HIBURAN WAJIB?

Other Completed 1341

Apa hiburan yang wajib? Hiburan yang wajib ialah IBADAH!

"Apa? Ibadah tu hiburan ke? Pergh. Stress kot buat ibadah. Penat gila bapak! Apahal kau kata ibadah tu hiburan??!”

Ya. Ibadah adalah hiburan untuk orang beriman. Saya ulang, ibadah adalah hiburan untuk orang beriman! Tahu tak kita, solat adalah kerehatan bagi nabi. Sahabat mampu menangis teresak-esak di sebabkan terlalu nikmat ketika bersolat di tengah malam. Ada sahabat yang tersenyum sorang-sorang ketika solat kerana terlalu nikmat membayangkan syurga, ada sahabat yang terus hilang sakit bila solat, dan lain-lain.

Bahkan, ada seorang tabiin, apabila dia tahu bahawa ketika di syurga nanti, tidak perlu untuk solat, dia telah menangis dan berkata:

“Nikmat apakah yang lebih indah dari melakukan solat?Aku amat berharap di syurga nanti aku dapat bersolat dan bersujud padaMu ya Allah!!!”

Kerana itu, apabila nabi meminta agar Allah kurangkan solat dari 50 waktu kepada 5 waktu, ada para sahabat yang berkata:

“Kalau solat itu 50 waktu pun, kami sanggup buat!!!”

Kerana itu, ketika Hasan Albanna baru balik dari berdakwah di puluhan kampung dan Bandar, ketika sahabatnya yang lain mahu merehatkan badan dengan tidur, Hasan Albanna mengambil quran dan membacanya. Dan apabila di Tanya:

“Wahai albanna, kau tak nak rehat ke?”

Hasan Albanna jawab:

“Sesungguhnya, membaca Alquran adalah hiburan dan kerehatan aku…”

Kerana, bagi orang beriman, hiburan mereka adalah ibadah. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan Allah tersenyum kegembiraan. Hiburan mereka adalah segala perkara yang membuatkan cinta mereka pada Allah di balas dengan Allah mencintai mereka. Mereka sanggup bersusah-payah, bermandi pelu dan darah, semata-mata untuk gembirakan Allah.

Persoalannya, adakah hari ni kita rasa gembira, tenang, bahagia, ceria, terhibur, manis dan nikmat ketika melakukan ibadah? Atau kita rasa terpaksa, benci, berpura-pura, malas, tertekan, gelisah serta menyampah dengan segala suruhan Allah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience