SUDUT KETIGA:

Other Completed 1341

Sudut seterusnya yang saya nak nyatakan adalah tentang isu OBSESS ARTIS. Antara tanda-tanda kita obsess artis:

1)Kita asyik dengar lagu-lagu/tengok movie-movie artis yang kita minat.

2)Selalu bercerita kat orang pasal artis yang kita minat.

3)Profile picture/twitcon kat FB dan twitter kita letak gambar artis yang kita minat.

4)Kita simpan gambar artis yang kita minat.

5)FB, twitter dan instagram kita di penuhi dengan perkara yang berkaitan dengan artis yang kita minat.

6)Benci bila ada orang tegur kita dan kutuk artis yang kita minat.

Dan lain-lain.

Orang yang macam ni, saya nasihatkan agar, TAUBATLAH. Tahukah kita, bahawa, di akhirat nanti, kita akan bersama dengan orang yang kita cintai? Kalau kita cinta artis-artis ni, maka kalau artis-artis ni ke neraka, kita juga akan bersama mereka ke neraka! Nauzubillah!

Cukuplah jatuh cinta dengan artis-artis ni. Tak keterlaluan kalau saya kata, penyakit obsess artis ni biasanya terkena pada perempuan. Suka sangat laki-laki korea yang putih melepak, sedangkan terbukti 90% dari mereka buat pembedahan plastik. Bahkan ada perempuan yang semangat gila pertahankan bahawa itu adalah wajah sebenar mereka tanpa pembedahan plastik. Ada yang dah jadi macam tak betul bila ada pelakon korea seperti Lee Min Ho, Kuey Teow serta Mee Hun Sup.

“Eee…hensemnyaaa!!Kalaulah dapat peluk!”

“Nak sangat jumpa dia!! Hensem sangaaaaat!

“Sweetnya dia senyum… Meltingnya I rasa…cair sangat! Lagi-lagi time dia kenyit mata. Sweetnya!!!”

“Sedapnya suara dia. Ya Allah…gugur jantung rasanya. Time dia tarik, lembut sangat suara dia. Rasa nak menangis dengar. Tenang sangat!!”

Macam-macam lagi reaksi-reaksi pelik yang saya kira sangat ramai terjebak. Cukup-cukuplah. Taubatlah pada Allah. Kembalilah obsess pada Allah dan rasul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience