Rate

**HATI YANG TERPENDAM**

Family Series 1925

Dari kecil aku membesar bukan dengan keluarga kandung aku tapi, aku dah anggap mak macam ibu kandung aku sendiri, dari kecil aku terbiasa sendirian, sehingga aku bercakap seorang diri, dan aku berkawan dengan satu mahkluk yang dinamakan orang bunian.

"Adik buat apa kat sini?, tanya perempuan yang wajahnya cantik ,berpakaian serba putih dan anggun,. " Kakak siapa? Tanya aku padanya,.."Boleh kakak main dengan adik sekali tak?" katanya pada aku, "Boleh, kakak nama apa?" tanya aku padanya, " kakak nama Puteri" Jawabnya, "Wah nama kakak cantik , macam nama puteri dekat istana tu" Jawab aku, saban hari aku bermain dengannya , sehingga aku sudah mula meningkat dewasa,,..

"Qila lewat dah ni, masuk tidur sekarang, esok lewat nak bangun pergi sekolah,.. " jerit mak pada aku, "Ok mak Qila masuk tidur sekarang, esok mak gerakkan Qila taw" jawab aku pada mak..
Tetapi ketika aku berada di dalam bilik, aku melihat tingkap bilik aku terbuka, aku terus pergi kearah tingkap untuk menutup tingkap tiba tiba aku terpandang pada seseorang yang aku kenal, aku amati wajah nya lama lama, ya aku kenal itu ada lah kakak yang selalu bermain dengan aku,.. "kakak buat apa kat sini?? Dah malam ni, mak suruh adik tidur esok nak sekolah" kata aku padanya, "Adik jom kita berjalan jalan nak?, kakak nak tunjuk sesuatu kat adik jom," Ajak kakak tu,."Tapi mak adik tak bagi keluar, kan dah malam,kalau mak tahu adik keluar nanti mak marah"jawab aku padanya, "Takpa sekejap je, jom mak adik takkan perasan kalau adik keluar" jawabnya.. Entah bagaimana aku sudah berada diluar rumah di tepi jalan, sambil aku melihat sebuah kereta meluncur kearah kami,. Setibanya kereta dihadapan kami aku dan kakak tersebut masuk ke dalam kenderaan tersebut,di dalam kenderaan tersebut aku melihat banyak makanan dan mainan serta hadiah yang banyak.. Sambil kakak berkata pada aku, "adik suka tak hadiah ni?? Kalau suka ambil lah, kakak hadiahkan semua pada adik," katanya pada aku, "Mesti lah suka banyak hadiah ni, terima kasih kakak" kata aku padanya... Sesampai di suatu tempat, aku dan kakak tersebut keluar dari kereta tersebut dan aku melihat sebuah rumah yang begitu cantik serba mewah dan indah. "Wah cantiknya rumah kakak, sambil kami berjalan kakak tu memegang erat tangan ku seakan tak mahu melepaskan aku, "Adik, adik suka tak kawan dengan kakak?" soalnya pada aku. "Mesti lah adik suka kawan dengan kakak, kakak baik, selalu teman adik main, kakak selalu ada dengan adik, adik sedih kakak pujuk adik, adik menangis kakak peluk adik, adik sayang kakak," kata aku padanya.. " Adik janji adik akan selalu ada dengan kakak walau apapun yang berlaku, apa adik punya kakak punya juga kan??" " Mestilah kakak, kenapa kakak cakap macam ni?? Kakak nak pergi jauh ka??, " soal aku padanya.."Bukan kakak cuma nak pastikan yang adik tak kan jauh dari kakak, sebab kakak tak ada kawan." katanya pada aku,
Setelah lama kami bersembang, bermain seperti tiadanya waktu, aku pun mula terasa mengantuk dan aku memberitahunya aku nak balik kerana aku sudah mula mengantuk lagipula aku perlu ke sekolah keesokannya, dan kakak pun bersetuju nak menghantar aku balik ke rumah, semasa di dalam keretanya aku terlena di peha kakak tersebut, tapi bila aku buka mata aku, aku melihat aku sedang dikerumuni oleh orang ramai, dan aku berada di tepi jalan di atas rumput sedang terbaring,.. Aku dihantar pulang kerumah oleh jiran yang mencari aku, Ketika aku sudah sampai dirumah aku melihat mak menangis teresak esak melihat aku yang penuh luka, dan calar balar di kaki aku..Aku kehairanan kenapa ramai yang datang melihat aku sedangkan aku tak sakit..
Tak lama beberapa hari kemudian, mak membawa aku bertemu ustaz , dan dari apa yang aku dengarkan,ustaz mengatakan bahawa selama ini aku berkawan dengan seseorang yang bukan dari kalangan manusia,tetapi aku berkawan dengan makhluk yang dipanggil jin atau lebih dikenali sebagai orang bunian. Setelah aku diubati beberapa kali, aku dah tak mampu melihat kakak lagi, kewujudan dia yang selama ini aku nampak kini aku tak mampu melihatnya lagi...Selama itu, aku merindui untuk bermain dengannya...

Selang beberapa tahun kemudian, di hadapan pintu rumah aku, aku melihat seseorang datang kepada aku dan memeluk aku dengan erat. Hampir aku terlupa wajahnya, Wajahnya seorang bapa, yang aku rindui setelah bertahun tahun lamanya terpisah sejak aku dihantar ke rumah mak untuk dijadikan anak angkat..Mengalir air mata aku saat aku dipeluk, erat aku membalas pelukannya,.. Aku meluahkan yang aku amat merinduinya...lama kami berbual bual, dan aku berkata padanya "Adik nak ikut Babah balik boleh?" dengan harapan Babah berkata boleh tapi yang aku dengan perkataan hampa dan kecewa,.. Aku merajuk dan menangis, Babah berkata pada aku, "Nanti Babah datang ambil adik ok?? ni Babah nak bagi sesuatu,", Babah menghadiahkan aku sebuah handfhone nokia 3310... Terukir senyuman diwajah aku saat itu,..
Babah berada di rumah mak sehingga malam, dan akhirnya Babah meminta izin aku untuk balik kerana Babah kerja esoknya.."Babah janji nanti Babah datang balik ambil adik tau"kata aku padanya, "Iya Babah janji Babah datang ambil adik ye sayang intan payung Babah ni," Sambil diusapnya kepala aku yang ketika itu masih kecil.. Aku melihat Babah menaiki kereta dan meluncur pergi.

Lama penantian aku menunggu Babah mengambil aku, akhirnya ketika usiaku 14tahun, Babah datang kembali mengambilku dari rumah mak,ketika aku ingin pergi mengikut Babah,kulihat wajah mak sayu dan kulihat mak menangis dipintu, "Maaf mak Qila nak membesar dengan Babah pula.. InsyaAllah Qila akan kembali pada mak" kataku dalam hati...

Ketika di dalam perjalanan ke Pulau Pinang, Babah berkata pada aku, "Adik nanti kat penang Babah bawak adik round penang ok, sampai sana nanti kita pi makan laksa penang piau punya, lepas makan laksa kita pekena pulak rojak kat Padang Kota ok??" "Ok Babah" jawabku...
Sambil aku dan Babah bersembang, Babah memberitahu pada aku yang Babah akan masukkan aku ke sekolah lama Babah, aku kusyuk mendengar setiap butir perkataan yang Babah ucapkan, aku nak buat satu journal mengenai aku dan Babah, supaya aku takkan lupa apa yang Babah katakan pada aku..Setelah sekian lama aku terpisah darinya kini aku dapat bersembang lama dengan nya kerana kini aku akan berada di sisi Babah..

Sesampainya di rumah Babah di Pulau Pinang, Babah berkata pada aku, "Ok sampai dah kat rumah Babah," katanya padaku, "Wah cantiknya rumah Babah", walaupun tak sebesar rumah mak tapi sudah memadai untuk aku..Babah menunjukkan bilik aku,. Cantik dan kemas, aku suka akan dekorasi yang ada dalam bilik tersebut.. "Ok adik rehat dulu ya, malam ni kita makan kat luar, Babah nak bawa adik jumpa seseorang," kata Babah sambil tersenyum lebar dan mengenyit mata pada aku.. "Ouk Babah" Dari pada cara aku melihat Babah, mesti Babah nak bawa aku berjumpa dengan buah hatinya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience