Hari yang ditunggu tunggu tiba juga. Langkah Ku ke atas pelamin hampir terhenti. Aku beku melihat sang lelaki dihadapanku. Tirai yang menutupi kami membuatkan aku lagi berdebar.
Perkahwinan ini tidak dijangka olehku. Bukankah sepatutnya kakakku asya yang berkahwin? mengapa aku disini.
Majlis berlangsung. Berdebar hatiku, amarah. Sedih. Gembira. Bercampur.
"Faiz Nazreen Bin Zali."
"Ya saya"
"Aku nikahkan dikau dengan anaku nuha raisya binti rasyid dengan mas kahwinnya sebentuk cincin tunai."
Nafas ditarik.
"Aku terima nikahnya Nuha Raisya Binti Rasyid dengan mas kahwinnya sebentuk cincin tunai."
Kedengaran Suara kadi.
"SAH" Suara garau seorang lelaki ini menyapa gegendang telingaku. Merdu untuk menjadi imamku kata kecil hatiku.
Segala persiapan dibuat tanpa persetujuanku kini aku Nuha Raisya bergelar isteri.
Langkah lelaki yang bergelar suami semakin hampir. Dua langkah. Dia dihadapanku. Tirai dibuka. Wajah dihadapanku sangat aku kenali. Faiz.
Mata Aku membulat melihat faiz. Dia duduk disebelahku. Aku menundukkan wajah. Bukan ini yang aku mahu. Faiz mula bicara "Assalamualaikum isteri" merdu. Sangat mendebarkan hati. " waalaikumusalam."
Tangan aku di ambil menyarungkan cincin. Menggeletar tanganku apabila dipegang Oleh 'suami'. Tangan dia aku ambil lalu menyarungkan cincin. Aku lihat tanganya teragak agak untuk menyalam.
Kedengaran doa dibaca, tangannya diatas kepala Ku. Aku Aamiin doanya didalam hati.
Selesai majlis. Aku? Tiada perasaan. Hati rasa Kosong. Kedengaran seseorang memanggil aku. Lamunan terhenti. Aku memandang dia. Lalu berlalu pergi. Sakit hatiku melihat dia.
"Isya abang minta maaf tak bermaksud nak tipu, atau lukakakan hati isya." aku hanya mendengar tanpa membalas. Entah hatiku tak Boleh menerima walaupun aku berkahwin dengan org yang aku suka.
Aku baru mengetahui yang kakak berkahwin dengan pilihan hatinya. Jadi perancangan itu dibuat supaya aku bersetuju. Kalau aku tahu pun aku akan bersetuju. Faiz org yang aku cinta mestilah aku terima.
Semua tetamu yang hadir beransur pulang. Aku yang terkapai kapai lapar ini pergi mengambil sepinggan makanan agar perut tidak berbunyi lapar.
Sedang aku makan dia menarik kerusi duduk disebelahku. "Tak ajak pun suami makan." Hatiku sedikit terusik. Aku belum biasa dengan semua ni. "Sorry. Awak nak makan?" " takpela awak makanlah." Dengar Seperti merajuk. Aku pun Bangun lalu basuh tangan.
Sepinggan nasi Dan rendang daging diberikan kepada dia. Dia tersenyum mungkin kerana gembira isterinya faham?
Selepas perut dipenuhi nasi. Kamipun membantu yang lain untuk mengemas. Nasib ada saudara mara yang membantu.Kalau tidak habislah badannya penat.
-BERSAMBUNG-
Hi i have a new series. go and read. hope you guys enjoy ✨
Share this novel