Rate

Bab 2 : Kalkulator

Romance Series 2134

Setelah beberapa bulan aku bersekolah dengan suasana baharu , aku mulai menyesuaikan diri dengan rumah ilmu itu. Semua bagaikan mimpi apabila sekolah pedalaman yang aku anggap kotor, pelajar yang jahat dan struktur bangunan usang tersebut menjadi perkara yang sebaliknya. Aku paling sayang dengan sekolah ini di antara semua sekolah yang aku pernah belajar. Di sini aku kenal erti tanggungjawab, kesetiaan, dan nilai persahabatan.

ujian pertengahan tahun akan menjelma , maknanya tinggal hanya beberapa bulan lagi untuk kami menyediakan peluru akhir untuk berperang.

"Datul, aku rasa tak confident nak jawab soalan ujian ni tau. Rasa nak give up saja. Since last year aku study gila subjek ni alih-alih gred tak naik juga." sememangnya Nana adalah seorang pelajar yang bijak. Namun hanya satu subjek yang menjadi musuh tradisinya hingga kini , iaitu Matematik Tambahan.

"Rileks lah Na, aku tau kau boleh jawab punya. Lagi pun kita dah study semua yang kau tak mahirkan ? Just be confident and tawakkal saja. Lagi pun tak kisah gred rendah sekarang , at least nanti kau boleh improve mana-mana part yang kau tak tau. In only few month left , much thing can happen." Aku cuba untuk tenangkan sahabat baikku ini.

"Hope so Tul..." Nana senyum pahit.

Sepasang mata sedang memerhatikan Sahdatul dan Nana yang mengulang kaji di pondok ilmu.Dengan suara berbisik , "Huh! Apa agaknya dia orang study ya? Nak kacau ke tak? Nak kacau nampak macam serius nau study. Tapi kalau tak kacau aku jugak rugi! Tapi kalau aku kacau karang, aku juga kena hempok". Setelah puas berperang dengan diri sendiri akhirnya dia pun menyergah dua pelajar itu.

"HAH!!!" Sergah Zafran.

"ARH!!!!!!" . kedua-dua pelajar wanita itu terkejut.

"Kau! Apa kau nak Zafran oii!! Kalau aku ada tabiat melatah memang lama dah aku hempok kepala kau tau!" Sahdatul membebel.

"Rilek la, aku curious saja apa yang korang buat. Bukan nak gaduh pun.." Zafran tersengih selepas mendengar kata Sahdatul.

"Eh , kau ni Zafran takkan tak nampak kot kita orang tengah study ? Ini ha, kalkulator besar ni takkan nak buat call orang kot. Sah-sahlah orang study math . Lepas inikan exam add math. Kau ni pun..." Bebel Nana kepada Zafran.

"Yalah, korang ni aku saja tanya..." Zafran tersengih sambil tangannya yang berada di meja menyelitkan serpihan kertas kecil di celah buku Sahdatul dan Nana . "Ok, aku nak blah dah ni. Good luck! Hope korang boleh beat aku exam ni" Zafran berlalu meninggalkan mereka dengan kenyitan mata.

"HUH!! Wei , nampak tak tu? Dah buang tabiat ke apa?" Kata Sahdatul dengan penuh riak menyampah!

"Itulah tiba-tiba saja dia buat perangai macam tu. Selalunya kalau dia buat macam tu... " mata mereka bertentangan lalu memeriksa meja yang penuh buku dan alat tulis di hadapan mereka.

"Datul!! Aku sudah agak benda ni mesti jadi!" kata Nana penuh geram.

"Kenapa?" Nana tunjukkan kertas yang diselitkan oleh Zafran sebentar tadi.

-Nana, aku pinjam kalkulator kau ya. Balik karang aku pulangkan. Sorry??-

"Haih.... so macam mana sekarang? Exam start kejap lagi ni." Nana meminta pendapat sahabat baiknya itu. "Kita pinjam dengan cikgu sahajalah , mesti dia orang ada kalulator lebih." Maka, mereka beredar dari pondok ilmu ke bilik guru.

______________________________________________

#Kalkulator Nana kena tapau. Tapi, kenapa tiada apa-apa yang hilang pada Sahdatul? Apa agaknya isi serpihan kertas yang Zafran selitkan pada buku Sahdatul???

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience