Rate

Bab 1

Fanfiction Series 2388

Suasana pantai pada hari tersebut kelihatan indah sebagaimana hari-hari sebelumnya. Cukup nyaman terasa saat angin menampar mesra wajahnya. Panahan matahari membuatkan wajahnya terasa sedikit perih. Tajam sekali rasanya senjata alam tersebut hingga akhirnya dia memilih untuk mencari tempat yang teduh.

"Tet...Tett...Tett ...Tettt" . Segera tangan menggapai telefon pintar yang sedari pagi diletakkan dalam keadaan vibrate. Berpuluh pesanan telah masuk melalui aplikasi Whatsapp.
Air mata perlahan mengalir menuruni pipinya yang gebu. Segala mimpi indah bertukar menjadi mimpi buruk. Mahligai impiannya runtuh sekelip mata.
Tidak sangka kisah tragis percintaan seperti hasil tulisannya yang menjadi sebutan sepanjang tahun ini benar-benar berlaku kepada dirinya.Tetapi hakikatnya cerita kali ini bukan di bawah kawalannya.
Lama juga dia termenung dan akhirnya dia tersedar. Jam ditangan dibelek . Dia menggeleng sendiri menyedari bahawa ternyata sudah terlalu lama dia menghabiskan masa di sini.

Kaki yang berat dipaksa melangkah menuju ke arah kereta miliknya. Tangan dibiar menyeluk beg tangan putih tanpa jenama yang baru sahaja dibeli di Tamu Hari Empat (merujuk kepada hari khamis) minggu lepas.

Zarppp... Habis basah lencun baju yang dipakai. Tanpa sedar dia mengambil botol Ubat nyamuk (Ridsect) lalu dibaling ke arah kereta tersebut.

"Yess" Sorakan kemenangan bergema dalam dirinya saat itu. Puas hatinya.
"Pakkkk..." bunyi kaca pecah. Haniff Hasiff segera menghentikan keretanya lalu turun untuk melihat sendiri kejadian malang yang menimpa keretanya.

"Owh... kerja kau rupanya beruk" . Matanya memandang tajam pada wanita yang sedang memandang tidak puas hati ke arahnya di seberang jalan.

" Hoi !, kau memang saja kan?" sepantas kilat jasadnya sudah berada di hadapan wanita tersebut.
" Ehh, Encik Cipan ! kau yang mulakan dulu. Memandu macam orang gila, kau ingat jalan ni mama bapa kau kah yang punya?" dia bertambah geram melihat wajah pemandu tersebut.


-IMBAS SEMULA-
Tersenyum puas dirinya saat melihat berpuluh naskhah novel tulisannya di rak buku kedai tersebut. Kedai buku Popular yang terletak di Centre Point, Kota Kinabalu itu menjadi pilihan untuk dirinya melihat sendiri akan ragam pembaca mahupun pembeli.
" Kak , belikan bah novel ni. Penulisnya bagus bilang orang." Kembang Kempis hidung Mia Nasuha Saat mendengar perbualan antara seorang remaja dan seorang wanita dalam lingkungan 30an yang sudah pastinya memuji hasil tulisannya.

Itulah dia, bila ada masa lapang dia akan pergi ke mana-mana kedai buku. pelbagai reaksi yang dia dengar daripada pembaca. Sampai saat ini dia belum lagi mahu membuka identiti. Baginya, biar pembaca mengenali karyanya berbanding dirinya.
"Auch" dia mengaduh kesakitan saat bahunya dilanggar oleh seseorang. Matanya menjeling tajam ke arah lelaki yang sedang bercakap bercakap di telefon.
"Bukk.." telefon di tangan Haniff Hasiff terjatuh. Dia memegang dan menggosok bahu yang sakit akibat dilanggar seseorang.
" Hei , lain kali jalan pakai mata bukan pakai bukan pakai lutut". Mia Nasuha menyembur kemarahan yang ditahan sejak tadi.
" Perempuan gila" Haniff Hasiff memungut kembali telefon Samsung J7 yang jatuh ke lantai.
"Kau yang langgar aku dulu lah tadi" Mia menahan marah.
" So, yang kau mengamuk ni kenapa?" bengang sedikit dengan perempuan yang ada di hadapannya ini.
" Dah buat salah tu minta maaf lah". Geram sungguh Mia dengan lelaki yang ada di hadapannya ini.
"Nah..." Haniff Hasiff membuka dompet lalu menaburkan beberapa keping not 100 di wajah Mia.
"Kau..." Mia segera keluar dari kedai tersebut apabila menyedari bahawa ramai yang sedang memerhatikan drama percuma petang tersebut.
Haniff Hasiff pula dengan muka tembok bergerak ke rak berkaitan bagi meneruskan niatnya untuk membeli novel tulisan terbaru penulis pujaannya.Di satu sudut beberapa orang kanak-kanak sedang mengutip duit yang bertaburan.

***

"Sekarang aku dah ingat. Encik Sombong @ Cipan . Hari tu kau menang tapi kali ni tak" lalu dia menyambung lagi "Kau ingat semua perkara boleh settle dengan duit?" emosi sungguh dirinya saat berhadapan dengan lelaki ini.
Nampaknya Allah S.W.T tak memakbulkan niatnya untuk tidak bertembung lagi dengan lelaki ini. Kata orang tidak ada kebetulan di dunia ini. Setiap perkara yang terjadi mempunyai asbab tersendiri. Tetapi apapun sebabnya yang pasti dia tidak suka untuk bertembung dengan lelaki ini.
" Owhh.. kau rupanya perempuan hari tu. Dasar beruk" . Memori lalu kembali terbang menyapa untuk mengingatkannya.
"Kau... memang pembawa malang lah beruk . Aku tak nak tahu yang pasti kau kena ganti semua kerosakan kereta aku" katanya lagi.
" Apa? hello!, kau yang nak langgar aku dulu. Aku cuma membela diri" cepat sahaja dia membalas. Walaupun berbadan agak kecil tetapi dia langsung tidak takut untuk berhadapan dengan lelaki jauh lebih tinggi dan besar sedikit daripadanya itu.
" Ok... Kau tak nak bayar? . Kita settle dekat balai"
"Hurm ... sebenarnya, saya orang susah" Katanya sambil menunduk.
" Mak ayah saya kerja kampung je". Sambungnya lagi untuk mendapatkan simpati. Dia mempunyai motif sendiri untuk melakukan perkara tersebut.
"Ok... sekarang kau ikut aku" Haniff Hasiff menarik kasar tangan Mia Nasuha lalu memaksanya masuk ke dalam kereta. Setelah lebih kurang dua puluh minit perjalanan akhirnya mereka tiba di sebuah rumah mewah. Rumah tiga tingkat yang bercirikan Inggeris itu tidak sedikit pun pun menarik perhatian Mia Nasuha. Ada banyak hal yang perlu difikirkannya saat itu.

Share this novel

EskanAzy052
2022-06-01 16:45:52 

Apani


NovelPlus Premium

The best ads free experience