Rate

Bab 1

Romance Series 4509

Nama ku Sahara Binti Zulkifli, dikalangan kawan-kawan di kolej,aku dikenali sebagai Ara,aku adalah anak kepada salah seorang jutawan yang berjaya di Malaysia. Ayah ku seorang ahli perniagaan yang berjaya,ibu ku pula salah seorang pemimpin di dalam pertubuhan kerajaan.Aku agak lincah dan seorang yang ceria, perwatakan ku agak mencuit hati bagi kawan sekuliah ku.Aku melalui alam remaja dengan hidup mewah dari duit yang diberi oleh ibu bapa ku,aku mempunyai seorang abang dan kakak ipar yang amat menyayangi ku sepenuh hati mereka.
Walaupun aku agak bebas,tapi aku tak boleh melampaui batas-batas orang timur yang masih kuat di dalam diri ku. Di sini aku mempunyai kawan yang cukup rapat dengan ku selain kawan kuliah yang lain. Nama mereka ialah Christina dan Natasha, mereka selalu ada kemana ku pergi, sampai kami digelar kembar 3.
Kami baru masuk di salah satu kolej yang agak terkenal di tanahair,pada hari kami masuk,aku telah terlanggar salah seorang pelajar senior yang aku sangkakan pelajar jenior seperti kami. Pelanggaran itu terjadi disebabkan oleh kawan senior itu tertolak dia hingga pelajar itu terlanggar aku dan menyebabkan aku terundur ke belakang beberapa tapak.Aku terus marah pada pelajar senior tu tanpa mengetahui dia salah seorang senior kami.
Aku:Eh awak ni buta ke?Tak nampak saya nak lalu?
PS:Maaf, saya tak sengaja terlanggar awak.
Aku:Alah alasan,awak ni pelajar baru ke?
Senior tu cuma menggagukkan kepala dia bagi jawapan untuk soalan ku satni,kawan senior tu cuba bagitau perkara sebenar pada ku.
KS: Saudari tau tak yang dia,,,,
PS: Sudah lah,mari kita masuk kelas,dah lewat dah ni. Nanti marah pulak senior kita,jom lah.
Tina: Pergilah,dasar BUTA!!
Tasha:Dah lah tu,jom kita masuk.
Kami bertiga terus masuk ke dalam bilik kuliah,di sana sekali lagi aku terserempak dengan pelajar yang melanggar ku sebentar tadi.Dia kelihatan sedang berbincang dengan kawan dia yang lain.Melihat itu,Tina terus beritahu pada ku.
Tina:Ara,kan itu lelaki yang langgar kau kat luar satni, apa dia buat kat sini?
Aku melihat pada sudut yang Tina tunjukkan pada ku, memang betul apa yang Tina cakap kan.Dalam kebingungan,aku menjawab.
Aku: Entah,mana saya tau. Kalau awak nak tahu, pergilah tanya dia.
Tina:Tak nak, saya takut. Kejap,biar saya tanya abang yang hensem tu.
Tina terus menuju ke arah lelaki yang dia rasa senior kami.
Tina: Abang, boleh tanya satu soalan?
Senior: Apa dia?
Tina: Siapa lelaki yang kelihatan serius tu? Abang kenal dia tak?
Senior tu melihat pada sudut yang Tina tunjukkan, sambil tersenyum, dia melihat pada Tina dan menjawab.
Senior: Awak tak kenal ke?
Tina:Tak,saya pelajar baru kat sini.
Senior: Patut lah awak tak kenal dia,nama dia Halim, dia salah seorang senior Awak. Macam saya juga, kenapa awak tanya? Suka kat dia ke?
Tina:Eh tak lah,saje je saya tanya. Terima kasih kerana beritahu kat saya.
Senior: Sama-sama.
Tina terus berlari menuju ke arah ku dan dia berbisik satu perkara yang buat aku jadi terkedu.
Tina:Ara, dia tu senior kita lah.
Aku: WHAT?
Tina:Yes, abang hensem tu yang bagitau pada saya satni.Abang hensem tu cakap nama dia Halim.
Aku dan Tasha berpandangan sesama sendiri,Tina pula dah gelabah puyuh bila dia tau lelaki tu senior kami.
Senior Halim: Okey semua,duduk tempat masing-masing ya, sebab sesi suai kenal akan diadakan untuk pelajar baru tahun ni. Pelajar baru sila duduk di barisan depan supaya mudah kami nak kenal nanti.
Tasha terus tarik tangan ku dan tangan Tina, dia pilih kerusi yang menghadap pada senior Halim terus,nak tak nak,aku dengan Tina terpaksa setuju dengan kerusi pilihan Tasha tu.
Senior Halim: Okey,kita mulakan dengan awak dan diikuti oleh kawan awak. Sekarang awak bangun dan perkenalkan diri awak pada kami semua.
Tina bangun dan dia terus pandang pada aku dan Tasha, Tasha bagi isyarat supaya Tina jangan takut.Tina terus bersuara.
Tina:Hai, nama saya Tina,usia saya 21tahun. Saya berasal dari Perlis.
Senior Halim: Awak boleh duduk, seterusnya.
Tasha:Hai, saya Natasha Binti Riduan, asal dari Kelantan.Umur saya sebaya dengan Tina dan Ara, kawan-kawan boleh panggil saya Tasha je.Selamat berkenalan.
Halim:Bagus, lancar je awak perkenalkan diri awak, saya suka.
Tasha: Terima kasih.
Halim: Awak perkenalkan diri, sila berdiri.
Secara spontan aku bangun dan memandang Tasha, Tasha cuma tersenyum kerana dia tahu aku masih mengalami perasaan terkejut dengan kejadian yang berlaku tadi. Bila Halim melihat aku cuma berdiri tanpa suara, dia terus bersuara.
Halim: Awak bisu atau tak boleh nak perkenalkan diri awak? Sila perkenalkan diri awak pada kami.
Aku: Saya minta maaf, saya Ara, umur 21tahun asal dari Terengganu.
Halim: Nama penuh awak Ara atau ada nama lain?
Aku: Nama penuh saya,Sahara Binti Zulkifli,tapi kawan-kawan panggil saya Ara.
Halim:Kan sedap guna nama penuh, Tina, nama awak Tina aje ke?
Tina: Nama penuh saya, Christina, nama singkatan Tina.
Halim: Apa? Saya tak berapa dengar, cuba cakap sekali lagi.
Tina: Nama penuh saya Christina,puas hati wahai senior yang suka buli pelajar jenior?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience