Rate

**chapter 2**

Family Series 1925

Jam tepat menunjukkan pukul 8.30 malam, tiba-tiba Babah mengetuk pintu bilik berkata, "Adik jom kita keluaq makan nak dak??"Ajak Babah," "ok jom lagipun adik memang dah lapar ni" jawabku, "ok kalau macam tu adik pi siap naih Babah nak pon nak siap jugak ni" "ok Babah".....

"hmm elok jugak baju ni," kataku dalam hati, sambil itu aku mengambil handfhone ku dan keluar dari bilik. "Babah adik dah siap ni Babah tak siap lagi ka?" "kejap Babah dok cari kunci kereta ni, mana Babah letak tadi,adik nampak dak ?" "Babah sangkut kat belakang pintu ni?" jawab aku , "Tu lah lupa dah Babah letak mana, haishh dah jom jom", kata Babah.. Ketika dalam perjalanan aku ada bertanyakan tentang mama, tapi Babah cuma diam dan berkata pada aku, "adik dah besar, dah ada kerja, dah senang nanti adik cari mama ya.. Bukan Babah taknak bagi tahu adik kat mana mama tapi Babah rasa tak perlu untuk Babah sembangkan hal ni,Babah taknak ingat dah masa lampau Babah yang perit dulu.." Aku mengangguk faham dan aku takkan soalkan lagi tentang mama,..

Akhirnya kami sampai ke kedai makan tersebut, cantik kawasannya, siap ada tempat untuk berkaroke lagi, selalunya kalau nak karaoke mesti akan pergi karaoke di tempat tempat yang dikhaskan, tapi kali ni boleh karaoke di tempat terbuka macam ni, ramai yang naik ke pentas untuk bernyanyi..Aku berjalan perlahan ke arah meja,tiba tiba aku di sapa oleh seseorang, "Hai hampa Qila kan?"tanyanya, "ya saya Qila" "kami Tisya, salam kenal ngan hampa" "salam kenal jugak "jawabku sambil senyum padanya.."Adik dah jumpa dengan anak kawan Babah ya, " tanya Babah kepadaku, aku hanya mengangguk sambil senyum,.. Tak lama setelah itu aku melihat seorang wanita sedang berjalan sambil tersenyum kearah aku dan Babah, kulihat Babah tersenyum lebar, sambil berkata padaku, "Adik ni lah kawan Babah" Babah mengenalkan kawannya pada aku, Manis orangnya, lemah lembut. Kami semua duduk di satu meja yang sama, ketika Babah sedang borak dengannya tiba-tiba Tisya bertanya pada aku, adakah aku setuju kalau dia jadi Kakak tiri aku, Terkejut juga aku dengar, tapi aku cuba untuk tak bertanya pada Babah. Tapi secara tiba-tiba Babah memegang tangan aku dan berkata yang dia akan berkahwin dengan wanita yang ada dihadapan aku, aku rasa macam aku ditinggalkan ke belakang sendirian, tapi aku taknak Babah sedih dan aku bersetuju kalau Babah nak berkahwin dengan wanita tersebut.. Bila saja aku memberitahu Babah yang aku bersetuju, Babah tersenyum seperti tiada hari esok untuk tersenyum lagi..

Aku tersentak dari lamunan di koridor rumah Babah, "Kenapa sorang-sorang kat sini?" tanya umi pada aku, "Tak ada apa umi, bulan malam ni cantik sangat tu yang Qila ada kat sini nak tgok bulan" kataku sambil tersenyum kearahnya... "terima kasih sebab terima umi sebagai ibu baru Qila," katanya pada aku, "umi, Qila cuma nak tengok Babah bahagia, kalau Babah bahagia, Qila pun bahagia." kataku... Umi tersenyum melihatku sambil mengusap kepala ku seperti Babah selalu buat kepadaku bagiku tak la teruk sangat bila ada ibu tiri, mungkin nasibku lebih beruntung kerana mempunyai seorang ibu tiri yang baik,menjaga aku dan menjaga Babah dengan baik, dan aku bersyukur kerana aku mempunyai seorang kakak tiri yang agak juga baik walaupun kadang kadang suka sangat dia buli aku tapi tak lah seteruk yang aku bayangkan, walaupun dia selalu buli aku tapi dia juga selalu menjaga aku, aku teringat ketika aku keluar dengan Tisya kakak tiri aku, ada orang cuba menganggu aku, dia lah yang jadi pelindung aku, bukan bermakna aku lemah tapi dia yang terlalu melindungi aku, jadi aku tak hairan kalau dia membuli aku. Tapi semua ni tak lama.. Ketika Babah dan umi keluar untuk menghantar Tisya ke kelas tuisyen, mereka terlibat dalam kemalangan dan secara mendadak aku tinggal sendirian..
Andai kata aku mengikut mereka pasti aku takkan sendirian seperti sekarang.

Tanpa aku sedar, dah 5 tahun aku sendirian, aku dah pun dewasa dan mampu untuk berdikari, aku kini bekerja di sebuah kilang di Penang. Di sini aku berkenalan dengan seseorang Aryan namanya, aku mula jatuh hati padanya tanpa aku mengetahui dia juga menaruh perasaan pada aku..Setiap kali habis kerja dia akan selalu mengajakku makan di luar, katanya nak meluangkan masa dengan aku. Mungkin dah memang takdir aku dengannya, aku dan dia bercinta tak lama kemudian kami berkahwin.

Tahun pertama perkahwinan kami amat bahagia dan sangat bahagia, keluarga nya juga baik pada aku, kakak dan adiknya juga baik terhadap aku, oleh kerana dia mampu untuk menanggung aku, maka aku berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sepenuh masa, masa berlalu dengan pantas, ku sangkakan panas hingga ke petang, rumah tangga kami bergelora , aku tak tahu apa puncanya, dia semakin dingin dengan ku, mula naik tangan padaku, mula memukul mukul aku, malah dia sudah berhenti memberikan aku duit belanja dapur serta duit nafkah seperti sebelum sebelumnya..Aku masih sabar dan masih setia berada disampingnya namun dia masih tetap dengan sikap yang sama.. Suatu hari aku jatuh sakit, demam yang agak panas, dia menghantarku ke klinik dan setelah aku diperiksa oleh dokter, rupanya aku hamil 4bulan, Alhamdulillah tak lama lagi aku akan bergelar ibu dan suamiku akan bergelar bapa, tapi dia tak menunjukkan yang dia seronok memdengar khabar berita yang baik tersebut, semasa di dalam kereta kami diam seribu bahasa, aku mulai menanyakan padanya "Abg tak lama lagi kita akan menimang cahaya mata, Alhamdulillah seronoknya saya" "Hang ingat seronok ka ada anak ni, tanggungang makin tinggi, dah la ekonomi makin naik sekarang ni hang pulak boleh seronok mengandung, aku nak hang gugur anak tu," katanya padaku.. "Abang anak ni pembawa rezeki, sampai hati abang nak saya gugurkan anak kita" "yelah tu anak kita, ntah ntah anak jantan mana tah yang ada dalam perut hang tu, lepas tu hang claim kata anak aku" berdesing telinga aku bila dia berkata begitu padaku, Kami bergaduh besar ketika di dalam kereta.. Sesampai dirumah, aku mengambil beg dan mengemas barang barang aku,.aku tak mampu dengar bila dia menghina aku dan bayi yang aku kandung.
Ketika dia melihat aku mengemas pakaian dan barang barang aku, dia menjerit pada aku dan berkata "Hang perempuan yang paling celaka yang pernah aku jumpa,menyesal aku kawin dengan hang, menyesal aku ambik hang jadi bini aku perempuan sundal" katanya pada aku..
"saya tak faham kenapa abang benci saya secara tiba tiba,. Apa salah saya?? Abang tak nak saya kerja saya berhenti kerja, saya penuhi segala keperluan abang, saya tak pernah tak jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri abang, anak dalam kandungan ni anak abang bukan anak orang lain Demi Allah ini anak abang, tapi saya tak faham kenapa abang benci sangat dengan anak ni,.. Ni rezeki yang Allah berikan pada kita, orang lain bertungkus lumus nak kan anak tapj abang boleh suruh saya gugurkan anak ni.. Saya takkan buat sedemikian.." balasku, secara tiba tiba dia menampar ku dan menolak ku ke dinding lagu di menumbuk perut ku dan dia menumbukku di bahagian dada dan bahu, terjelupuk aku jatuh sambil memegng perut ku, sakit yang kurasakan tidak sesakit hatiku yang telah hancur berkecai, lelaki yang aku anggap sebagai pelindung tetapi sebenarnya dia lah lelaki yang membinasakan aku, perlahan aku bangun mengambil beg dan berjalan keluar dari rumahnya, tetapi belum sempat aku sampai ke pintu rumah, dia menarik rambut ku dan menampar aku berkali kali, menangis aku kesakitan, aku terjatuh lagi akibat ditolak olehnya. Dia berkata kepada aku, "diam,kalau tak aku bunuh hang, diam aku kata diam, diam lah bodoh la hang ni diam" dia bangun dan terus ke dapur, dengan sekuat tenaga aku bangun dan berlari, aku capai beg di lantai dan kunci kereta di atas meja, aku lari sekuat tenaga menuruni anak tangga dan sesampai di garaj, terus aku masuk ke dalam kereta, aku melihat di kaki ku darah banyak keluar , "Ya Allah selamatkan anakku" aku merasa sangat sakit dibahagian perut ku.. Kulihat ke arah cermin sisi dia berlari ke arahku sambil memegang pisau ditanganya, "buka pintu kereta ni buka.woi perempuan buka pintu kereta aku kata, woi" belum sempat dia nak pecahkan cermin tingkap aku sudah pun menekan pedal minyak meninggalkan dia sendirian dirumah..aku melihat dia seperti orang kerasukan namun aku tak mampu kalau aku perlu lihat jasad aku sendiri kaku ditangan lelaki sepertinya..

Aku pergi ke hospital swasta dan aku ditahan di ward selama seminggu,. Dan selama seminggu itulah aku mengenangkan arwah Babah , umi dan kakak tiriku Tisya.. Betapa aku amat meri dui mereka, aku merindui mereka sangat sangat..menangis aku , dalam kesedihat tersebut, Alhamdulillah Allah menyelamatkan bayi yang berada di dalam kandungan aku, segala bukti bekas pukulan yang telah aku terima, aku nekad untuk berpisah dengan suamiku, bagi ku cukup lah aku menghadapi segala pukulan,hinaan yang aku terima.. Jika dia menghina aku , aku mampu bersabar tapi jika dia menghina anak yang aku kandungkan ini, itu bukan lagi sabar yang mampu aku tanggung..

"Hang dari mana Aryan ? " tanya ibunya, mana bini hang, hg tak bawa ka?? "Buat apa aku nak bawa perempuan tu, kalau aku jumpa dia aku bunuh dia" katanya "tu la hang bagi muka sangat ngan bini hang, awat dia lari dah ka dari hang, hmm lari ikut jantan la tu, hang tu sikit punya baik ,ni keluarga kita ni sikit punya alim baik tapi hang dapat bini hampeh, apa macam tu malukan keluarga ja.. Hang cerai ja dia, buat apa simpan perempuan macam tu, perempuan tak dak maruah" kata kakaknya kepadanya..ibunya menyampuk pula, "aku ingat baguslah jugak dapat menantu macam tu tak kusangka menantu hantu rupanya"
"dah dah diam aku tak mau dengaq semua tu dah, la ni aku nak carik dia, dah seminggu dah ni aku tak jumpa dia" kata Aryan, "hang tak yah dok peduli kat dia, ni mak nak mintak duit sikit nak beli barang kemas mak lusuh dah ni, lagi pun mak nak pergi dengan anak cik Nah hang si Atin tu, elok dah besaq dah tau dah anak dia, kalau jadi bini hang pun sesuai, lagi pun hang kan laki boleh kawin ramai koata hang ada lagi 3 kan lagipun tak luak lah duit hg tu, " kata ibunya "ibu, duit yang ada tu bukan duit Aryan tau, tu duit Qila duit, semua yang da la ni semua harta Qila ibu tau dak." kata Aryan kepada ibunya, "kalau ya pon kedekut dengan ibu sendiri tak payah lah sampai kata lagutu, habis tu kalau semua harta tu harta Qila hang ada apa takkan hang bawak teloq ja" sampuk kakaknya sambil mengerling ke arah nya..." ah dah lah" katanya, "Aryan, ibu nak pi tinggai kat rumah hang sat boleh dak???. Ibu nak tukaq angin sat la." tanya ibunya, lalu Aryan memberikan kunci rumah kepada ibunya..

"Allah tertinggal dokumen penting di dalam bilik nak tak nak kena balik juga rumah ambil dokumen tersebut" bisik aku dalam hati, tak pun apa kata aku upah dua orang untuk iring aku, risau jugak aku kalau dia ada kat rumah tak pasai pasai aku kena belasah lagi teruk sebelumnya, aku kena kuat sekarang, kena jaga diri aku lebih lagi sebab sekarang aku dah ada seseorang dalam diri aku.. Sesampainya aku di rumah aku melihat keluarga mertuaku ibu dan kakaknya ada di rumah ku, "aih baru reti nak balik ka selama ni pi tidoq rumah jantan mana??" kata ibunya, aku tak pedulikan apa yang mereka ingin katakan padaku, aku dah tak kisah pada mereka,. Tiba tiba Aryan muncul itu pun kerana kakaknya menghubungi nya.. " Sayang abang minta maaf sebab buat sayang macam tu kita mulakan hidup baru bersama bayi kita ya.." kata Aryan kepadaku, "Maaf abang, saya tak nak dah hidup dengan abang, saya tak sanggup serahkan diri saya pada lelaki macam abang, saya nekad, lebih baik kita pisah saja, saya tak nak tanggung luka dan seksa yang dah abnag berikan pada saya,." kataku padanya "Bagus jugak tu kalau hang pisah dengan bini hang ni Aryan, ramai lagi anak dara nak kat hang, " kata ibunya pada nya , kini aku tahu mengapa sikapnya berubah dan dia dah tak seperti dulu lagi.."beginilah Abang,lebih baik abang lepskan saya dengan cara baik sebelum saya tunjuk bukti bukti dimahkamah nanti, dan saya boleh buat report atas kekasaran yang telah abang lakukan kepada saya" kataku pada Aryan.. Aku dapat lihat ketakutan di muka suami ku diatas segala apa yang telah dilakukan kepadaku,..
"Amboi sedap hang nak buat report bagai awat anak aku buat apa kat hang sampai hang nak report bagai tu... Kalau setakat pukul tampar semua tu apa lah sangat ibu pun dulu macam tu jugak dengan abah nya Aryan" kata ibunya membela anak kesayangannya, "ouh patutlah Abah ceraikan ibu dengan talak tiga kan, rupanya sikap ibu macam ni, dan sekarang perangai buruk ibu turun kat anak kesayangan ibu ni kan?" jawabku agak kasar terhadap ibunya namu aku tak mampu pendam kan lagi apa yang hati aku rasakan. Dah sampai masa untuk aku lepaskan apa yang hati aku pendamkan.."Jangan kurang hajar dengan ibu " kata Aryan kepada ku, " kalau tak nak saya kurang hajar dengan ibu awak, lebih baik awak lepaskan saya dengan cara baik atau awak tahu apa yang mampu saya buat" jerit aku padanya.. "ceraikan je dia Aryan nanti kakak boleh cari baru kat hang, setakat pompan sakai macam ni biar dia merempat keluar dari rumah ni, biar dia tahu" kata kakaknya kepadanya.. " Baiklah kalau tu yang hang nak.. QILA AKU CERAIKAN KAU TALAK SATU" kata Aryan kepada ku.. " Terima kasih Aryan, halalkan segala makan minum saya selama saya jadi isteri awak, dan saya takkan halang kalau awak nak jumpa anak awak nanti" kataku padanya.. " apalagi berambus lah dari rumah anak aku ni" kata ibunya,. "sejujurnya ini rumah saya bukan rumah Aryan" kataku pada ibunya..
" Aryan betul la apa yang dia cakap ni.?" tanya kakaknya... " ya Kak ni rumah Qila semua nii dia yg punya, dah jom balik" kata Aryan kepada ibu dan kakaknya...

Masa berlalu dengan begitu pantas, kini anak ku Suraya dah berumur 3tahun, segalanya menjadi lebih baik dan bahagia setelah dari perpusahan yang berlaku antara aku dan Aryan, Aryan pun kini setiap minggu datang untuk.bertemu dengan anaknya, pernah juga Aryan mengajakku untuk kembali kepadanya namun aku lebih tegas untuk sendirian membesarkan Suraya. Aku tak mahu sakit lagi, aku tak mampu untuk menerima segala kesakitan lagi, Kini aku lebih bahagia dengan cara aku bersama anak aku Suraya..

Menjaga hati sendiri mungkin lebih baik daripada menjaga hati orang lain, menjaga keperluan diri sendiri lebih baik dari menjaga keperluan orang lain yang hanya datang cuma untuk menyakitkan lagi diri sendiri.serta hati..


**TAMAT**

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience