BAB 2

Horror & Thriller Completed 7319

Sret…Sret…..

Setiap malam, bunyi perabot dialihkan sentiasa kedengaran dari tingkat atas. Bukan bunyi itu sahaja, malah bunyi kaca pecah, guli berjatuhan dan orang mengetuk dinding pun selalu di dengari.

Ashraf menjadi pelik. Setiap kali dia balik lambat pada lewat malam pasti akan ada bunyi-bunyi sedemikian. Padahal dia duduk di rumah banglo dan bukannyaada sesiapa yang tinggal di atas. Jadi bagaimana dan dari mana bunyi-bunyian itu wujud.

“Dah mula dah bunyi-bunyi bising ni. Siapalah yang buat bunyi ni..” Omel Ashraf tak puas hati. Ashraf dah menarik muka. Dia mahu tidur tapi tak dapat lena selagi mendengar bunyi-bunyian itu semua.

Tak puas hati punya fasal, Keesokkan harinya dia naik ke atas bumbung rumah bagi meninjau apa yang menyebabkan bunyi-bunyi sedemikian berlaku. Barangkali kehadiran tikus atau binatang lain yang tersembunyi.

Tapi bila sampai di atas, Ashraf mendapati ats rumah tersebut masih kosong. Malah tiada seekor pun tikus atau cencurut seperti yang difikirkannya.

Jadi dia turun balik dan tak sempat nak bertanya lanjut dengan tentang bunyi-bunyian yang selalu didengari dari atas rumah. Perkara ini berlarutan selama berbulan-bulan.

Apatah lagi dia kini tinggal berdua dengan ayahnya sejak ibu dan adiknya pergi meninggalkan mereka setelah perniagaan ayahnya musnah. Jika boleh, dia enggan bertanya banyak kerana sejak kejadian itu, emosi ayahnya terganggu. Hinggakan kadangkala dia begitu kasihankan ayahnya kerana terpaksa menghadapi semua ni di hari tua.

*************

Malam makin larut. Ashraf dan ayahnya sama-sama sudah lena di atas katil masing-masing.

Selimut yang membaluti tubuh Ashraf ditarik perlahan hingga jatuh dihujung katil. Disebabkan kesejukan, Ashraf bangun untuk menarik semula selimut yang jatuh tadi. Dengan malas tangannya mencapai selimut yang dah jatuh itu ke atas katil semula.

Selepas menyelimutkan kakinya, dia pun tidur semula. Namun selimut itu bergerak ke bawah dan jatuh lagi. Difikirnya mungkin ayahnya yang masuk ke bilik dan sengaja berbuat demikian untuk mengusik.

“Ayah, janganlah tarik selimut. Saya sejuk ni!” kata Ashraf walaupun matanya masih terpejam kerana mengantuk. Tiada respon dari sesiapa.

Lalu Ashraf bangun semula untuk menarik selimut.

Tanpa disangka, selimutnya ditarik sekali lagi. Tapi kali ini direntap dengan kuat! Malah kaki Ashraf ditampar dengan kuat. Ashraf yang nyenyak tidur, terkejut lalu terjaga.

Dilihat di sekitar bilik tiada sesiap di situ. Fikirnya ayahnya ada di situ juga jauh meleset. Tiada sesiapa.

Lantas Ashraf bangun menuju bilik ayahnya yang terletak di sebelah. Sah. Ayahnya sedang nyenyak tidur walaupun dilihat dari posisi belakang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience