Rate

Bab 1 : Hari pertama

Romance Series 2134

"OPPS, SORRY!"
" Eh, kalau jalan guna mata boleh tak?! Jangan jalan dengan lutut!"

WOW!! First day aku dekat sekolah baru ni pun dah macam ini . Apatah lagi hari-hari seterusnya. Aku Sahdatul budak science stream dari MRSM tapi kena pindah sebab baba tukar tempat kerja.
Sebab sekolah ini agak pendalaman dan jauh dari bandar so kononnya aku akan terpelihara daripada gejala sosial yang makin berleluasa kini.

"Assalamualaikum..." Semua mata di kelas tersebut memandang aku dengan penuh tanda tanya. Beberapa saat aku bagi salam tadi cikgu Iris datang dan kenalkan aku dengan murid-murid di kelas 5 Ibnu Sina.

Tidak lama selepas Cikgu Iris keluar, beberapa pelajar mendekati aku dan bertanya soalan-soalan cliche yang budak baharu selalu di soal.
Dalam banyak-banyak pelajar di kelas tu aku perasan seorang lelaki yang bertubuh sedang-sedang tegap, berambut kemas ala tentera dan... "Hah! bukan itu lelaki yang aku langgar tadi ke?" Memang sah itu dia! Tadi bukan main lagi dia dok marah aku kan. Sekarang dah jadi classmate aku pula.

Memandangkan aku memang nak tahu nama lelaki itu, maka dengan ayat baik punya , aku pun bertanya dengan Nana.

"Nana, lelaki yang duduk dekat belakang tu nama dia apa ya?" Aku cuba bertanya dengan pelajar perempuan yang duduk di sebelah aku.

"Nama dia, Ammar Zafran. Kita orang panggil dia Zafran je. Eh, kalau kau nak tahu dia tu nakal sikit. Tapi, Ya Allah!!! Otak dia macam Einstein tau bijak yang amat semua subjek dia nak caras tau!" Akhirnya aku tahu nama gerangan empunya badan yang melanggarku tadi ke aku yang langgar dia? Entahlah, yang penting aku dah ada kawan-kawan baru yang super awesome sekarang! Inn syaa Allah hubungan persahabatan yang bermula hari ini akan kekal hingga bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience