BAB 02'

Romance Series 5370

SMK Bukit Indah ..
1.10 petang

"Selamat petang semua"Megat Uswar tersenyum melihat anak muridnya itu saat dia melangkah masuk ke kelas tersebut. Uswar memerhati gelagat pelajarnya yang macam-macam pe'el itu. Ada yang tengah study, ada yang baru bangun tido, ada yang tengah makan, ada yang belek muka kat cermin.

"Selamat petang sir.. " laungan penuh semangat sebagai tanda hormat dari kelas 5pintar itu setelah melihat cikgu Matematik itu tiba di hadapan kelas mereka. Pe'el macam nakal tapi cikgu tetap hormat okey.

"Okey hari saya akan sentuh subtopic kedua dalam tingkatan5. tapi sebelum itu kalau di antara awak semua yang tak faham dengan topik sebelum ni boleh jumpa saya secara personal di bilik guru atau minta kawan-kawan yang faham untuk ajarkan" Uswar memerhati pelajar yang berada dihadapannya..

"Baik sir......"

"Saya akan edarkan formula dan juga contoh jalan pengiraan untuk topik Matrik dan boleh buka buku teks muka surat 97 sebagai rujukan"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kring...kring....

1.50 petang

"So latihan untuk harini soalan 1 a,b,c,g,h,I soalan 2 a hingga f dan soalan 4 e,f,g,k,l,m.. saya harap lusa semua kumpul dan hantar kepada saya dan jangan ada yang mengelat ye" (dulu author selalu kena macam ni..hahaha dan author x pernah siapkan) ??

Uswar mengemas meja guru dan terus melangkah keluar dari kelas selepas ucapan terima kasih diberikan namun langkah kaki Uswar terhenti apabila salah seorang pelajarnya memanggilnya...

"Sir betul ke saya dengar yang bulan depan cikgu kena transfer ke sekolah lain??" Pelajar bernama acap itu menyoal dengan tiba-tiba..

Terus hening suasana yang tadinya riuh rendah dengan suara gelak ketawa dari kelas itu...

Uswar pula terkejut saat mendengar soalan itu.. "Awak dapat mana berita ini acap??" Soal Uswar pelik..

Yelah setahu dia, berita tentang pertukaran ke sekolah lain tersebut tidak dihebohkan lagi dalam kalangan pelajar bahkan rakan guru-gurunya hanya pengetua dan pentadbiran je yang tahu... Tengku Usnika dan Megat Ismail pun tak tahu lagi ??

"Erm... Ermm... saya terdengar masa lalu depan bilik cikgu Azri 2minggu lepas..." acap berkata dengan serba salah namun dia inginkan kepastian sebab dia sayangkan sirnya itu. dulu dia memang tak pandai matematik namun setelah sir Uswar masuk mengajar dia menjadi semangat dengan kata-kata dari gurunya itu sehingga dia mendapat markah yang memberangsangkan ketika di tingkatan4..

"Betullah tu apa yang awak dengar Innsyaallah bulan ini adalah minggu terakhir saya mengajar awak semua. saya harap awak semua dapat hadir ke sekolah pada minggu-minggu terakhir saya ni" Uswar berkata...

Kata-kata uswar telah mengundang kekecewaan dari pelajarnya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Punyalah selama ni semua bersemangat datang sekolah sebab nak usyar cikgu Matematik tu hahahaha ...

Nak kata apa lagi kalau muka dah handsome, bujang pulak tu tambah lagi extra hot dan kaya walaupun umur nak masuk angka 30 ... siapa je tak suka betul ke idok..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

SMK Teratai
3.30 petang

Damia !!!!!!
Damia yang ketika itu tengah menyorong basikal cabuknya terkejut dengan sergahan tersebut dan hampir- hampir terlepas basikal dari pegangan tangan..

Allahhhhh

"Ape ni Izara Uiska, adab mana adab?? Kau nak tengok aku mati terkejut ke?? Sesuka hati nak sergah aku macam tu nasib takde sakit jantung..." Terjeling mata Damia melihat kawannya itu...

Tengku Izara Uiska... Itulah satu-satunya kawan yang sudi untuk mendekatinya semejak di tingkatan 3 sebelum kemunculan Izara, aku selalu berseorangan, orang menjauhi aku kerana martabat dan keadaan aku yang serba kekurangan ni.. Rupa?? aku boleh diketogerikan perempuan Melayu kampung-kampunglah.. Cuma hidung mancung sikit, bulu mata melentik dan mempunyai lesung pipit sebelah kanan.. itu pun sebab arwah atuk kawin dengan orang Thailand so cucu dia rapat yang ala-ala mix lah.. hahahaha

"Sorrylah Mia, aku teruja ni rasa nak jerit-jerit je sebab tu aku aku sergah kau nak cerita ni" tersengih Izara melihat kawannya itu...

Rasa nak cubit-cubit je minah ni.. Tersengih-sengih pastu dok peluk aku macam bantal... "Kau asal zara, nenek kau ajak balik Kuala Lumpur ke?? atau crush kau balas surat cintan cintun kau bagi tu?? Lain macam kau punya teruja tu" soal Damia panasaran...

Lupa nak bagitahu Izara tinggal dengan neneknya di kampung ni sejak Tengku Maimunah atau dikenali Nek Mah kematian suami 3 tahun lepas.. terus diajak cucu perempuannya untuk tinggal sekali...Macam mana dia tahu semua ni?? Dia sudah biasa singgah dan tidur di teratak Izara yang terletak di atas Bukit tu so tahulah serba sedikit pasal keturunan Izara... ehekkk

"Eiiiii nak tunggu si Aniq balas surat aku sampai aku beranak pun dia tak balas.. tapi ni pasal Abang sulung aku yang duduk dengan family aku kat KL tu. dia bagitahu nenek yang dia nak pindah duduk sekali dengan aku dan nenek dan yang penting dia akan mengajar di sekolah kita nanti wehhh !!! Bestnyaa" Terselah muka keterujaan Izara...

Aku tergamam dengan kenyataan tersebut.. "dia pindah sini??!!!!"

#Vote n comment ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience