BAB 5

Drama Completed 341

Selepas beberapa hari mereka berlayar, tiba-tiba ombak besar keluar. Air mula bergelora, kilat menyambar-nyambar dan kapal bergegar seperti kapal layar mainan yang hanyut di pantai. Semua penumpang kapal berdoa kepada Allah supaya mereka semua selamat tiba ke destinasi yang dituju.

Selepas beberapa jam berlayar, mereka terkejut air lauthampir memasuki kapal kerana terlebih muatan. Mereka perlu berbuat sesuatu supaya kapal tidak ditenggelami air.

“Baiklah, apa kata kita undi seseorang untuk keluar dari kapal ini dan bawa hala tuju sendiri menggunakan sampan? Kapal ini akan menjadi lebih ringan,” kata seorang penunmpangkapal.

Kesemua penumpang buat keputusan untuk mengundi. Ketua kapal mengambil kertas di dalam baldi yang mempunyai nama setiap orang .

“Normah binti Haji Aziz .” Nama Puan Normah dipanggil oleh ketua kapal.

Seseorang berkata, “Ini tidak betul! Dia hanya seorang gadis!”

Semua penumpang berkata, “Lagi sekali!”

Ketua kapal itu pun mengundi semula. Nama puan Normah disebut lagi.

Kesemua mereka melihat Puan Normah seakan-akan tidak percaya.

“Tidak perlu ulanginya lagi. Saya akan pergi bersama anak saya.” Selepas itu, dia mengambil sampan yang sudah usang lalu pergi dari kapal itu bersama Midad .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience