Rate

Airmata kehilangan

Romance Series 1361

Sudah hampir setahun ibu terlantar dipembaringan menanggung derita barah rahim kronik hingga tidak mampu berjalan.
Di sinilah bermulanya derita Ainnun Mardiah. Ayahnya mula berlainan sikapnya terhadap ibu. Dalam peduli adakalanya ayah menghilangkan diri dua hingga tiga hari. Saat ini Ain lah yang menjadi tempat bergantung ibu untuk makan , mandi dan cebok. Ain yg ketika ini berusia 14tahun dan menjadi lebih dewasa sebelum waktu nya. Dek kerana keadaan ini Ain tak berpeluang untuk berhubung dengan teman-teman seusianya. Tapi ada seseorang yang selalu datang menemaninya. Meskipun insan itu berlainan upaya akal tapi dia selalu datang dan bertanya khabar ibu Ain dan berbual-bual dengan Ain. Usianya berbeza lima tahun dan dia dikenali sebagai Ucen. Walaupun nama yang diberikan oleh orang tuanya sangat indah iaitu Husaini Firdaus. Tapi mesra dipanggil Ucen.
Hari kian senja ,ayah Ain iaitu Tuan Rahman pulang dari tempat kerja. Dengan selambanya si Ucen bersorak-sorai. "Ayah Man balik Ayah Man " macam budak umur 7 tahun. Tuan Rahman hanya senyum kelat sambil dihulurkan sebungkus roti kepada Ucen .
"Nah ambil ni untuk kamu. Hah udah pergi balik " ujar Tuan Rahman kepada Ucen.
"Terima kasih Ayah Man" Ucen ambil roti dan dengan hati yang girang dan dia terus pulang ke rumahnya yang tidak jauh dari rumah Tuan Rahman.
Memang sudah kebiasaan Tuan Rahman belikan sesuatu makanan untuk Ucen dan Ain.
Tuan Rahman keluar dari kereta yang diparkir di laman rumah sambil membawa bungkusan barang-barang dapur dan dihulurkan kepada Ain.
"Nah ambil bawa ke dapur dan masakan untuk Mama dan kamu" .
"Papa nak keluar sekejap lagi. Pastikan bagi mama makan" bebel Tuan Rahman kerana Ain
Dengan muka masam Ain ambil dan terus ke dapur . Apalah yang dia tahu masak . Masak nasi pun masih mentah dan kadang-kadang hangit.
Tapi Ain tetap buat untuk mengisi perut yg keroncong dari tadi. Dari pagi tadi dia hanya makan roti dengan telur sampai tengahari .
Nak masak nasi lauknya belum dibeli. Pembantu rumahnya dah seminggu tak datang kerja.
Katanya ayahnya sakit. Terpaksalah Ain ambil alih kerja-kerja rumah selepas pulang dari sekolah. Kerja membersih laman Ucen yang tolong . Ucen tak kisah dengan upah. Dapat sebarang makanan pun jadilah. Keluarga Ucen juga kenalan rapat Mama. Ucen dilahirkan dalam keadaan tidak cukup bulan dan ditambah pula dengan jangkitan kuman pada otak. Bila makin membesar Ucen jadi kelainan upaya pada akalnya. Tapi tun pembesaran nya normal seperti lelaki dewasa lain
Selepas berjam di dapur Ain pun siaplah masak nasi dan ikan goreng dan sayur masak benin , tu pun apa rasanya.
"Mama makan ya, ini Ain yang masak "
"Mak Itah tak datang kerja lagi hari ni"
"Dari tadi kita hanya makan roti, mama bangunlah, mama bangunlah" bebel Ain sambil goncang tubuh lesu mamanya.
Ain mula rasa pelik kenapa mama hanya diam. Tubuhnya sejuk kakinya sejuk tangan juga sejuk.
Ain mula berasa penik .
"Papa papa papa ,mama kenapa ni" Jerik Ain memanggil Tuan Rahman.
Nasib baik Tuan Rahman belum keluar dan
Tuan Rahman bergegas menuju ke bilik tidur isterinya yg berasingan dari biliknya. Semenjak isteri nya sakit tenat Tuan Rahman asingkan biliknya . Kerana Ain yg temankan mamanya selalu. Tuan Rahman seorang yg sangat menjaga privasinya. Oleh kerana itu dia tidak suka anaknya bebas keluar masuk bilik tidurnya.
Ternyata bila dia menghampiri dia dapati isterinya sudah pun pergi buat selamanya.
Hanya airmata yg dititiskan tanpa suara. Dia ambil kain selimut dan menutup jasad isterinya .
Dari situ tahulah Ain yg mamanya sudah tiada lagi.
Tuan Rahman capai handphonenya di dlm poket seluar nya dan membuat panggilan kepada pihak pengurusan kematian. Saat ini airmata menemani Ain yang jatuh tersimpuh di tepi katil mamanya. Dunia sekeliling seakan kelam dan bisu. Hanya suara sedu sedannya dari tangisannya memecah kesunyian. Beberapa ketika Ain dapati saudara-maranya mula berkumpul selepas waktu Isyak. Di benak fikirannya mungkin papa yg khabar kan kepada mereka. Kenalan-kenalan dan rakan-rakan mama juga ramai yang hadir untuk melawat mamanya. Tiba-tiba seorang wanita datang kepadanya dan usap rambutnya sambil memujuk hatinya yg kian robek dan sakit bagai disiat-siat.
" Sabarlah nak mamamu pergi menantimu disana dan ingatlah sakit yang namamu tanggung sudah berakhir, kita sama-sama doakan dia bahagia di sisi Maha pencipta" pujuk wanita itu.
Airmata di birai kelompok mata semakin deras menyusur di pipi gebu Ain. Pujukan wanita itu terasa bagaikan sejuk dingin namun tajam menghiris kalbu yg kelam. Tiba-tiba suara yg biasa didengar memecah kelam dalam kepedihan hati.
" Mama Eirah Mama Eirah kenapa ni" Ucen datang dengan keadaan cemas dan meluru masuk menuju kearah janazah Puan Humairah.
Sesampainya di sisi Ain dia berhentikan langkahnya.
"Ain kenapa menangis orang jadi kakak-kakak tak boleh nangis, Ain ,Ain kan dah besar" tanya Ucen pada Ain
"Jangan nangis mama Eirah tidur kan tidur kan?" Ujar Ucen lagi dengan pertanyaan yang seakan memujuk.
Ain semakin terasa hiba . Air mata menyusur semakin deras. Semakin terasa sakit dengan kehilangan ini. Esok mama tidak lagi disini dan tidak lagi tinggal di pembaringannya itu. Jasad mama akan disimpan namun bayangannya tetap ada diruang hati Ain. Itulah yang bermain dibenak fikiran Ain.
Ucen terus duduk di sebelah Ain sambil menyapu-nyapu airmata. Ucen turut menangis bila lihat Ain masih tidak reda dari tangisannya.
Puan Humairah adalah seorang yg rupawan dan seorang pewaris dari seorang hartawan. Dia mewarisi sebahagian harta yg ditinggalkan oleh Arwah Haji Basir . Walaupun hanya sebahagian kecil namun masih lagi boleh bergelar hartawan. Apatahlagi pewaris lelakinya. Iaitu Abangnya Tuan Darus seorang yang terkenal dalam bidang perniagaan dan pertanian. Seumur hidup Puan Humairah dia tidak merasa hidup susah sehinggalah dia jatuh sakit hampir setahun ini. Dalam keadaan sakit dia sempat menghubungi peguam keluarganya untuk mewasiatkan secara hibbah seluruh hartanya kepada Ainnun Mardiah satu-satunya puteri beliau. Suaminya Tuan Rahman tidak membantah . Kerana beliau sendiri seorang usahawan yang berjaya. Harta peninggalan isteri tidak beliau harapkan.

Kini Puan Humairah hanya tinggal kenangan buat seisi keluarganya. Semalaman Ain tidak lelapkan mata ,setia di sisi jasad mamanya bersama papanya yg tidak henti membacakan Yassin dan kitab suci Al Quran. Setibanya pagi persiapan untuk mandikan jenazah telah disiapkan. Usai selesai semuanya jenazah pun dikafankan dan diminta pewaris untuk kucup dan beri penghormatan terakhir. Sekali lagi airmata Ain menyusur membasahi pipi. Kali ini lebih laju dan dada seakan sesak untuk bernafas. Ain melawan segala rasa demi untuk rasa redha dengan ketentuan takdir ini. Tuan Rahman membisu seribu bahasa hanya riak wajahnya kelihatan sugur dan memberi bayangan betapa sakitnya dgn kehilangan ini. Meskipun dia jarang mempedulikan arwah. Bukan dia sudah berhenti menyintai Puan Humairah . Sebenarnya dia tidak tahan melihat kesakitan arwah. Tiada siapa tahu beliau menangis bila melihat arwah isterinya mengerang kesakitan. Sedangkan dulu suara mengerang kesedapan bila bersama itu yang membuat dia puas dan girang. Sudah bertukar menjadi mimpi ngeri bila arwah jatuh sakit barah rahim. Di usia Tuan Rahman masih sangat memerlukan layanan istimewa di ranjang isterinya pula tidak mampu melayan keinginannya lagi. Semenjak itu dia menahan segala rasa keinginan nafsunya. Sehingga lah akhir-akhir ini. Beliau mula menemui cinta barunya dgn seorang setiausaha kenalannya. Yang bernama Maryani.
Semuanya sudah selesai jenazah Puan Humairah dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan. Di iringi dengan kepiluan Ain dan papanya menaiki sebuah kereta dalam kereta itu terlihat seorang wanita berumur dlm lingkungan 30-an. Wanita yg semalam cuba memujuk Ain. "Siapa dia ?" Ain mulakan pertanyaan kepada papanya.
"Ain lupa papa kenalkan. Ini aunti Maryni , bakal pengganti mama" Jawap Tuan Rahman
Bagaikan gempa halilintar membelah alam jawapan yang diberikan Tuan Rahman disaat arwah Puan Humairah masih belum sampai di tanah perkuburan . Ain hanya membisu. Airmata belum lagi kering sudah berganti lagi mengalir. Apalah yang hatinya mahu rasa saat ini. Sedihkah? Sakitkah? atauuuu gembirakah aku?
Ain jadi bingung untuk menilai perasaannya.
Sesampainya di diperkarangan tanah perkuburan jasad mamanya dibawa ke tempat persemadian dan tersimpan lah jasad mamanya abadi di situ.
Airmata mata menjadi teman yg paling setia. Ucen pula sibuk menantu orang ramai menutup pintu liang lahap persemadian mama. Sambil mulutnya berbunyi. " Jangan buang tanah tu kuat-kuat nanti Mama Eirah takut bunyi kuat-kuat,".
Selesai sudah pemakaman mama. Namun airmata Ain belum mahu berhenti tetap menyusur deras di pipinya.

Berhari-hari sudah berlalu. Ain masih lagi muram dan berkurung di dalam rumah . Hanya sesekali menjengah keluar tingkap bila terdengar suara Ucen bermain-main dengan anak-anak jiran. Bila Ucen nampak Ain dia melambai-lambai ke arah Ain sambil menjerit memanggil-mangil Ain.
"Ain, Ain, Ain keluarlah kita main teng-teng sama-sama". Jerit Ucen
Ain hanya diam dan menggelikan kepala.
Ain sudah tidak seperti dulu lagi. Dia mula suka bersendirian dan mendiamkan diri. Mula rasa takut dengan kehadiran isteri baru papanya. Mak Itah sudah mula berkerja semula selepas ayahnya mula beransur sihat. Semenjak pemergian arwah Puan Humairah ,Mak Itah juga rasa sebuah kehilangan. Dia juga orang yang paling rapat dengan arwah . Banyak perkara yg dia tahu tentang Arwah. Sesekali menitis juga airmata kerinduan Mak Itah kepada arwah. Kerana saat akhir Puan Humairah dia tidak dapat bersama kerana cuti menjaga ayah. Kini tinggal kenangan yg disimpan rapi di hatinya. BN

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience