Rate

Bunga mekar untuk papa duri dihati hati Ain

Romance Series 1361

Semakin hari semakin rindu , masa dan hari sudah kian berlalu. Namun sedetik pun tiada hilang rasa rindu yang ada hanyalah rasa kosong bersulam dengan rasa redha.
Ucen hari-hari datang mengusik Mak Itah. Bolehlah Ain menumpang tersenyum. Melihat keletah Ucen yg 3suku tu. Bila Ain tersenyum Ucen turut senyum dan sambil bertanya Ain
"Ain Ain Ain tak sedih lagi kan?kan? kan?" tegur Ucen.
Ain hanya diam, tunduk seakan layu.
"Sudahlah sayang , janganlah sedih- sedih , Mak Itah sunyi . Dah lama Ain tak ketawa macam dulu dengan Mak Itah dengan Ucen" pujuk Mak Itah lagi.
Ain mendongak memandang Mak Itah dan berlari
meluru ke arah Mak Itah dan peliknya Mak Itah dengan penuh rasa rindu.
Mak Itah membalas pelukan Ain.
"Ucen nak peluk juga Ucen nak peluk juga" Ucen bersorak-sorak sambil melompat-lompat.
"Aisheh mana boleh Ucen tu lelaki, tak boleh peluk-peluk dengan girl girl" balas Mak Itah kepada Ucen.
"Alaaaaaa ingatkan boleh" rungut Ucen lagi
Sambil ketawa Mak Itah usap rambu Ucen.
"Ucen nanti tengahari teman Ain makan sini ya" Ain bersuara mengajak Ucen.
Apalagi melompat gembira di Ucen.
"Mak Itah masak sedap-sedap tau nanti Ucen nak makan" Seloroh Ucen kepada Mak Itah
"Ialah Ucen" jawapan Mak Itah
Ain berlalu dari dapur meninggalkan Mak Itah dan Ucen meluru ke ruang tamu. Di situ bayangan mamanya tetap berlegar di kotak fantasinya.
Dlm lamunannya terbayang belaian manja mamanya yang selalu berpesan kepada Ain supaya kuat dan percaya pada ketentuan Allah. Rancangan dari Allah adalah yang terbaik walaupun tidak kita sukai sayang. Berpeganglah
kuat pada Allah pasti semuanya akan berjalan dengan sebaik-baiknya. Lamunan Ain terhenti bila Mak Itah memanggilnya dari dapur dgn suara yang agak kuat.
" Ain Ain OOO Ain, jom makan . Mak Itah dah siap masak nii". Bergegar suara Mak Itah panggil Ain makan. Ucen dah tersengih di meja makan dekat taman bawah rimbunan anggur yang menjalar di atas para taman. Mak Itah dan mama selalu makan tengahari di situ sejak dari sebelum Mama sakit. Ucen adalah group makan-makan arwah mama dan Mak Itah. Tak pernah tak menyibuk. Asal makan-makan Ucen mesti ada jadi pelengkap suasana. Sebab itu dia panggil arwah tu mama Eirah. Mereka rapat dari Ucen masih kecil dan sebelum Ain lahir lagi. Tidak hairanlah kalau banglo itu seakan rumahnya sendiri dibuatnya. Ibu Ucen rakan baik mama dari bangku sekolah lagi . Ain juga panggilnya ibu. Puan Juhara seorang doktor haiwan. Boleh dikatakan seorang pecinta haiwan . Beliau menguruskan kliniknya sendiri. Semenjak Mama tiada ibu jarang ke mari tapi selalu titip pesanan kepada Ucen supaya temankan Ain jangan buat Ain sedih.

Sedang enak jamu selera tiba-tiba kedengaran ngauman enjin kereta Tuan Rahman .
Ucen bangun dan meluru ke arah kereta Tuan Rahman sambil bersorak macam kebiasaanya.
Tapi sorakan Ucen terhenti bila ada seseorang gadis yang sebaya dengan Ain turun dari kereta Tuan Rahman. Ucen pusing dan berpatah balik ke arah Meja makan Ain dan Mak Itah sambil gigit jari. Ain dan Mak Itah masih tercengang melihat gadis itu. Kemudian Tuan Rahman membuka pintu dan keluar kemudian membuka pintu sebelah penumpang hadapan. Maka Turunlah seorang wanita yg telah papa Ain kenalkan ada hari pemakaman mamanya. Hatinya mula berbisik.
"Sudah bernikahkah papa dan aunti Maryni tu?"
Papa Ain memimpin tangan Aunti Maryni menuju ke arah meja makan .
"Ain papa sudah selamat menikahi Aunti Maryni minggu lepas. Mak Itah kenalkan ini Puan Maryni" Pengenalan dari Tuan Rahman
Papa Ain toleh ke belakang dan memanggil gadis itu dengan panggilan Baby.
"Baby sini, kenalkan ini Ain anak papa. Nanti kamu berdua boleh berkawan dan bersekolah bersama". Kata Tuan Rahman
Ain hulurkan tangan kepada ibu tirinya bersalaman dan mencium tangan ibu tirinya dan bersalaman dengan saudara tirinya itu.
Belum pun sampai 40hari arwah mama pergi papa Ain sudah ada pengganti. Berbunga-bunga hati Tuan Rahman bila ada peneman tidur malam.
"Mak Itah nanti bilik bersebelahan dengan bilik Ain tu dikemaskan ye. Ganti kan semua alas dengan yang baru dan bersih. Bilik tu untuk Baby ". Tuan Rahman memberi arahan kepada Mak Itah.
"ok Tuan" jawab Mak Itah.
Ain berlalu tanpa sebarang kata menuju ke biliknya. Dia mendiamkan diri menahan segala rasa. Ingin menangis tapi airmata sudah tidak sudi lagi menemani rintihan hati. Malam melabuhkan tirainya masing-masing mula masuk bilik. Tuan Rahman pun sudah mula berbaring di atas katilnya, matanya pun dah mula lali. Dalam hati sebenarnya merungut, lambat betul isteri nya tu bersiap untuk tidur, apa yang dibuatnya dalam bilik air tu. Matanya yang dah hampir terlelap dikejutkan dengan bunyi bukaan pintu bilik air oleh isterinya. Terlihat isteri dalam keadaan yang mengiurkan, mata yang tadi hampir lena terjaga segar bersemangat semula.
"Wah! sudah lama tidak ada bidadari menemani malamku yang sering kesepian" Bisik hati Tuan Rahman
Dia terus bangun dan mehampiri isterinya dan memeluk dari belakang isterinya. Sambil mencium wangian rambut Maryni. Saat itu tangannya merangkul pinggang Maryni dan membisikkan kata-kata yang begitu membuatkan hati kecil seorang menjadi lupa alam yang nyata dan terus ke dunia fantasi. Baju tidur yang dipakai akhirnya terpisah dari pemakainya . Bermulalah kesepakatan aksi di ranjang. Malam yang indah menjadi panjang. Tidur yang hanya lelap untuk melepaskan lelah aksi itu berulang bila mata terjaga. Seumpama kemaruklah di katakan. Malam itu pun berlalu meninggalkan memori indah seharum mawar buat Tuan Rahman. Namun buat Ain malam itu seakan gempa menggoncang hatinya. Begitu mudah papanya gantikan tempat mama dalam ruang hatinya.
Fajar subuh membawa laungan azan mengejutkan lena Ain dan seisi penghuni rumah.
Hari ini hari pertama persekolahan Ain untuk tahun baru ,Tahun 1997 . Ain bakal menduduki peperiksaan PMR. Tahun yg mencabar hidupnya.
Hidup dalam suasana baru punya saudara baru, mama baru dan perubahan cerita peribadi yang baru. Tapi hanya semangat belum terasa untuk diperbaharui . Masih dalam mood kerinduan dan kesedihan. Seakan menanti kepulangan yg tidak akan kembali . Kekesalan di hati juga masih belum bisa berakhir. Perasaan kecewa dan cemburu terhadap sikap papanya juga seakan menayangkan filem baru dalam hati Ain. Seumpama duri mencucuk-cucuk di segenap ruang hati. Kebiasaannya hanya dia dan Papanya sahaja dalam kereta untuk ke sekolah tapi kali ini sudah jadi bertiga dengan budak perempuan yg digelar Baby tu. Ain duduk di bahagian penumpang seperti biasa dan Baby di tempat duduk dibelakang. Baby mula tunjuk kemanjaannya dengan suaranya yang mengada-ada
"Papaaaaa nanti singgah dekat butik tau nanti balik tengahari Baby nak beli seluar trackshirt untuk sukan nanti." Pinta Baby pada Tuan Rahman.
Ain hanya diam dan menanti jawapan dari Papanya. Dengan pendek saja jawapan yang diberikan oleh Tuan Rahman
"Ok"
Ain terpinga-pinga kehairanan dan hati bertanya
"Tak sibuk la pulak papa aku ni"
Nampak perubahan sikap Papanya berlainan dari kebiasaan. Dulu Papanya selalu bagi alasan jika Ain mengajaknya keluar shopping. Selalunya Mak Itah lah yang jadi mangsa untuk temankan Ain semenjak Mamanya tiada daya.
Duri mula makin mencucuk lebih dalam di dalam hati Ain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience