Rate

Bab 2

Fanfiction Series 2388

"Hoi ! " Seperti baru tersedar dari dunianya sendiri pantas ya dia harus memulakan permainan. Dia harus lari daripada rasa rasa kecewa yang berpanjangan.
Para hukama' berkata, janganlah kecewa kerana manusia. Takkan ke mana rasa kecewa, kalau dilayan sentiasa. Jadilah orang yang redha dengan ketentuan Tuhan Yang Maha Esa. Yakinlah pasti ada sesuatu hikmah di sebalik setiap sesuatu.
"Ye, maafkan saya" Mia Nasuha mula mengatur skrip.
"Mulai hari ni awak akan kerja kat rumah ni sebagai pembantu rumah. Hutang kerosakan kereta akan saya tolak sedikit demi sedikit" Haniff Hasiff berkata dengan nada yang sedikit angkuh. Itulah sikap dia yang dilatih sejak kecil oleh ayahnya.

Ayah yang mungkin sekadar nama pada belakang nama. Ayah yang akan memakbulkan apa sahaja yang dia inginkan.Tetapi sejak kecil jarang sekali dia bersua muka dengan ayahnya.
Apa yang dia tahu dirinya dan Taqif hanya perlu menurut arahan yang disampaikan melalui pengurus mereka. Seperti perlu menghadiri kelas, latihan mempertahankan diri serta pelbagai lagi kemahiran penting lain.
Taqif? umpama bayang buatnya . Adik yang umpama bayang yang selalu ada di mana pun dia berada.Lahir lima minit lebih awal menjadikan dia abang.Tapi perangai mereka jauh berbeza umpama langit dan bumi.
Pak Samad orang yang diamanahkan menjaga mereka sejak kecil pernah memberitahu bahawa sifat dan perangai Taqif banyak diwarisi daripada ibu mereka dan dia pula banyak mewarisi sikap daripada ayah mereka. Ibu mereka adalah insan yang lemah lembut berbeza dengan ayah yang dikatakan agak keras yang. semua ketahui dibenci oleh kebanyakan pekerja dalam syarikat.

Corak Kebahagian dalam keluarga kecil mereka pudar sesudah kematian ibu. Ayah terlalu sibuk fokus kepada hal duniawi malah dahi mereka sudah lama tidak hinggap di tikar sejadah.

IC sekadar pada nama.Arak umpama air mineral yang menjadi satu kemestian dalam kehidupan mereka sekeluarga. Air kencing syaitan itu digunakan bagi melupakan masalah yang datang tidak bermusim.
Lebih bimbang akan pelbagai hal yang tidak penting. Sebagaimana masyarakat dunia lainnya yang jelas bimbang dengan kerjaya dan kekurangan harta di dunia, namun tiada langsung bimbang dengan kurangnya amalan soleh dan pahala untuk membantu di akhirat, malahan tidak juga kelihatan bimbang akan dosa-dosa terhadap orang lain dan Allah SWT khususnya. Sedangkan kebimbangan itu perlu diletakkan pada pelbagai perkara yang hak dan sepatutnya. Tapi itulah hakikat kemodenan yang sedikit sebanyak menghakis agama dan keperibadian luhur dalam diri manusia.

***

"Hai Mia ... Ni mesti kerja Hasiff". Taqif tanpa berfikir panjang terus mendekati Mia Nasuha. Sejak mengenali wanita itu beberapa hari yang lalu hatinya seakan tertaut pada wajah yang kelihatan seperti pauh dilayang itu. Sebagai lelaki , tidak menjadi kehairanan untuk jatuh hati dengan wajah persis model tersebut. Walaupun memakai tudung, tetapi tidak sedikitpun menenggelamkan kecantikan Mia.
Buat pengetahuan semua, Mia Nasuha merupakan anak kacukan . Ayahnya berbangsa kadazan Cina . Manakala ibunya merupakan warga negara Jerman yang telah berhijrah lama ke Negeri di bawah bayu itu. Jadi sudah semestinya semua mampu menjangka dari mana datangnya kecantikan itu.
" Ehh awak rupanya Taqif !" . Mia Nasuha begitu selesa berada dekat dengan jejaka ini. Masih ingat saat pertama kali bertembung dengan pemuda ini yang disangkanya hantu. Ketika itu dia sedang mengemas perpustakaan Mini milik Hasiff dikejutkan dengan kehadiran pasangan kembar itu secara serentak.Ketika itu, baharulah dia tahu bahawa lelaki ego yang dibencinya itu sebenarnya mempunyai pasangan kembar yang mempunyai perwatakan jauh lebih baik.
"Ni hah, tengah lap daun bunga" Kata Mia yang ketika itu ligat mengelap daun bunga kertas.
" Hahahahaha... kalau kerja mengarut macam ni mesti kerja Haniff. Tapi jujur saya kata, abang saya banyak berubah sejak awak ada kat sini"
" Berubah? " Tanya mia sambil mengangkat kening.
" Yelah , kalau dulu tak ada nya dia nak duduk kat rumah. Setiap hari asyik keluar je.Tapi sekarang, Tiap jam dia ada kat rumah" Taqif menceritakan serba sedikit tentang abangnya.

Banyak hal yang mereka cerita. Sekali-Sekala gelak ketawa kedengaran. Tanpa sedar ada mata yang memerhati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience