2019
Hawa tiba di rumah tak kala senja mula menjengah.Langit sudah berubah merah.Hawa segera melangkah masuk ke dalam biliknya.Badan segera direbahkan di atas katil bagi melepaskan segala penat yang menjalar tubuhnya.
"Haish,penatnya hari ni,"gumam Hawa sendirian.
Baru sahaja merebahkan diri,Azan berkumandang menandakan telah masuknya waktu solat fardu Maghrib.Tanpa berlengah,Hawa lantas bangun mencapai tuala sebelum melangkah ke bilik mandi.
"Apalah jadi dengan mak cik tadi ya?"soal Hawa sendirian di dalam bilik mandi.Derasnya pancutan air shower yang membasahi tubuhnya seakan tidak terasa.
"Kenapa dia pergi bank seorang diri?Mana anaknya?Dia tak ada anak ke?"Fikiran Hawa masih diselubungi dengan tanda tanya mengenai wanita tua yang diselamatkannya sebentar tadi.
"Hawa!Dah solat nanti turun dapur ya!Kita makan sama-sama."Lamunan Hawa tersentak apabila mendengar Puan Syafira melaung namanya.
Selesai sahaja mandi,Hawa meneruskan rutin hariannya dengan Solat Maghrib.Walaupun penat,namun arahan dari Yang Maha Esa perlu dituruti.Pada Hawa,selagi jasad masih berisikan nyawa,Solat wajib dilakukan.
Usai sahaja solat,Hawa terus ke dapur.Kelihatan Puan Syafira dan sepupu Hawa,Amirah sudah berada di dapur.Sibuk menyediakan juadah untuk makan malam.
"Ha,Hawa.Macam mana?Dapat tak?"soal Puan Syafira kepada Hawa.Terkelu lidah Hawa mendengar soalan itu.Dia hanya berdiam sambil memasang riak wajah sedih.
"Hawa,macam mana?"Sekali lagi soalan diutarakan.Amirah yang sedah ralit bersama telefon bimbitnya juga mengalihkan pandangan ke Hawa.
Hawa menarik nafas panjang sebelum menggeleng sambil bersuara, "Tak dapatlah Mak Ngah.Semua reject Hawa.Alasan diorang nak cari pekerja yang berpengalaman la,SPM tak cantik lah."
"Ala tak apalah.Cuba lagi.Ingat.Usaha tak akan khianat hasil,"pesan Puan Syafira sambil menceduk nasi ke pinggan sebelum dihulurkan kepada anak dan anak buahnya.
"Isnin nanti Kak Hawa ikut Mira.Cuba tanya dekat sekolah Mira kalau-kalau ada nak pakai orang ke kantin."Amirah memberikan cadangan.Ada sedikit sinar di muka Hawa sebaik mendengar apa yang dikatakan oleh Mira.
"Hmm,elok jugak cadangan kamu tu.Nanti Mak Ngah tanyakan jugak dekat sekolah Mak Ngah.Kot-kot ada kerja kosong ke kat sana.Nak pakai orang ke apa."Puan Syafira pula bersuara.Juga akan turut bersama-sama membantu Hawa.
"Terima kasih ya,Mak Ngah,Mira.Terima kasih ya sebab dah banyak tolong Hawa.Tak tau macam mana Hawa nak balas jasa baik Mak Ngah dengan Mira."Hawa akhirnya senyum kembali.
Tangan Hawa dipegang Puan Syafira, "Selagi Mak Ngah dengan Mira hidup,selagi tu kami berdua akan cuba tolong Hawa."Tangan Hawa digenggam erat. "Kan,Mira."Amirah hanya tersenyum mengangguk sahaja.
Usai makan dan solat Isya',Hawa bercadang untuk terus tidur sahaja.Namun,perhatian seolah ditarik sebaik mendengar notifikasi telefon pintarnya.Segera telefon pintar diambil.
Kunci skrin dibuka.Terdapat beberapa aplikasi seperti Whatsapp,Instagram,FB dan aplikasi lain.Lambang satu muncul di ikon aplikasi Gmail.Aplikasi yang digunakan untuk bertukar-tukar pesan melalui medium e-mail.
Lantas Hawa klik ikon aplikasi tersebut.Ada satu e-mail baru masuk.Ia dari indentiti yang tidak dikenali.
TAHNIAH!ANDA TELAH TERPILIH
TAWARAN BEKERJA DENGAN GAJI YANG LUMAYAN!!!
BERMINAT?SILA HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH DAN
DATANG KE LOKASI YANG TERTERA
TARIKH:XX/XX/2019
LOKASI:Xxxxxxxxx
SILA HUBUNGI:XXX-XXXXXXXX(PUAN Z)
"Tawaran kerja?"Hawa ragu-ragu dengan isi e-mail yang diterimanya.Manakan tidaknya,dia juga kurang pasti adakah e-mail ini adalah sahih atau tidak.
"Baik aku tanya Mira.Mungkin dia tahu kot pasal ni."Hawa lantas bangun keluar dari bilik bagi mencari sepupunya itu.
"Mira.Boleh tolong akak sekejap."Hawa segera mendapatkan Amirah yang sedang sibuk mengulangkaji pelajaran di ruang tamu.
"Tolong apa tu,Kak?"soal Amirah tanpa mengalihkan tumpuannya pada buku latihannya.Jemari kira laju menekan kalkulator seperti sedang mengira sesuatu.
"Cuba tengok ni,"Hawa menghulurkan telefonnya kepada Amirah.Diambil lalu skrin telefon itu dilihat.Isi e-mail itu juga turut dibaca dengan teliti oleh Mira sebelum dipulangkan semula ke tangan Hawa.
"Scammer ni,Kak.Usahlah percaya,"ujar Hawa sebelum menyambung menelaah ilmu hisab.
"Tapi tak salahkan kalau mencuba?"soal Hawa sambil mata masih memandang isi e-mail tadi.
Hawa meletakkan pennya. "Tak salah,Kak.Tapi bahayalah kak.Risikonya tinggi,"jelas Amirah kepada Hawa.Hawa masih lagi kurang mengerti.
"Semua benda ada risiko,kan?Lagi pun apa yang bahayanya?"Hawa masih kurang faham dengan apa yang dimaksudkan Amirah mengenai 'Bahaya' itu.
"Ok,kalau akak pergi jugak.Akak datang sana tiba-tiba orang tawar akak kerja ni datang,tapi bukan nak bagi akak kerja.Dia nak rogol akak?Nak culik akak?Ataupun nak jual Akak ?Lagi teruk,kalau diorang nak bunuh akak?"terang Amirah panjang berjela.Barulah Hawa faham maksud bahaya yang Amirah sebutkan.Ada sedikit ketakutan menyinggah ke diri Hawa.
"Hmm,ok lah.Terima kasih."Hawa berlalu pergi meninggalkan Amirah berseorangan di ruang tamu dan kembali semula ke bilik.
Hawa mencampakkan tubuhnya ke atas katil.Niatnya ingin tidur awal terbantut apabila teringatkan e-mail yang dia dapati sebentar tadi.Siling bilik ditenung dalam-dalam memikirkan kata putus mengenai tawaran sebentar tadi.
" . . .nak rogol akak?Nak culik akak?Ataupun nak jual akak?Lagi teruk,kalau diorang nak bunuh akak . . .?"Masih berlegar-legar kata-kata Amirah di benak fikiran Hawa.Ada betul juga kata Amirah sebentar.
"Tapi bila fikir balik,peluang tu.Kalau betul?Aku pulak tak pergi ke sana.Kan dah melepas."Hawa bermonolog sendirian ragu-ragu dengan apa tindakan yang perlu diambilnya.
"Cuba jelah dulu."
***
Pagi usai sahaja solat fardu Subuh,Hawa terus ke dapur membantu Puan Syafira menyediakan sarapan.Menu nasi lemak buatan tangan Puan Syafira disajikan beserta sambal kerang dan ayam goring berempah.Cukup membuat perut Hawa berlagu-lagu.
"Hawa hidang-hidang dulu.Mak Ngah nak kejutkan Mira kejap."Puan Syafira berlalu meninggalkan Hawa seketika sebelum kembali semula bersama dengan Amirah.Mereka bersama-sama menikmati sarapan pagi.
"Mak Ngah,dalam pukul 10 nanti,Hawa nak keluar kejap ya,"ujar Hawa memulakan perbualan.Amirah lantas menoleh ke arah Hawa.
"Nak pergi mana,Hawa?"soal Puan Syafira sambil menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.
"Nak sambung cari kerja kosong.Nak tengok dekat-dekat Jalan Petaling sana,"jawab Hawa menyembunyikan niat sebenarnya.Walaupun Hawa sudah boleh agak yang Amirah tahu mana sebenarnya tujuan Hawa.
"Ala,Kak.Hari ni hari Ahad.Jarang ada kedai bukak dekat-dekat situ.Baik akak rehat je.Esok akak ikut je saya pergi sekolah."Amirah cuba menghalang Hawa dan mencadangkan Hawa untuk berehat.Rehat,Hawa seakan-akan sudah lupa dengan ertinya rehat itu.Pada Hawa,selagi dia tidak mendapat kerja,dia tak boleh berehat.
"Betul jugak kata Mira tu,Hawa.Cubalah rehat satu hari ni.Mak Ngah tahu Hawa mesti penat."Puan Syafira bersetuju dengan cadangan Amirah.
"Tak apalah,Mak Ngah.Hawa cuba cari dulu dekat sana.Cuba-cuba je dulu."Hawa masih berkeras juga.Peluang yang dia terima tidak boleh dilepaskan.
"Hmm,yelah.Jangan balik lambat sangat tau.Hati-hati."Puan Syafira bersetuju dan membenarkan Hawa keluar.Sempat juga dia berpesan pada Hawa.
Usai makan,Hawa membantu Puan Syafira mengemas rumah sementara menunggu matahari meninggi sedikit.Mengikut e-mail tawaran yang diterimanya,dia dikehendaki berada di lokasi pada pukul 12 tengahari.Jadi,dia mengambil keputusan untuk keluar awal sikit.Dalam lingkungan pukul 10 pagi.
"Kak.Hati-hati.Apa-apa jadi,call tau,"pesan Amirah sebelum Hawa bertolak pergi.Hawa hanya mengangguk sambil membuat isyarat jari 'ok'.
***
"Dekat sini ke?"Hawa melihat satu restoran makanan mewah yang tersergam indah di hadapannya.Tertera nama Impiana Emas.
Hawa sekali lagi memeriksa lokasi yang diberikan.Sah.Inilah lokasinya.Restoran yang satu-satunya diasaskan oleh sepasang suami isteri beragama Islam di sini dan menyajikan menu makanan mewah.
"Ah,sudah.Aku mana reti nak masak makanan 5 bintang ni."Hawa menunduk sugul.Harapannya seakan lenyap secara tiba-tiba.Dia mula melangkah untuk pulang.
Namun,langkahnya terhenti apabila telefon pintarnya berdering.Segera dibuka beg sandangnya lalu mencapai telefonnya itu.Tertera nombor yang tidak dikenali.
"Helo?Panggilan dijawab.
"Helo,Assalamua'laikum.Saya nak bercakap dengan Cik Saidatul Hawa."Suara wanita kedengaran.
"Ya,saya Saidatul Hawa,ni siapa ya?"soal Hawa.
"Saya Puan Z.Awak dah sampai ke?Kalau dah sampai boleh terus masuk ya.Saya ada dekat dalam."Panggilan dimatikan.Hawa menelan pahit sebelum menoleh semula ke restoran.Kakinya mula melangkah kembali semula ke restoran mewah itu.
Pintu kaca ditolak.Terpaparlah suasana dalam restoran itu.Ruang interior yang serba mewah dan dilengkapi dengan pelbagai hiasan.Suasana yang aman dan sedikit sepi dek kurangnya pelanggan yang datang.Hanya ada 3 orang sahaja.Sepasang lelaki lengkap berkemeja dan bertali leher layaknya pekerja koperat.
Tidak jauh dari meja lelaki-lelaki itu ada seorang wanita berpurdah dan lengkap bersut hitam.Hawa mengagak mungkin itulah dia Puan Z.Segera dihampirinya sebelum menyapa.
"Assalamua'laikum.Puan Z?"sapa Hawa.Wanita itu mengalihkan pandangannya ke Hawa.Pandangan yang begitu tajam.Sedikit menghadirkan perasaan takut.
"Ouh,sorry.Saya salah orang."Hawa mengundur sebelum berjalan pergi.
"Saidatul Hawa,kan?"Hawa menoleh kembali dan mengangguk sebelum kembali ke meja. "Jemput duduk."Wanita yang digelar Puan Z menjemputnya sambil saling bersalaman.
"Terima kasih sebab hadir.Nama saya Puan Zamirah. Jadi,saya beri penerangan dulu ya."Hawa mengangguk sahaja mendengar kata-kata wanita itu.
"Kerja apa ya Puan?Kerja dekat restoran ni ke?Kalau dekat restoran ni,saya minta maaf saya terpaksa tolak.Saya tak reti nak masak makanan fancy ni,"jelas Hawa.
"Bukan,sayang.Sini cuma tempat saya jumpa client saya.Macam awak.Awak client saya.Lagipun,restoran ni milik sahabat saya,"terang wanita itu.
"So,shall we continued?"Hawa hanya mengangguk kecil.
"Ok,sayang.Kerja ni saya tak anggap mudah sebenarnya.Tapi,bayaran amat tinggi.Awak hanya perlu selesaikan kerja yang ditugaskan.Setiap kali awak berjaya selesaikan tugas,awak akan dibayar.Jelas?"Wanita itu menerangkan serba sedikit mengenai kerjanya itu.Hawa mengangguk faham.
"But,awak akan dilatih dahulu.Tapi jangan risau,semasa latihan awak akan dibayar komisen juga serta kediaman juga disediakan.Baik semasa tempoh latihan mahupun menjalankan tugas,"jelas wanita itu lagi.
"Satu soalan.Puan bukan scammer,kan?"soal Hawa ragu-ragu dengan penjelasan yang diberi.Dari riak matanya seakan-akan wanita itu seperti sedang tersenyum.
"Bukan sayang. Cuma kerja ni agak gila sikit. Sebab tu saya kata awak akan dilatih dahulu."
"Kerja apa tu Puan?"soal Hawa lagi.
"Awak akan bekerja di bawah ANCAM sebagai pembunuh upahan kami."Terkejut Hawa mendengar kata-kata Puan Zamirah.
Share this novel