Rate

BAB 1

Drama Completed 430

DIA terkejut seperti musang yang terkena jerat pelanduk. Sakit dan pedih bisa. Sakit, kerana orang yang disayanginya tidak lagi tinggal di rumah tiga bilik yang belum habis dibayar itu. Sudah didiami keluarga lain. Rumah yang banyak meninggalkan kenangan manis. Dan tidak kurang pahit. Pedih bisa, kerana orang yang dikasihinya itu juga tidak lagi merupakan wanita yang bernama ibu seperti dulu-dulu. Sudah jauh berbeza. Seperti langit dengan bumi.

Sebaik saja berita itu terhambur, dia rasa hatinya hancur. Terasa kunci pintu keterharuan terbuka. Gerimis kesepian tertempias ke hatinya yang sebak. Perlahan-lahan gerimis itu kian garang dan menjadi hujan kepiluan yang lebat. Basah dengan air hiba yang mencurah-mencurah.
Tidak lama selepas itu, dia menjadi macam kucing hendak beranak. Ke arah lif tidak kena, ke arah tangga dari tingkat lima juga tidak kena.
Ibuuu!

Jelas jeritan itu hanya bersipongang dalam diri. Bersahut-sahutan dari satu relung ke satu relung dalam hatinya yang robek. Dia akhirnya memutuskan untuk turun melalui tangga dengan amat payah. Terasa kakinya menggeletar. Lemah satu macam. Sesampai saja di tingkat tiga, dia terduduk kebodoh-bodohan di salah satu anak tangga. Dia membiarkan saja angin dua petang yang berhembus tajam dan berhaba panas menyapu-nyapu mukanya yang bujur sirih dan mengusap-ngusap rambutnya yang jarang.

Mak Elah menggeleng-geleng, tanda amat mengerti akan keadaannya yang meninggalkan koridor tadi dengan wajah yang mencerminkan semacam kemuraman. Ada percikan simpati berbunga di mata hati bekas jiran keluarganya suatu masa dahulu.

Dia masih terduduk kebodoh-bodohan. Bahunya terenjut-enjut galak. Air mata menjujuh terus. Di anak tangga dekat dinding itu, dia bagaikan ternampak kota Los Angeles atau LA menaruh kesayuan di ruang kecil yang berjeriji. Di Kota Singa ketika dia di LA pula melagukan irama menyayat hati. Manakan tidak? Kerana irama belasungkawa rupa-rupanya terisi di rumah tiga bilik enam tahun yang lalu.
Ayahhh!

Kalau aku tak merengkuk di LA dulu, aku tak akan jadi macam ini, bisik hatinya. Ibu tak jadi macam ini juga! Ayah sempat aku lihat dan selamat dikebumikan.
Mata: Apa gunanya melimpahkan air jernih? Apakah mahu menunjukkan kepada satu dunia yang kau kaya dengan air mata? Ah, menjengkelkan.

Hati: Tahukah kau sesal memang tak berguna lagi?

Kaki: Kaulah yang membuat aku terobek kalbu kini. Kalau kau tak nakal dan gatal hendak meninggalkan tanah air kerana patah hati dek seorang perempuan semata-mata, aku sudah boleh menjaga ibu sekarang. Biar penat, biar lelah. Demi ibu, aku rela! Tapi apa gunanya kesal kini.

Hati:Mengapa pedih sampai tak terkata?

Kaki: Kenapa masih lemah dan menggeletar terus?

“Syamsul, ayah kau telah berpulang enam tahun yang lalu. Sejak itu, ibu kau amat kesepian. Dia macam patah sayap. Menantikan kau pulang siang dan malam.”
Kata-kata Mak Elah yang menghambat hati tadi terngiang-ngiang jelas, seolah-olah lebih mengejeknya daripada menjala simpati. Dia dapat merasakan Mak Elah melaknatinya. Pada tahap itu, dia ingin menjelaskan bahawa dia bukannya anak lelaki tunggal yang seperti kacang lupakan kulit. Tidak sesekali. Memang dia telah senyap-senyap ke LA setelah mendapat tahu Asmah berkahwin dengan Harun, lelaki pilihan keluarganya. Dia mahu berhijrah ke bumi Amerika. Di sana kata kawannya, Murad, dia boleh mendapat banyak wang walaupun bekerja sebagai penyembelih daging. Dia boleh merekomenkannya kerana dia sudah menjadi rakyat tetap dan isterinya rakyat tempatan di sana. Apa gunanya memberitahu Mak Elah yang dia mahu menaburkan wang di mata keluarga Asmah betapa dia juga boleh sekaya Harun. Nanti Mak Elah akan mengecap dia cuba memancing simpati. Lebih buruk lagi cuba menegakkan benang basah. Lebih buruk lahi (JANGAN TUKAR MAKSUDNYA LALAI), kerana seorang perempuan, dia habis!

Bodoh!

Tiada gunanya!

Iya, apa gunanya memberitahu kebodohannya kalau hanya meremukkan lagi hatinya kini yang sudah terobek dan berdarah. Mak Eton, bisik hati kecilnya. Di LA aku rasakan aku rajin bekerja. Kumpul banyak duit. Bila sudah berada, boleh buka mata Asmah dan keluarganya. Anak pemandu teksi juga boleh berjaya.

Hati: Bersabarlah. Aku tahu tangkai kau macam hendak terputus bila memikirkan tak berapa lama bekerja sebagai penyembelih daging, tuan kau ini bagaikan ‘disembelih’ nasib yang malang.

Iya, aku telah berada di tempat dan pada masa yang salah. Tidak, memang tidak salah aku berada di luar pub, tapi ada seorang pelacur dibunuh orang dan aku disalahkan. Aku tersalah masa. Ketika itu, aku sedang berjalan pulang, mabuk-mabuk ke apartmen yang aku sewa. Aku tak sedarkan diri. Kepalaku dihantuk kuat dari belakang dengan sesuatu yang bulat dan keras. Bila terjaga, ada pisau di tangan kananku. Di sebelahku, ada seorang pelacur dengan mata terbeliak. Kata orang mati begitu tandanya mati yang tidak puas.

Apakah mangsa itu tahu aku bukan penyembelih nyawanya? Aku dikhianati. Aku dianiayai. Darah di pangkal susunya yang subur itu padan dengan darah di pisau dan tanganku. Aku benar-benar kehilangan punca dan tidak dapat nafikan ujian DNA pengesah bicara pada malam selasa di pinggir kota LA sekali gus menutup kes hasil para penyiasat yang bijaksana. Inikah LA yang kononnya boleh menjadikan aku kaya raya?

Murad!

Di mana kau bila aku tersepit?

Inikah yang dikatakan kawan?

Aku tersasar. Indah khabar daripada rupa. Atau inikah balasan membelakangi ibu bapa?

Tangan: Kalau kau boleh berkata-kata, alangkah indahnya nasibku. Tak akan aku terpaksa mengaku pada dakwaan atau pertuduhan cuba membunuh tanpa niat ke atas pelacur kulit putih berambut perang muda. Aku tahu aku tak berwang untuk mendapatkan guaman yang cekap lagi hebat dan cara mudah ialah mengaku saja pada pertuduhan itu. Mudah untuk semua pihak.

Iya, biarlah aku merengkuk sepuluh tahun daripada dipenjara seumur hidup atau diragut nyawa terus.

Hati: Kau tahu ketika di ruang berjeriji aku mahu cepat-cepat pulang. Mahu bertaubat. Mahu meminta maaf kepada ayah dan ibu. Dari satu Hari Raya ke satu Hari Raya, dari satu musim ke satu musim, kau pedih tak keruan. Dan kali ini bila ada peluang berhari raya bersama, kau berdarah maha hebat. Terusik dahsyat.

Ibuuu!

Ayahhh!

Tapi arwah ayah dan ibunya tidak dapat mendengar jeritan dalam dirinya. Tidak tahu dia di perantauan dan telah disembelih keadaan yang kejam. Masyarakat banyak yang buruk sangka. Menuduh dia tak kenang jasa orang tua. Ikut emosi dan hati saja. Kerana seorang perempuan memang dia habis semua.

“Syamsul, tak lama selepas ayah kau kembali ke Rahmatullah, percakapan ibu kau tak lagi lancar. Nasibnya baik, kerana dia sembuh daripada angin ahmar, walaupun percakapannya masih terjejas sedikit. Dia mendapat bantuan badan kebajikan sebanyak $200- sebulan. Dapat makan tiga kali sehari. Tapi ....”

“Tapi apa mak cik?”

“Tapi dia kesepian. Dia mungkin cukup makan minum tapi dia laparkan kemesraan dan dahagakan kasih sayang kau! Dia menantikan kau siang malam di muka pintu. Ibu kau sebelum kena demensia, dia kerap ke kedai kopi di bawah sana tu. Dia berharap ada kawan yang lalu dan berbual-bual mengisi masa untuk menghalau kesepian itu. Tapi bila dia pulang, dia akan tunggu kau di situ,” tingkah Mak Elah panjang lebar sambil menunjukkan ke daun pintu rumah sebelah, semakin ke hujung semakin bergetar panjang. Satu tanda dia benar-benar turut terharu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience