BAB 3

Romance Completed 855

Meet Zairul. At the first place aku percaya yang dia tersalah jumpa ‘date’ dan kebetulan pula nama dia juga adalah Zairul, Cuma.. mungkin dengan ejaan yang berbeza. Mungkin ejaan nama dia adalah Zairool, atau Zhairul, Atau..

“Saya Zairul Mohd Isa. Awak Marissa kan? Saya cam muka awak sebab dalam gambar dan depan-depan langsung tak jauh beza.” Katanya.

Jadi dia memang Zairul yang aku kenal di fac yang menggunakan profile picture gambar lelaki kacak yang sedang berdiri di tembok highway dengan tangan dalam kocek dan seyuman yang menawan itu? Yang dalam gambar kononnya tak-kacak-tapi-smart itu? yang tak mahu upload gambar banyak-banyak sebab mahukan privasi dan tak mahu tunjuk kat aku gambarnya yang terbaru sebab nak bagi aku ‘surprise’.

Tahniah, ‘surprise’ anda berjaya.

Sejujurya aku bukan hanya memandang pada rupa paras, tapi dalam kes ini, itu dah kira penipuan namanya. Zairul di hadapan mataku sekarang sedang tersenyum lebar, tapi gigi depannya dah hilang sebatang. GIGI DEPAN. KOT?

Aku boleh je pejamkan mata dengan baju dia yang nampak lusuh tu sebab apa ada pada pakaian kan? Aku pun boleh je pakai baju kurung 10 tahun lepas kalau aku nak, tapi sebab aku fikir 1^st impression itu penting, maka aku pakailah blaus yang baru dibeli seminggu yang lepas.

Tapi aku rasa yang aku tak boleh terima cara ini.

Zairul, Pangkah.

***

Temujanji buta : 4

Aku sepatutnya sudah patut putus asa selepas apa yang aku alami dengan Zairul, tapi bila aku ternampak Iklil dan bersedih kerana aku akan ‘kehilangan’ dia sehingga mengganggu mood aku untuk hari itu, makanya aku teruskan juga dengan pertemuan kali keempat ini.

Aku perlu lupakan Iklil kerana dia adalah tunangan orang, dan tak lama lagi dia akan berkahwin, dia akan ada anak, seorang, dua orang kemudian ‘berorang-orang’. Aku tak boleh terus sukakan dia dalam diam dan berharap dia jadi milikku lagi kerana itu agak mustahil, aku perlu teruskan hidup dan aku tak nampak cara lain kecuali dengan cara ini.

Mencari crush yang baru.

Betullah kata orang, pengalaman itu mematangkan. Kali ini biar aku yang datang lewat dan beri persepsi buruk pada date aku kali ini.

Seorang lelaki berkemeja biru sudah menunggu di meja yang sudah kami tempah itu. dari belakang rambutnya nampak tersisir rapi dengan potongan pendek, kulit sawo matang, memakai jam tangan di tangan kiri, tak pakai seluar yang koyak sana sini dan..

“Ehem.” Aku berdehem untuk menarik perhatiannya.

Dia menoleh memandang aku di sisinya.

‘Good looking dan tidak bermuka serius..’ hati aku berbisik.

Dia senyum lalu berdiri.

‘Juga mempunyai senyuman yang manis.’

“Umar.” Katanya.

“Marissa.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience