BAB 8

Drama Completed 341

Tiba-tiba dia hilang di sebuah taman yang sangat cantik. Muncul satu suara aneh

“Emak! Tolong Midad !”

Muncul satu lagi suara aneh. “Hahaha!”

Tiba-tiba dari semua arah keluar suara gelakan aneh itu.

Puan Normah memejamkan matanya kerana tidak mahu melihat apa yang terjadi. Dia membuka matanya dan melihat dirinya sedang baring. Dia pun bangun dan mengejutkan Midad untuk solat subuh.

Pukul 12.00 tengah hari, mereka bertolak ke Pasar Raya Borong Bulan itu semula. Selepas lima minit membeli-belah, Puan Normah ternampak seorang pak cik tua berbaju petak-petak dan berseluar jean hitam. Umurnya didalam lingkungan 60-an dan berjalan menggunakan tongkat di sebuah kedai komputer. Tiba-tiba sebuah komputer terjatuh dari sebuah almari yang tinggi lebih kurang dua meter.

Selepas itu dengan sepantas kilat Puan Normah melepaskan tangan Midad lalu memecut selaju mungkin. Dia menolak pak cik itu sebelum komputer terjatuh. Pak cik itu terkejut seperti orang sakit jantung apabila melihat komputer itu jatuh dengan teruk.

Tiba-tiba Midad terlihat sebuah kedai mainan. Dia pun berfikir “Mahu atau tidak? Kalau pergi nanti emak cari saya pula. Pergi sahajalah, nanti pandai-pandailah emak cari saya!” Dia pun pergi ke arah kedai itu.

Tidak semena-mena seorang pemuda lelaki yang cuma berpakaian T-shirt dan berseluar hitam mengekoriMidad secara senyap-senyap. Usai Midad kelihatan jauh daripada emaknya, pemuda itu pun dengan pantas menangkap Midad tanpa disedari orang ramai yang sibuk dengan urusan masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience