Penipuan

Romance Series 3142

Pelbagai persediaan untuk hari esok sudah disiapkan hanya menunggu pengantin sahaja diijabkan. Aku rasa resah sedikit kerana tiada sebarang text Dan call Dari sang tunang. Adakah dia sudah menukar fikirannya? Ataupun dia sudah Ada yang lain? Banyak sangat persoalan dikepalaku ini.

Aku menurunkan ego text dia.

(Isya) :
Assalamualaikum encik tunang, apa khabar?

Beberapa detik belum membalas. Aku menunggu sehinggakan aku malas ingin menunggu. Aku terus membuat kerja kerja yang belum selesai.

Sedang asyik membuat kerja terdengar deringan telefon bimbit. Ting~

(Tunang) :
Waalaikumusalam sihat cik tunang. Maaf lewat reply Dan maaf kerana tak text.

Aku membaca terbit senang dihati.

(Isya) :
Ouh tidak mengapa. Saya hanya ingin bertanya khabar saje.

Tidak lama kemudian
(Tunang) :
Hahaha baik. Harapnya sudah bersedia esok hari. :D

Gementar tanganku. Aku membiarkan saje text itu kerana aku taktahu ape yang aku rasakan saat ini.

Hanya perlu bersedia untuk menjadi isteri yang baik, solehah, dan mampu bersabar.

Malam itu aku banyak melaksanakan rutin harian dengan hati yang tidak tenang. Sukar untuk digambarkan.

Aku memberanikan diri membuka telefon Dan membalas text si tunang.

(Isya) :
Bersedia. Awak pula?

Tidak sampai seminit terdengar deringan.

(Tunang) :
InshaAllah apapun yang Allah lakukan itu yang terbaik. Saya sedia nuha raisya binti rasyid. Semoga masjid yang dibina esok hari membawa kita ke jannah Allah. Selamat malam bakal isteriku.

Sebak apabila membaca ayat si tunang. Aku dapat merasakan dia benar benar ikhlas walaupun kami tidak mengenali. Sebentar. Dia tahu namaku? Kenapa aku tidak tahu? Ugh isya nampak sangat kau tak pernah nak ambik tahu.

-BERSAMBUNG-

sorry guys . Hope you all enjoy new series. spread love

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience