BAB 7

Romance Completed 855

“Kawan awak yang mana satu? Maksud saya yang lelaki ke yang perempuan?” Soal Umar.

“Yang lelaki.”

“Ahhaaa…”

“What ‘Ahhaaa’ means?” aku pandang tajam ke arahnya.

“Tak. Tak ada maksud apa pun.” Dia buat muka tak bersalah.

“Awak nak cakap saya ajak awak sebab…”

“Cop! Saya tak cakap apa-apa pun? Heh.” Dia sengih dengan mulut herot ke tepi.

Ya mungkin aku perlu zip mulut aku daripada berkata apa-apa yang Umar tidak perlu tahu.

Kami bertemu dengan pengantin untuk mengucapkan tahniah dan bergambar bersama. Kali ini aku cuba sungguh-sungguh untuk mengucapkan perkataan itu dalam nada yang sepatutnya, aku senyum lebar-lebar sewaktu bergambar dan Iklil kelihatan gembira, malah terlalu teruja melihat seorang lelaki datang bersamaku,

“Kawan awak?” Soalnya.

Aku angguk dengan senyuman lebar.

“Saya harap dapat makan nasi minyak awak pula lepas ni..” Iklil memandang aku dan Umar silih berganti.

Aku pandang Umar dan Iklil, dengan ketawa besar yang dibuat-buat.

Okey, tak kelakar.

***

Limau yang ada dalam beg doorgift dari kenduri Iklil tadi aku keluarkan. Limau sebiji itu aku pisahkan kepada dua bahagian, seulas limau aku tarik dari kulitnya dan aku buang urat-urat yang berwarna putih itu. Aku tak suka makan benda tu, kelat. Walaupun ada sesetengah orang cakap urat-urat yang berwarna putih itu baik dimakan, tapi aku peduli apa.

Sampai togel limau seulas itu aku buang uratnya, kemudian aku kupaskan lagi kulitnya supaya yang tinggal hanya isi limau itu sahaja, baru aku masukkan dalam mulut. Aku memang tak reti makan limau seulas-seulas macam tu saja sebab nanti aku mesti akan tercekik.

Pelik. Tapi aku terpaksa terima hakikat ini.

Umar awal-awal lagi sudah dihabiskan limaunya. Aku tak sedar yang sejak tadi dia memerhatikan aku dan limau seulasku sehinggalah aku memandangnya.

“Macam tu awak makan limau?” Soalnya dengan dahi berkerut.

Aku senyum je.

“Marissa, begitau saya kenapa awak attend blind date?”

“Kenapa tiba-tiba nak tau?”

“Sebab kawan awak yang kahwin tu?” Soalan aku dibalas dengan soalan juga darinya.

Aku tak menjawab. Prosedur limau itu aku ulang lagi sebelum aku makan. Umar setia menunggu sekalipun dari reaksi mukanya aku faham yang dia tak sabar menantikan jawapan dari aku.

Spontan Umar capai limau di tanganku dan dimasukkan dalam mulutnya.

“Kenapa susah-susah nak kupas satu persatu? Masuk jelah dalam mulut, kunyah dan telan. Dah. Bukankah nanti kat usus juga duduknya?” kata Umar.

Aku tak beri reaksi, seulas lagi limau aku ambil. Masih melakukan prosedur yang sama.

“Kenapa tak nak jawab?” Soal Umar.

Aku mengeluh.

“Ya, saya pergi blind date sebab saya nak cari alasan untuk saya lupakan dia. Maksud saya, lupakan perasaan tu terhadap dia dengan cari ‘crush’ yang baru. Saya percaya rasa suka itu boleh hilang bila kita jumpa orang yang lain untuk kita suka.”

“Jadi selepas saya, awak ada pergi blind date lagi?”

Aku geleng. “Belum lagi.”

“Kenapa?” Soalnya.

Aku jongket bahu. “Entah.”

“Ke sebab saya dah buat awak b erjaya lupakan dia?”

Aku pandang dia dan senyuman perasannya itu. Heh, seriously?

“Sepanjang sepuluh date yang saya dah pergi. Awak seorang je yang masih keep in touch dengan saya. Mulanya saya fikir sebab awak boleh terima latar belakang saya, tapi lepas tahu kisah awak, saya rasa mungkin sebab kita sebenarnya serasi. Jadi sebelum hubungan kita pergi lebih jauh, saya rasa saya perlu berterus terang dengan awak.” Nada suara Umar tiba-tiba berubah jadi serius.

“Huh?” Dahi aku berlapis.

“Sebenarnya saya tipu awak. Saya bukan arkitek.”

Aku pandang dia dengan muka tak percaya.

“Ya dulu saya pernah belajar seni bina tapi saya berhenti sebab saya rasa archi bukan bidang saya.”

“Habis tu awak sebenarnya kerja apa?”

“Saya melukis. Saya lukis semua benda, komik, anime, potret tapi saya tak ada kerja tetap. Saya tipu awak sebab selama ni orang asyik pandang rendah pada kerjaya saya.“

“Saya tahu saya salah tapi sembilan date yang saya pergi semua reject saya lepas tahu kerja saya, jadi saya sengaja tipu date saya yang seterusnya yang kebetulan adalah awak. Saya tak kisah kalau awak nak marah, nak maki hamun tapi tolong.. tolong jangan putuskan persahabatan kita, please?” mukanya nampak sungguh-sungguh berharap.

Aku pandang dia tajam dengan muka tak puas hati. Sampai hati dia buat aku percaya yang dia adalah arkitek, oh patutlah suka baca komik, ‘budak archi tak boleh baca komik ke?” Aaahhh.. bencinya bila diingat balik.

“Awak memang kejam. Sangat kejam. Tapi saya boleh maafkan awak sebab..”

“Sebab?” mata Umar bersinar-sinar.

Benci gila bila tengok muka meraih simpati dia tu, tipu orang pandai, bila nak raih simpati orang pun pandai eh. Muka innocent gila.

“Sebab saya pun tipu awak. Saya bukan akauntan, saya tukang jahit je.” Aku senyum.

“Hah!” Besar mulut Umar ternganga. Dia macam tak tahu nak terkejut atau nak marah.

Bila aku ketawa dia garu kepalanya. Macam orang keliru.

“Awak main-main ke serius ni?” Soalnya.

“Seriuslah, buat apa saya nak main-main.” Aku ketawa lagi.

Sedikit demi sedikit Umar mula tersenyum, dan ikut ketawa.

“Patutlah saya rasa macam kita ni ada chemistry. Jadi lepas ni bolehlah saya jadi crush awak yang seterusnya?”

Aku jeling dia. Tiba-tiba aku rasa macam dia sedang perli aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience