Rate

BAB 2

Romance Series 4509

Aku tak dapat tahan dari nak ketawa bila dengar Tina mengeluarkan ayat pedas dia pada senior Halim yang terus terkedu. Aku terus je ketawa dan Tasha mencuit pinggan ku sambil bagi isyarat yang senior Halim tengah marah.
Tasha:Ara, janganlah ketawa, senior Halim tengah tengok tu.
Aku:Opppss,sorry.
Kata ku pada para senior yang memandang ku dengan pandangan marah,dia terus pandang pada Tina dan dia berkata.
S.Halim:Awak boleh duduk sekarang ni,dan kita mula kan proses pelajaran kita.
Tina cuma mencebik bibir dia bila dia dengar senior Halim berkata macam tu,dia terus ambil beg dan berlari keluar dari kelas kami,aku cuba nak bangun bila melihat tindakan Tina tu,tapi Tasya terus pegang tangan ku dan paksa aku duduk semula. Melihat tindakan dari Tina tu, senior Halim terus bersuara.
S.Halim: Baiklah,kita mulakan kelas dulu.
Aku terus bangun dan bersuara.
Aku: Saya nak keluar dari kelas ni.
Tasha:Ara, janganlah macam ni,kita belajar dulu. Okey?
Aku: Saya tak nak belajar dengan orang macam dia ni, kalau awak nak,awak belajar lah. Saya nak ikut Tina.
Kata ku dengan ketus sambil menyambar beg dan berlari keluar dari kelas kuliah tu walaupun Tasha cuba tahan dengan memanggil nama ku berulang kali. Bila sampai di kereta,aku lihat Tina naik kereta dia dan aku cuba memanggil nama dia.
Aku: Tina, tunggu saya dulu. Saya nak ikut awak juga.
Tapi kereta tu dah meluncur pergi membelah jalan raya tanpa menghiraukan sesiapa lagi, inilah sikap Tina yang aku tak suka. Kalau dia bergaduh dengan seseorang, dia akan lepaskan kemarahan dia di atas jalan raya. Aku terus masuk ke dalam kereta yang baru dihadiahkan oleh abang ku, kereta ku meluncur pergi meninggalkan perkarangan kolej yang menjadi impian bagi golongan bawahan. Aku terus memandu kereta tanpa arah tujuan, bila berada di dalam situasi itu,abang ku hubungi aku kerana Tasya mengadu pada dia. Tasya bagitau pada abang ku yang aku keluar dari kuliah pagi ni, abang ku marah teruk dengan ku, selepas itu dia suruh aku balik ke kolej dan masuk semula ke dalam kelas kalau tak,dia ancam untuk bagitau pada papa dan mama ku tentang perkara ini.
Abang Sharul: Abang nak adik balik semula ke kolej dan belajar, kalau tak, abang akan bagitau pada papa dan mama apa yang adik buat hari ni.
Aku:Alah abang Sha ni,adik nak balik ke kolej lah ni.
Aku terus memandu kereta ku menuju ke perkarangan kolej,bila dah hampir sampai,aku terus tekan brek dan berlari masuk ke dalam bilik kuliah. Aku terus ketuk pintu dan masuk,aku minta maaf dari senior aku.
Aku: Maaf kan saya kerana keluar tanpa izin.
S.Halim: Awak nak ulangi kesilapan yang sama lagi? Kalau nak, saya nak awak keluar sekarang juga.
Tasya: Dia tak akan ulangi lagi perbuatan tadi, tolong lah maaf kan kawan saya ni.
S.Halim: Awak dengar apa kawan awak kata?
Aku: Saya dengar dan saya janji takkan buat macam tadi lagi.
S.Halim: Kalau macam tu, pergi duduk di tempat awak sekarang.
Aku: Terima kasih
S.Khai: Kasih diterima.
Seluruh pelajar ketawa bila senior Khai kata begitu, sedang kan pipi aku mula bersemu merah kerana malu,kelas bermula dengan aman dan aku mula belajar untuk menghormati pelajar yang lebih senior dari aku. Bila habis belajar,kami keluar dari kelas dan Tasya buat keputusan untuk kami keluar membeli belah. Nak tak nak,aku terpaksa ikut dia,bila berada di shopping moll, Tasya tanya aku samada aku marah dengan tindakan dia mengadu pada abang ku yang aku ponteng kuliah tadi.
Tasya:Ara, awak marahkan saya ke atas tindakan saya tu?
Aku:Tak lah,tapi bagus juga awak buat macam tu tadi.
Tasya: Bagus awak kata? Apa yang bagus nya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience