BAB 9

Horror & Thriller Completed 7319

Jiran sebelah rumah yang mendengar saya menjerit beberapa kali datang bergegas ke rumah. Pintu diketuk beberapa kali dengan kuat selepas tiga kali salam yang mereka laungkan tidak disambut.

“Ashraf! Buka pintu ni. Apa yang terjadi pada kamu?” Kedengaran suara Pak Ali bertanya dari luar pintu rumah.
“Ashraf!” laung Pak Ali dan beberapa anak buahnya.

Ashraf yang mendengar terus berlari ke pintu dan membukanya dalam keadaan tercungap-cungap.

“Pak Ali, tolong saya. Tolong saya dan ayah!” katanya dengan nafas yang tidak cukup.
“Apa yang terjadi? Cuba bagi tahu kami.” Kata Pak Ali.

“Ayah... ayah... Pak Ali.” Kata Ashraf tersekat-sekat.
“Ha.. Apa yang terjadi pada ayah kamu? Mana dia?” soal Pak Ali lagi.
“saya tak tahu. Saya tak tahu.”

“Macam nilah Ashraf. Kamu bawa bertenang dulu. Beritahu satu-satu apa yang terjadi. Baru Pak Ali dan anak buah yang lain faham. Barulah kami boleh bantu. Kamu bawa bertenang dulu.” Kata Pak Ali menepuk belakang Ashraf.

Ashraf tiada pilihan selain bersetuju. Dia mengangguk-angguk sambil cuba menstabilkan deru nafasnya yang mengah akibat keletihan. Ashraf pun menunduk mendapatkan ritma nafasnya semula.Setelah beberapa ketika barulah da bersuara kembali.

“Ayah dah jadi lain Pak Ali. Saya nampak ayah makan bertinggung di tengah dapur. Muka dan reaksinya lain. Bukan macam biasa. Saya sendiri bingung apa yang terjadi.”

“Astaghfirullah... Benar ke apa yang kamu katakan ini. Jadi di mana dia sekarang?” Soal Pak Ali.

“Saya tak pasti. Saya tutup mata ketika melihat ayah menjadi lain. Lepas tu dia menghilang dan muncul pul awanita berkebaya hitam ni. Sebab tulah saya jerit lagi sekali.”

“Kamu tahu tak apa yang sedang mengganggukamu sekeluarga ni?”

“Saya tak tahu Pak Ali. Saya tak tahu. Saya dah bingung. Sebenarnya dah lama saya diganggu tapi saya tak mampu buat apa-apa.”Terang Ashraf.

“Kenapa kamu tak tanya dengan ayah kamu?”

“Dah banyak akali saya cuba cerita dan bertanya tapi ayah macam mengelak dan tak mahu percaya pada saya. Balik-balik dia kata saya hanya bermimpi dan itu hanya mainan perasaan saja.”

“Tak apalah. Marilah kita cari di mana ayah kamu dulu. Pak ali rasa Cuma dia yang tahu jawapan kepada semua yang terjadi.”

Pak Ali mengarahkan anak buahnya mencari di sekeliling rumah dan meminta Ashraf supaya berehat dulu di ruang tamu. Pak Ali akan menemaninya. Sambil itu, Pak Ali menyediakan air penawar untuk memulihkan semangat Ashraf.

Selepas tiga jam mencari tubuh ayah Ashraf ditemui tidak sedarkan diri di belakang rumah banglonya. Dia dibawa masuk ke bilik untuk dipulihkan. Pak Ali sudah memanggil rakan ustaznya yang berkemahiran untuk melihat dan memulihkan keadaan yang telah berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience