekatkan jodoh kita,” Eusoff berkata selamba, tiada senyuman dan juga tidak kedengaran gurauan.
Nurlisa menepuk lengan Eusoff yang berkemeja lengan panjang itu. Dia tersenyum dengan kata kata Eusoff yang selamba, tidak lagi segan dengan dirinya.
“Insyallah, kalau dah tertulis, apa salahnya kan Lisa. Jodoh tu kan rahsia Allah, kalau dah RAHSIA, mana boleh cakap dengan orang kan?,” Eusoff semakin galak bercakap, dengan tujuan untuk Nurlisa tidak terlalu terikat dengan fikirannya.
“Akal adalah milik you, hanya you yang tahu how to manage you akal, jadi be professional. Jangan nampak sangat you tak selesa,” Nurlisa hanya menganguk tanda faham apa yang Eusoff bebelkan.
Selesai menyapu minyak angin di hidungnya, dia meneruskan pergambaran itu, dengan jiwa yang sedikit tenang. Dalam beberapa aksi, dia dapat merasa sentuhan daripada Syed Arman.
Tiada panggilan sayang, tiada suara manja, hanya panggilan Cik Lisa dan menampakkan Syed Arman sangat professional.
Nurlisa seperti tersedar daripada lena yang panjang, selama 2 bulan, kelihatan dia sangat berusaha untuk Syed Arman, tetapi tidak dengan Syed Arman. Syed Arman seperti seorang yang sangat lain. Seolah olah mereka tidak pernah bercantum jiwa.
“Cik Lisa, you khayal ke? Kita kena berdiri pulak, you tak dengar apa yang cameran cakap ke?,” suara garau Syed Arman menerpa telinganya.
Dia tersedar, dia tersentak, dia terjaga dari khayalan.
“Sorry,” Nurlisa terus bangun dan berdiri dekat dengan Syed Arman, dia mengayakan baju itu dengan penuh gaya, penuh jiwa dan penuh dengan rasa.
“Stay sekejap, dekat sikit, I nak ambik from sudut sini. Wait ya,” Cameraman itu memberi arahan, dia sudah dapat merasakan keserasian mereka.
“I nak Cik Lisa memandang mata Tuan Syed Arman, dengan penuh cinta, full of love. Dekat sikit ya, rapat lagi,” tanpa menyedari apa yang berlaku, cameran itu memberi arahan dengan jelas.
Nurlisa tidak menunggu lama, dia terus memandang mata Syed Arman denga penuh cinta. Dia tidak susah untuk menampakkan cinta itu, kalaupun cinta Syed Arman untuk dirinya palsu.
Kerana titik kesedaran sebentar tadi, Nurlisa dapat mengongkong jiwanya. Mata mereka bersatu, ada satu sinar lesu didalam kata Syed Arman.
Sinar lesu yang sama semasa mereka mula mula berjumpa 6 tahun lepas. Sinar yang menterjemaahkan perasan kasihan kepada Syed Arman.
“Cukup tak cinta kami ni?,” Syed Arman bersuara, dia seperti ingin memancing derita Nurlisa, dia seperti memanggil jiwa Nurlisa datang bertandang.
“Cukup Tuan Syed, you berdua serasi sangat, I suka how you look at Cik Nurlisa. Full of love. You boleh jadi pelakon nanti. Mesti dapat award nanti,” sekali lagi cameran yang tidak tahu hujung pangkal itu berkata, dan katanya menyentakkan Sharifah Sakinah.
Nurlisa melihat Sharifah Sakinah sudah triggered. Mata hantunya sudah keluar. Nurlisa sedikit terhibur melihat wajah cemburu Sharifah Sakinah.
“Tak susah mana pun berlakon rupanya, Cik Lisa pun hebat jugak berlakun ya…,”kali ini suara Syed Arman itu seperti memerlinya.
Nurlisa hanya memandang sepi, pandangan yang tidak dapat di zahirkan dengan kata kata.
Untuk scene yang terakhir untuk baju yang pertama, Syed Arman perlu duduk dia tetangan sofa, dan Nurlisa pula duduk disofa. Semasa aksi mereka dirakamkan, Nurlisa terdengar suara berbisik Syed Arman di telinga, apabila mereka perlu dekatkan bahu mereka.
“Abang rindu,” suara itu dekat, desahan nafas juga sangat memberahikan.
Nurlisa terus bangun, tanpa menyudahkan scene itu, dia terus mendapatkan Eusoff yang setia menunggukan.
Bulu romanya meremang, lehernya juga meremang, dia berjaya menahan diri daripada mencapai leher Syed Arman dan menciumnya. Jiwanya meronta, tapi jelingan Sharifah Sakinah menyeksakannya.
Kakinya lembik, dia sangat teringin untuk memeluk tubuh yang dia rindui kan.
Demi Allah, dia sangat rindukan kucupan berahi Syed Arman.
Ameena menarik Nurlisa ke bilik persalinan. Dia tahu Sharifah Sakinah seperti ingin menerkam Nurlisa, apabila melihat Syed Arman sempat berbisik sesuatu ke telinga Nurlisa.
“Cik Lisa nak coffee tak? I ada belikan, together with sandwich,” Ameena sengaja mengeluarkan suara agar Nurlisa berhenti daripada berkhayal.
“Boleh juga, thanks Meena. Youre the best. Jaga I siang dan malam, tanpa pernah penat. I harap Allah membayar semua kebaikan you,” Nurlisa tersentuh dengan Ameena yang sangat menjaga hatinya.
Nurlisa terus menukar ke pakaian yang kedua dengan rindu yang tidak pernah berakhir, dia tidak mahu menghilangkan suara Syed Arman daripada fikirannya.
Perkataan rindu itu sudah cukup buat dia seperti hilang pertimbangan, membuat dia lupa apa yang Syed Arman buat padanya.
Kebodohannya datang lagi..
Dalam 15 minit, Nurlisa bersedia dengan pakaian yang kedua. Pakaian kali ini kurung moden yang sedikit ketat di dada, yang menampakkan bentuk badan Nurlisa yang tinggi lampai seperti model.
Mereka di studio itu terpempan melihat kecantikan Nurlisa, dan cara dia bawak diri, sangat sopan dan tahu mambuatkan orang sekelilingnya selesa.
“You look beautiful Cik Lisa, wajah you too melayu and you represent yourself differently. People in this industry will always looking for something traditional and boleh represent Malaysia look, melayu look and will always sopan, lembut and newly look. I ada ramai kawan yang memang looking for face like you, kalau you nak jadi professional model, nanti call me,” Cameran berbangsa cina itu berkata semasa menunggu crew produksi menyiapkan background studio.
Nurlisa tersenyum mendengar pujian dari mereka yang arif tentang modeling itu.
“Pujian you tinggi sangat, by the way, I tak terfikir untuk serious dalam this industry. I cuma tolong kawan i. But I tengah consider for been an ambassador, if ada offer, boleh cari extra income. After kahwin nanti, boleh berhenti kerja, jaga anak,” Nurlisa masih mood berborak dengan cameran itu.
Nurlisa mula membuka hatinya untuk berborak, tetapi gaya bahasanya dan content berborak itu datang sendiri dan dia tidak pernah terfikir untuk berkata begitu.
“heyy, jangan settle down cepat sangat, you still young, enjoy dulu with your life,” cameran itu berbalas kata tanpa menyedari ada telinga lain yang sedang mendengar.
Syed Arman berdiri di tepi Nurlisa, apabila Sharifah Sakinah sedang membetulkan butang bajunya. Apa yang di betulkan pun dia juga tidak tahu.
Dan Nurlisa sangat pasti Syed Arman mendengar butir bicaranya.
“Still can enjoy after kahwin. Infact, rasanya lebih enjoy with husband kan? Food, holiday with full of love. I gave myself another 6 months to find the right prince. If not, will follow family orderlah,” Nurlisa teringat akan Eiman, abang dan kakaknya.
Dia bercakap tanpa menapis, selepas berkata begitu, dia tersedar, tetapi pasti tidak lagi boleh di tarik balik.
Dia tidak bercakap kosong. Itu perjanjian dia bersama abangnya. Dia perlu mengatur hidupnya. Abangnya meminta dia menamatkan kisah perkahwinannya, dan memulakan hidup baru.
Didalam kata yang lain, apabila berjumpa pejabat agama nanti, dia perlu pastikan perkahwinannya sudah berakhir lama. Dia juga perlu noktahkan. Itu nasihat ibu mertuanya.
Kalau masih berjodoh dengan Syed Arman, binalah hidup baru, itu kata ibu mertuanya. Dia tidak mahu Nurlisa jadi seperti dirinya.
Eusoff hanya tersenyum apabila mendengar patah patah bicara Nurlisa.
Mereka memulakan sessi kedua. Kali ini Syed Arman seperti sangat teruja, dia sendiri yang ringan mulut untuk memberi arahan kepada Nurlisa tentang gaya mereka.
“Cik Lisa, badan you kena facing depan, but you kena tengok I,” Syed Arman cuba untuk membetulkan kedudukan Nurlisa dengan menyentuh bahu Nurlisa, sentuhan itu lembut dan penuh dengan berahi.
Nurlisa dapat merasan sentuhan untuk akan menjerat jiwanya bila bila masa. Dia perlukan Eusoff dan Ameena untuk berbicara, dia perlukan seseorang mennyedarkannya.
“Andy, mommy ada call tak?,” Nurlisa sengaja mengajak Eusoff berbual, biar jiwa tidak membawanya pergi.
Eusoff mengenyit matanya, dia menununjukkan tanda love kepada Nurlisa dengan memberi aksi tangannya.
“Cik Lisa, gossip Cik Lisa dengan Eusoff dah masuk era fm dah ni, semua fans Encik Eusoff tengah meroyan. Perempuan cantik merampas crush depa, ketawa saya baca semua komen, mostly budak sekolah ni,” Ameena juga faham yang Nurlisa mengajaknya berborak.
“Nanti you post kat ig I jugak, gambar Eusoff tengah comot masa makan sandwich tadi,” Nurlisa masih bergaya di hadapan camera, tetapi dia tidak terlalu melayan permintaan Syed Arman yang memintanya posing bermacam gaya.
“Cik Lisa, tunggu kejap, ada something kat tudung you,” Syed Arman cuba menahan Lisa selepas scene baju ke dua selesai.
“It’s ok Tuan Syed, nanti saya minta crew betulkan, thanks anyway,” Nurlisa terus berlalu tanpa memandang Syed Arman.
Sharifah Sakinah terus mendapatkan Syed Arman dan memeluknya. Dia mendengar rengekan Sharifah Sakinah, terang dan jelas.
“Sayang, I dah penat ni, lambat lagi ke? I lapar,” dari ekor matanya, dia melihat Sharifah Sakinah memeluk tubuh sasa itu, meletakkan kepalanya di dada Syed Arman.
Syed Arman membalas pelukan itu dan mendudukkan Sharifah Sakinah di sofa luar itu.
“You rehat sini, ada satu baju jer lagi, sekejap lagi kita pergi makan,” Syed Arman mencium dahi Sharifah Sakinah, mesra dan terlihat sangat bahagia.
Nurlisa melihat Syed Arman menuju ke bilik persalinan, dia Syed Arman perlu menukarkan baju yang terakhir. Dia meyembunyikan gelisahnya, memandangkan Eusoff dan Ameena berada di luar, menyelesaikan posting Instagram.
Dari kedudukan mereka lebih kuran 3 meters, Syed Arman memandangnya, tetapi Nurlisa hanya menundukkan wajahnya, dia tidak berani untuk melawan mata Syed Arman.
“Abang akan pergi rumah sayang malam ni, after 12am. Abang rindu,” Nurlisa tidak salah dengar, memang suara romantic itu yang menyapa telinganya.
Dia tidak mengangkat wajahnya, dia bimbang Sharifah Sakinah akan menyerangnya. Dia menjauhkan jarak dengan Syed Arman, dia tidak akan mengambil risiko akan berlaku drama di studio Sharifah Teha.
Nurlisa terus keluar daripada bilik persalinan itu, dia tidak sanggup berduaan dengan Syed Arman.
“Ameena, nak minta you lagi sekali. Selepas habis ni, no meeting with Syed Arman, satu lagi I nak minta tolong you pergi kondo I, tukarkan password pintu. Nanti I text you pin baru dan video how to change the password. Make sure before 11pm, password tu dah bertukar,” Nurlisa memegang tangan Ameena, tanda meminta tolong yang teramat sangat.
“I akan off my phone tau, apa apa yang urgent, you call Eusoff,” Nurlisa melepaskan gengamannya dah berlalu ke sudut photoshoot.
Eusoff menghampiri Nurlisa, dia melihat wajah kusut Nurlisa tetapi sedikit tenang.
“I tunggu kat bawah, I akan bawakkan semua your stuffs, after habis you terus turun. Kita balik terus ya,” Eusoff berbisik perlahan ke telinga Nurlisa.
Nurlisa menunjukkan aksi bagus ke arah Eusoff, dia tahu Eusoff akan menyelamatkan dia daripada Syed Arman dan Sharifah Sakinah.
Mereka memulakan session terakhir, dengan tiada halangan, kelihatan Sharifah Sakinah hanya memandang mereka daripada sofa, tidak mengedik dengan Syed Arman seperti sebelumnya.
“Lepas habis shooting ni, tunggu sekejap, abang ada nak cakap something ya, pasal kerja. Sayang kena tunggu, jangan nak cari pasal dengan abang. Sayang tahu kan abang boleh pergi sejauh mana. Jangan cabar abang,” Nurlisa berhenti beraksi dan memandang tepat ke mata Syed Arman.
Dia tidak percaya Syed Arman berkata begitunya dengannya. Sudah sewel ke dia ni?
Nurlisa meneruskan aksinya, dia harus professional di hadapan camera, dia tidak mahu emosinya menggangu keseluruhan kerja mereka.
Syed Arman terlihat puas apabila dapat mengugut Nurlisa, dia pasti wanita lemah yang cintakan dia akan tunduk dan menurut arahan. Dia sudah biasa dengan Nurlisa yang akan sanggup berbuat seperti yang dipinta.
Shoot yang ke3 tidak mengambil masa yang lama. Mungkin kerana Syed Arman ingin meluangkan waktu bersama Nurlisa dan mereka dapat menghabiskan dalam masa 15 minit.
Jam menunjukkan 6.15 petang, selepas floor manager membuat announcement yang semuanya sudah selesai, Nurlisa menghampiri Ameena yang sedia menunggunya, selepas dia selesai menukar pakaiannya.
“I nak balik sekarang, selepas I naik kereta, you inform boss and I akan off phone, I pergi dulu,” Nurlisa segera membuka pintu studio dan menuruni tangga dengan pantas.
Dia terus membuka pintu kereta Eusoff yang sedia menunggunya dan kereta terus bergerak pulang ke rumah Eusoff.
Ameena bersiap siap untuk pulang, dia mengampiri Syed Arman yang baru keluar dari bilik persalinan itu.
“Boss, Cik Lisa dah balik, dia ada hal, sorry sebab I tak dapat halang dia,” Ameena bersuara perlahan, bimbang percakapannya akan mengundang amarah Syed Arman.
Syed Arman terus mencampak baju melayu yang berada di tanganya. Dia tidak menyangka Nurlisa akan ingkar arahannya.
“ You cari dia sampai dapat, I tak kira, sebelum pukul 7, I nak cakap dengan dia, ini pasal kerja, dia dah jadi dungu ke apa?”
Ameena hanya terdiam, dia malas untuk bertekak dengan Syed Arman.
“ I balik dulu bos, nanti I minta Cik Lisa call you,” Ameena bergerak, dia juga penat
BERSAMBUNG

Share this novel

anace
2021-02-08 08:23:49 

nak lagi

Fatin Nur Amalina
2021-02-05 22:05:09 

nak lagi

YAZNI-ERNIE
2021-02-05 18:45:17 

dear. update lg, plzz.....i x puas baca la


NovelPlus Premium

The best ads free experience