Bab 4
2019
Seminggu berlalu,Hawa melangkah menuruni bas ekspres. Ini merupakan kali pertama dia melangkahkan kaki di kota raya ini.
“Minta tolong jualan tanah Hawa yang dekat hujung kampung tu. Boleh tak?”
Teringat minggu lalu, Hawa mengambil keputusan gila untuk menjual tanah wasiat ibunya dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Walaupun berat hati,Hawa terpaksa melepaskan juga tanah itu. Demi menjadi bekalan untuk di kota ini. Asalkan tidak jatuh ke tangan bapa saudaranya.
“Tempat baru, hidup baru,”ujar Hawa sambil cuba mencari sekeping nota kecil. Nota yang berisikan alamat dan nombor telefon Mak Ngah Fira. Seorang wanita 50an yang merupakan ibu saudara sebelah ayahnya. Satu-satunya ibu saudara yang paling rapat dengannya.
“Hello, Assalamua’laikum.Ni rumah Puan Syafira ke?”Hawa bersuara sebaik mendengar suara wanita kedengaran di ganggang telefon awam.
“Wa a'laikumsalam. Ya, saya Puan Syafira.Ni sapa ya?”soal wanita itu.
“Ni Hawa lah Mak Ngah. Hawa dah sampai Pudu Central ni.”
“Ouh, kamu rupanya. Kejap,Mak Ngah datang ambik.”Panggilan dimatikan.
Hawa menapak sebelum duduk di satu tempat duduk yang disediakan. Mata Hawa ligat memerhatikan gelagat dan karenah warga-warga kota. Ada yang berpakaian kemas dengan kemeja dan berseluar slack hitam.Mungkin ahli koperat agaknya. Ada juga kaum wanita yang mengenakan skirt pendek hingga menampakkan paha.
“Eh, dia orang ni, Islam ke? Tengok muka macam Islam,”gumam Hawa sendirian memerhatikan gelegat wanita itu.
Hawa ada juga melihat kiosk-kiosk di sekitar tempat duduknya. Mana tahu ada peluang pekerjaan di sini bagi menyara hidup.
Misi baharu akan dimulakan. Misi untuk hidup di kota raya ini.
“Assalamua’laikum, Hawa.”
“Wa a’laikumsalam.Eh Mak Ngah. Laju sampai.”Hawa bersalaman dengan ibu saudaranya itu. Kali terakhir bersua ketika pemergian arwah ibunya tempoh hari. Walaupun hanya pangkat ipar, namun hubungan Puan Syafira dengan Puan Zakiah amat akrab.
“Dah, jom.”
***
Setelah berjalan kaki lebih kurang 10 minit, Hawa tiba di kediaman Puan Syafira. Rumah flat yang terletak di tingkat 3.Rumah yang sederhana.
Puan Syafira tinggal bersama dengan seorang anak perempuannya yang masih bersekolah. Hidup sederhana. Puan Syafira sudah kehilangan suaminya akibat kemalangan di tempat kerja. Hanya Puan Syafira lah yang menjadi sumber pendapatan keluarganya. Mujurlah beliau merupakan seorang guru di sekolah rendah berdekatan.
Hawa mengambil keputusan untuk menetap sementara sahaja. Bagi mencari kerja dan memburu rumah sewa.Dia juga kalau boleh mahu berdikari dan tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya itu.
“KL ni besar. Tak kan lah langsung tak ada peluang kerja kan,”gumam Hawa sambil mula memikirkan beberapa kiosk di perhentian bas dan kedai-kedai di sepanjang perjalanan menuju ke rumah Puan Syafira.
“Hawa.Nanti letak barang dalam bilik tengah tu ya,”laung Puan Syafira dari arah dapur. Sibuk menyediakan juadah makan malam, “Hawa guna bilik tu ya,”sambungnya lagi.
“Ok,”balasnya sambil membawa beg barangan masuk ke bilik tengah.Tubuh badannya dicampakkan ke atas katil. Niat ingin merehatkan diri sambil memikirkan peluang pekerjaan yang ditawarkan di sini.
***
“Tak.Tak senang macam apa yang aku fikirkan.”Hawa mengomel sendirian sepulang sahaja ke rumah.
Entah ke bererapa kali dia tidak diterima kerja. Hampir seluruh kawasan sekitar ini dituju dengan niat ada kerja kosong. Namun setiap kedai yang disinggah nyata hanya memberikan keputusan yang hampa.
“Hawa,Amira.Jom makan dulu.Isi tenaga dulu,Hawa.”Puan Syafira melaung dari dapur memanggil Hawa dan anaknya.
Hawa bergegas menapak ke dapur. Hari Sabtu. Antara hari di mana Puan Syafira akan berada di rumah. Jadi hari ini, makan tengahari disediakan.
“Hawa cuba pergi dekat area jalan Datuk Keramat sana. Mungkin ada kot-kot kerja kosong dekat sana.”Puan Syafira memberikan cadangan.
Memandangkan jarak untuk ke sana pun tidaklah begitu jauh, cadangan ibu saudaranya boleh dipertimbangkan.
Usia makan dan solat Zuhur, Hawa meneruskan misi mencari kerja di sekitar Jalan Datuk Keramat. Disinggah satu persatu kedai-kedai mahupun restoran di sepanjang jalan dan sekitar. Namun, jawapan yang diterimanya mengecewakan.
“Haish, dari pukul 2 sampai nak dekat pukul 6 dah ni. Tak kan tak ada satu pun kedai nak cari orang kerja,”keluh Hawa melabuhkan punggung di kaki lima sebuah kedai alat tulis. Wajahnya sugul. Sempat juga dia menilik telefon pintar pemberian Puan Syafira tempoh hari. Hari sudah semakin lewat.
“Nampak gayanya kena cari kat area lain pulaklah.”Hawa bangun sambil menepuk punggungnya membersihkan dari pasir dan habuk.
“KAU NAK BAGI KE TAK?!”Hawa menangkap satu suara. Lantas dia berpaling mencari punca kekecohan itu.
Dua orang lelaki lengkap berhelmet menahan seorang wanita tua berhadapan bank.Mungkin baru keluar dari bank. Di tangan masing-masing sudah tergenggam parang.
Wanita tua malang itu cuba melawan. Namun faktor usia menjadi kekangan dan dengan mudah duo penyamun berjaya merampas beg tangan milik wanita tua itu. Tubuh tua itu ditolak hingga jatuh tersepuk.Kasihan Hawa melihat nasib wanita tua itu.
“Tolong! Tolong! Penyamun!”Wanita tua itu cuba meraih simpati sekeliling. Sementara penyamun cuba meloloskan diri. Berlari menuju ke arah Hawa.
“Woi!”jerkah Hawa cuba menghalang penyamun-penyamun itu.
“Alah,semaklah awek sekor ni. Blah! Ke ko nak aku tetak kau,”ujar salah seorang penyamun sambil menghampiri Hawa. Sedikit pun keberanian Hawa tidak goyah.Langsung Hawa tidak berkutik.
Salah seorang penyamun mula bertindak. Parang dihayunkan aras kepala dengan yakin pasti mengenai dan langsung mengakhiri riwayat wanita ini. Namun ada satu perkara yang penyamun itu tidak tahu.
Hawa lincah orangnya. Berkat ilmu persilatan yang dituntutnya di kampung. Bahkan Hawa pernah menghadap perkara yang lebih getir dari ini. Dengan mudah serangan tersebut dielak dan ditepis. Parang yang sebentar tadi berada beberapa inci dari kepalanya kini berada di lantai.
Dalam kiraan beberapa detik, Hawa mula membalas serangan. Hawa melompat sedikit. Paha diangkat tinggi,dan dengan sepantas kilat,dagu penyamun pertama dilutu dengan kuat. Sementara pergelangan tangan kiri digenggam sebelum dilepas ke muka penyamun tersebut. Visor yang menghalangi muka penyamun pecah berderai.
Penyamun kedua kaget melihat apa yang telah terjadi. Parang yang digenggamannya jatuh. Tak disangka wanita itu mampu mengalahkan lelaki yang lebih besar daripadanya. Cuak.Tak pernah dilihat kekuatan kaum wanita di hadapan matanya sendiri.
Penyamun pertama masih berdiri cuba mengatur langkah melawan kembali. Di fikirannya dia seorang lelaki dan lelaki mustahil akan tewas di tangan kaum wanita. Dia meluru ke arah Hawa dengan buku lima kemas digenggam.
Hawa memasang kekuda bersedia menepis serangan yang mendatang. Tumbukan yang dilepaskan dielak lalu dibalas dengan sepakan aras kepala. Walaupun ditutupi dengan helmet, namun cukup menggoyahkan pertahana penyamun itu. Hawa berhenti seketika menahan pedih di tulang kering.
Hawa langsung mengambil beberapa detik sebelum terus menyerang semula. Kali ini tumbukan tepat menghinggap di dagu penyamun itu sebelum kakinya lihat menendang tubuh badan penyamun itu. Satu tendangan dihadiahkan tepat ke kawasan keramat lelaki. Terbongkok-bongkok menahan kepedihan sebelum tersungkur ke belakang.
“Cukup! Cukup!”Dengan lelah dan pedih penyamun pertama merayu, “kau menang.”
Hawa mengalihkan pandangan ke arah penyamun kedua. Telah terduduk bersandar dalam ketakutan. Visor nya tidak tertutup sangat dan terdedahlah mukanya.
“Bagi aku tu!”Hawa menghampiri sambil menghulurkan tangan meminta beg tangan wanita tua tadi. Namun, Hawa leka. Penyamun pertama dengan pantas mendakap dan mengunci pergerakan Hawa.Bahu penyamun mengepit leher Hawa.
“Sial.”
Pergelutan terjadi. Hawa cuba melepaskan diri. Bahu kiri dilenturkan sedikit sebelum dengan cepat menyiku muka penyamun.Serangan tepat mengenai hidung penyamun hingga berdarah.Penyamun mula mengerang sambil meraba hidungnya.Barangkali batang hidungnya sudah patah. Dakapan yang mengunci pergerakan Hawa juga terlepas.
Hawa terus mengambil peluang. Kaki kiri diangkat tinggi sebelum menendang dada penyamun hingga tertolak ke belakang. Dan sekali kaki lagi kaki kiri diangkat dan terus menerajang penyamun itu.Tepat mengenai dagu pula kali ini.Penyamun rebah.
“Kau nak bagi ke tak sekarang?”Pandangan berubah ke arah penyamun kedua. Senyuman dihadiahkan sebelum Hawa mula melangkah menuju ke arahnya yang menggeletar ketakutan.
“Nah! Am..ambiklah! Aku dah tak nak dah.”Terketar-terketar penyamun kedua bersuara. Dia lantas bangun sebelum membuka langkah seribu meninggalkan beg tangan wanita tua itu. Kelam-kabut penyamun kedua melarikan diri.Hawa mengambil semula beg tangan milik wanita tua itu sambil menghampiri pemiliknya.
“Mak cik okey?”ujar Hawa sambil menghulurkan beg tangannya.
“Mak cik tak apa-apa, nak. Terima kasih ya nak. Semoga murah rezeki anak. Semoga permudah urusan anak. Ni nak, ambillah ni. Tanda terima kasih dari Mak cik,”ujar wanita itu berterima kasih sambil menghulurkan beberapa keping not 10 ringgit.
“Eh, tak apa Mak cik. Saya ikhlas tolong Mak cik,”tolak Hawa. Dia langsung tidak mengharapkan apa-apa balasan walaupun. Sememangnya tugasnya untuk melindungi orang yang lemah.
Hawa melangkah pergi meninggalkan kawasan. Hari sudah beranjak petang. Walaupun tiada hasil dalam misinya. Sekurang-kurangnya dia berjaya menyelamatkan seseorang.
Tanpa disedari. Sepasang mata memerhatikan tingkah-laku Hawa dan mengagumi ketangkasannya dalam pergelutan sebentar tadi.Sangat jarang berjumpa wanita yang lincah dalam ilmu mempertahankan diri.
“Lincah.Tangkas dan beradap.Sangat memenuhi kriteria.”
Share this novel