Bab 42

Romance Completed 1266201

Syed Arman mendengar gegaran telepon bimbitnya di tepi telinganya. Dia membuka mata dan melihat jam di iphonenya.
Tepat 3 pagi
Di teleponnya tertera nama Nurlisa. Dia terus bingkas bangun dan menjawab panggilan tersebut, dengan jiwa yang sarat dengan kerisauan.
“Sayang… you ok?,” itu perkataan pertama yang keluar dari bibirnya. Dia mendengar rengekan Nurlisa di hujung talian, jelas dan terang.
“Abang mana? Sofea terjaga abang takde. Sofea deman lagi ni, badan Sofea panas, Sofea tak selesa,” rengekan itu membuatkan jiwanya tidak tenteram. Dia tidak menyangka begitu lama Sofea berada di dunianya, masih lagi merengek yang membuatkan jiwa jantannya tidak keruan.
“Sofea nak mandi lah abang, nanti abang balik mesti abang tak selesa nak peluk Sofea sebab panas. Boleh tak Sofea mandi?,” kali ini Syed Arman sudah turun dari katilnya. Jiwanya sudah tidak tertahan.
Syed Arman terkedu, dia tidak tahu bagaimna untuk memberi respon kepada Nurlisa. Sudah lama dia tertanya tanya, bagaimana perwatakan orang yang di panggil abang didalam hidup Sofea. Bagaimana Sofea begitu manja dengannya.
Dia mengandaikan “Abang” itu sudah meninggal, kerana sekiranya masih hidup, tak mungkin Sofea begini rindu.
“Sofea dah tanggal baju ni, tapi aircond ni sejuk sangat pulak. Tak nak mandilah, Sofea tidur tak pakai baju lah abang, Sofea tunggu abang balik, nanti abang mandi kan Sofea ya…. Lepas mandi Sofea nak coklat panas, Sofea nak minum dalam bilik. Abang kena tunggu Sofea habiskan coklat ya, Sofea tak nak kongsi dengan abang. Nanti Sofea tak cukup, abang suka hirup banyak,” rengekan itu semakin menjauh, dan tidak sampai seminit dia mendengar dengkuran Nurlisa
Denguran itu halus dan manja, dia sekali lagi jatuh cinta, dia sangat teringin untuk memeluk Nurlisa, menghilangkan kesedihan dan memberi jiwanya kepada Nurlisa.
Syed Arman kembali menyambung lenanya, dia harus memikirkan langkah seterusnya untuk mengapai bahagia. Kali ini dia memerlukan bantuan adiknya dan abangnya.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Nurlisa sampai di pejabatnya tepat jam 8 pagi.

Semasa dia terjaga apabila mendengar azan subuh di teleponnya, dia merasakan lenanya sungguh panjang. Dia bermimpi berada di rumah agam di Arau itu. Dia berada di katil besar di tingkat 3 itu, bercakap dengan suaminya di telepon dan menunggu suaminya balik.
Selepas suaminya meninggalkan dia pada malam itu, hanya surat yang menceritakan kepermegiannya dan suaminya meminta dia menunggu kepulangan. Tetapi sampai sekarang suaminya tidak pernah pulang.
Pintu pejabatnya di ketuk dari luar, terdengar suara Ameena memanggil namanya. Tanpa mendengar balasan daripadanya, kepala Ameena terjengul di muka pintu itu.
“Good morning Cik Lisa. Saya mendapat email daripada HR, instruction daripada CEO, I will be your secretary. Danish ada banyak task, tak sempat nak organize your schedule. Starting from today, I akan jaga Tuan Syed Arman and Cik Lisa. My workstation will be move later by facilities. I akan guna small room between your room and Tuan Syed Arman room,” suara Ameena kedengaran sangat gembira. Matanya bersinar sinar.
“Are you sure, do I need secretary? No need la, I can organize sendiri lah, bukan ada banyak meeting pun,” Nurlisa terkejut dengan berita yang di bawa Ameena, dia pantas membuka emailnya dan memang benar yang email itu datang daripada Syed Adam, pada pukul 7.45am.
“I dah call Tuan Syed Arman just now, dia pun terkejut jugak, but he’s happy sebab at least you tak kelam kabut dengan semua meeting. So with immediate, I akan blast communication to all dept head, any meeting or appointment kena go thru me. No worries Cik Lisa, I akan make sure all in place and tak sangka my boss jelita and kacak,” tanpa menunggu jawapan daripada Nurlisa, Ameena berlalu pergi.
Nurlisa tahu sebagai secretary yang berpengalaman, Ameena akan menjalan tugasnya. Nurlisa cuma masih tertanya tanya dengan arahan ini, pasti ada seseorang yang merancang.
Adakah Syed Arman? Atau Sharifah Sakinah?
Pintunya di ketuk lagi dah terjengul lagi wajah Ameena.
“Cik Lisa, on Sunday, Sharifah Teha nak jumpa you, you free tak?,” Ameena masuk ke dalam bilik Nurlisa, di tangannya ada ipad yang menjadi rakan karibnya.
“One more thing, you kena share your calendar dengan I, go to outlook, give permission to me to view and edit. can I say yes to Sharifah Teha?,” Ameena berkata lagi setelah melihat Nurlisa seperti memikirkan sesuatu.
“Sat and Sun pun you kena arrange ke? Tak kan lah, the 2 days is my “me time”, nothing to do with office kan?,” Nurlisa mengambil teleponnya apabila tertera nama Eusoff yang meneleponnya.
Ameena cuma mengangguk tanda mengiakan pertanyaan Nurlisa.
“Say yes to Sharifah Teha and no appointment on saturday,” Nurlisa malas untuk berkira kira dengan Ameena, sekejap lagi pasti dia akan keluarkan hujahnya.
Dan Ameena berlalu pergi setelah mendapat jawapan daripada Nurlisa.
“Assalamualaikum En Eusoff, maaf pasal semalam, I tak reply your message. Semalam super duper penat,” itu perkataan pertama daripada Nurlisa untuk mengambarkan rasa bersalahnya. Dia tahu Eusoff tidak akan berkecil hati dengannya.
“Waalaikummusalam, I baru nak tanya. Sebab you buat I tunggu lama, hari ni I nak denda you. Today lunch dengan I ya? I ada meeting dengan Syed Adam, and nak jumpa you terus. Kita lunch kat café building sebelah jer… boleh kan?,” seperti biasa suara itu sangat gentleman, tidak pernah berputus asa.
“Boleh, I belanja you, kita makan kat Chinese Restoran Halal yang baru buka last week, Danish kata sedap. Boleh la try today,” tanpa banyak soal, Nurlisa mengiakan, kerana dia juga perlu lari daripada Syed Arman, dia tidak mahu lagi Sharifah Sakinah melihatnya sebagai pengacau didalam perhubungan mereka.
Dia juga tidak mahu Syed Arman sakit kerana Sharifah Sakinah. Dia sangat berharap ingatan Syed Arman pulih, dia tidak sabar untuk melihat bagaiman Syed Arman menangani kisah mereka.
Untuk keberapa kali, dia melihat Syed Arman pasti akan meninggalkan dia lagi seperti dulu, kerana keutamaan Syed Arman adalah keluarga.
Nurlisa keluar daripada biliknya untuk berjumpa Danish, dia perlu melihat staffnya, kerana berada di dalam bilik membuatkannya merasa lemas.
“Ameena, I ada lunch appointment today, don’t ask me with who, just log into calendar. And you dah breakfast ke? Kalau belum, jom breakfast, I need coffee and karipap,” Nurlisa terus memperlahannya suaranya apabila melihat kelibat Syed Arman menuju ke officenya.
“Cik Lisa, masuk bilik I sekejap,” sebelum sempat dia mendengar jawapan daripada Ameena, suara tegas Syed Arman pula menusuk ke telinganya.
“Don’t worries Cik Lisa, I tapau you coffee and karipap. Boss nak coffee jugak ke?” Ameena mengikut langkah Syed Arman ke biliknya.
Syed Arman hanya mengeleng dan memberi isyarat tangan supaya dia cepat beredar daripada situ. Ameena dapat menangkap Syed Arman tidak berada di dalam mood yang baik.
Ameena beredar sambil menutup pintu setelah Nurlisa sudah berada di dalam bilik Syed Arman. Dia perlu ke café untuk membeli coffee and kuih untuk boss barunya. Dia perlu menjaga makan dan minum Nurlisa juga, seperti dia menjaga Syed Arman.
Nurlisa mengambil tempat dimeja meeting di bilik Syed Arman. Dia melihat wajah Syed Arman mencuka sedari tadi. Dia tidak tahu apa yang berlaku tapi dia berharap Syed Arman dapat membezakan personal dan kerja.
“Ada apa boss nak jumpa i. I nak kena ambik my laptop ke? Atau you need Danish to be here?,” Nurlisa memulakan bicara setelah menunggu suara daripada Syed Arman tidak kunjung tiba.
Syed Arman berlalu ke pintu dan menekan kunci pintu, dia juga menjatuhkan langsirnya. Suaranya masih tidak kedengaran. Sekarang hanya mereka berdua, dengan pintu yang berkunci dan langsir yang bertutup.
Syed Arman mendekati Nurlisa, kedudukan mereka sangat dekat, dia berdiri dan Nurlisa duduk di kerusi meja meeting itu. Syed Arman menghulurkan tangannya, meminta Nurlisa menyambutnya.
“Kenapa dengan you ni, pagi pagi dah bad mood. Something wrong with proposal paper ke? Jangan buat I takut boss,” Nurlisa bangun setelah tangan di tarik kasar oleh Syed Arman.
Badannya jatuh di dalam pelukan Syed Arman, pelukan itu kemas dan kejap, tiada suara yang keluar dari bibir Syed Arman.
“Sayang, don’t ask, just hug me. I need your hug sayang, I need you,” suara itu keluar juga akhirnya. Dia mendengar hempusan kasar and pelukan mereka masih tidak berganjak.
“Boss, I tak tahu apa masalah you, tapi I harap everything will be fine,” tangan Nurlisa mula membalas pelukan Syed Arman, dia mengosok gosok belakang Syed Arman lembut. Bau perfume YSL menyengat hidungnya.
“I tahu you tengah struggle sekarang, tapi semua akan berakhir. Time is the best medicine. Sekarang you kena banyak sabar,” Nurlisa tidak tahu apa yang menyampuknya, tetapi dia sangat tenang dan boleh memberi semangat kepada Syed Arman.
“I love you sayang, I sanggup buat apa sahaja untuk hidup dengan you,” Syed Arman perlahan melepaskan pelukannya. Tangannya memegang rahang Nurlisa dan mengucup bibir Nurlisa lembut dan penuh ghairah. Dia dapat merasa kelembutan bibir Nurlisa, dia juga dapat merasa cinta daripada bibir Nurlisa, dia juga dapat merasa nafas Nurlisa tidak keruan.
Jiwa raga Nurlisa hampir meletup apabila menerima kucupan dari Syed Arman, dia mengakui sangat sangat merindui kucupan ghairah daripada suaminya.
Nurlisa cuba bertenang, dia tidak boleh tersilap langkah.
“I love you sayang,” bibir mereka kembali bertaut, lembut dan lama. Syed Arman dapat merasakan tangan Nurlisa menolak tubuh dia perlahan. Dia juga dapat merasakan tautan bibir mereka terlepas.
Dan dia juga tahu dia sudah terlebih laku, dia tahu itu.
“Sorry sayang, I tersilap langkah lagi, I tak maksudkan, tapi tak sedar apa yang I buat tadi. Maaf,” dia mencapai tangan Nurlisa dan mengucup pundak tangan, dan melepaskan perlahan sebelum Nurlisa menarik tangannya.
“Boss, I tak nak you anggap I perempuan yang sesenang buat apa sahaja. Kita tak ada ikatan, tapi you selalu buat I macam someone yang halal dengan you. You tahu kan dosa dan pahala. Please jangan buat I macam ni, you tahu kan I struggle nak hidup normal macam orang lain. Jangan buat I susah nak move on daripada kisah silam I,”
“I harap you boleh respect I kat office as your staff. I tak nak nanti satu office mengata kita. Tak bagus for our performance. We need to show good attitude to staff. Kita, you and me tak boleh ikutkan perasaan. We need to be profesianal kat office,” Nurlisa berlalu ke pintu dan berjalan ke biliknya.
Dia tidak mahu tunggu lagi. Syed Arman perlu masa untuk sendirian. Mungkin banyak perkara yang perlu di fikirkan.
Teleponnya bergetar menandakan message melalui WhatsApp masuk.
~ I dah instructed Ameena to send email to facilities to make sure Sakinah tak naik to level 30. You’re safe here. Sorry about just now. I promised not to repeat again, ILY~
~Cik Lisa, coffee and karipap with me, otw to your room. Within 1 min I sampai~
Nurlisa memulakan harinya dengan penuh semangat. Mungkin ciuman daripada suaminya membunuh dukanya, memberi rasa kepada bibirnya yang sudah lama mendamkan sentuhan ghairah itu.
Dah Nurlisa mengakui sedari dulu, dia gilakan suaminya. Dia gilakan suami halalnya.
BERSAMBUNG
“Sayang, apa yang sayang suka pasal abang? Kenapa sayang sanggup kahwin dengan abang, sayang nekad sangat masa tu,” sang suami untuk bertanya persoalan yang sudah lama memerlukan jawapan.
“Betul abang nak tahu?”
“Betul lah, dah lama abang nak tanya,”
“Tapi abang janji jangan gelakkan Sofea. Kalau abang gelakkan, Sofea akan stop cerita”
“Ok, abang tak gelak, kenapa? Something yang kelakar ke?”
Tangan sang suami itu memeluk isterinya. Dibawah selimut tebal itu, mereka berdua tidak berbaju walau seurat benang.
“Sedari awal Sofea berniat untuk mengubah abang menjadi khalifah Sofea, nak masuk Syurga bersama sama. Tapi beside semua itu ada satu sebab yang juga menjadi menyebab kepada keputusan Sofea,”
“Apa tu sayang, excited pulak abang,”
“Masa mula mula abang datang sini, abang mabuk teruk. Sofea jaga abang semalaman. Masa tu Sofea tertidur kat sofa. Abang bangun, lepas tu abang kiss bibir sofea, masa itu Sofea sedar, tapi Sofea buat buat tidur. Itu first kiss Sofea, and Sofea sukaa dengan kiss abang. Lepas tu Sofea teringat ingat kiss tu….”
“Abang jangan gelak”
Sang suami terus memagut bibir isterinya, kasar dan ghairah. Dia juga sukakan bibir isterinya. Tebal dan anjal.

Share this novel

YAZNI-ERNIE
2020-11-02 22:31:21 

hi dear. bila nk update

YAZNI-ERNIE
2020-11-02 19:17:09 

bila nk update ni

YAZNI-ERNIE
2020-11-02 19:16:58 

hi dear


NovelPlus Premium

The best ads free experience