BAB 03'

Romance Series 5370

"Dia pindah sini ??!!"

Kata-kata Izara masih kedengaran di telinga aku walaupun kejadian itu berlaku petang tadi..

"Megat Uswar b Megat Ismail pindah sini?? Okey Damia cool je dia bukan kenal kau pun, kau je tercrush kat Abang si Izara sebab tengok gambar family Izara kat dinding rumah.." omel Damia keseorangan dah macam orang gila...hahaha

Memanglah dia pemalu dengan lelaki terutama nak bercakap dengan kaum adam sampai boleh tergagap-gagap cuma bila dia terpandang gambar Uswar dia jadi penasaran sebab tu setiap kali jejak kaki ke rumah tersebut dia akan melihat gambar lelaki itu sampai pernah di tegur oleh Izara dan Nek Mah..

"Damia tutup lampu pastu tidur dah tengah malam!! Buat ape berjaga tu?? Esok nak sekolahkan" Tersentak Damia mendengar suara Mak kiah..

"Iye...iye.. nak tutup dah ni.." mata aku terus melihat jam loceng berwarna merah yang berada di atas meja belajar ...

"Allah, aku punya pikir apa sampai 2jam ni.. Dahlah esok sekolah.."Penangan anak Megat dan Tengku tu buat aku gile dah. Damia bangun menuju ke arah pintu bilik, niatnya ingin ke tandas dan dapur.. tabiat dia sebelum tidur mesti kena gosok gigi, cuci muka, ambil wuduk dan minum air kosong dulu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

POV ~~ Megat Uswar

"Kenapa Uswar buat keputusan tak bincang dengan mama papa dulu? Memandai tukar tempat kerja kenapa? Dah tak nak duduk dengan kami ke?" Tengku Usnika menyoal anak sulungnya itu. Geram, sedih bercampur gaul sekarang.

Sememangnya, bukan hal besar tapi kalau dah nak pindah keluar duduk kampung yang jauh tu nanti tinggal dia dan suami di rumah bersendirian. Anak-anak yang lain semua berjauhan..

"Us nak cari pengalaman mama, nak hirup udara segar pula, nak elak jem semua.." us memberi alasan. Wajah menunduk tidak sanggup memandang mamanya yang berada di depannya itu.

YUP SEMUA itu alasan yang di rekanya. Dia tak sanggup lagi nak duduk di sini. Dia perlukan udara, udara yang tidak melukakan hatinya.. Lagi pun udara kampung dapat tenangkan jiwa.

"Nak elak jem konon, Us ingat mama ni bodoh ke? Us buat ni sebab perempuan tu kan?" suara Tengku Usnika sudah meningkat hampir menitis air matanya.

"Mama kena faham Us, benda ni lagi sakitkan hati Us. Dia satu sekolah dengan Us. Uswar dah lama mintak pertukaran sekolah ni tapi pengetua tak bagi sebab dia nak Uswar naikkan prestasi matematik kat sekolah ni. Please mama, faham Us. Uswar janji akan selalu balik jumpa mama papa." Tangan kanan di naikkan selaras bahu ibarat mengangkat sumpah..

Terdiam Tengku Usnika mendengar penjelasan anak sulungnya itu. Apa yang boleh dia lakukan. Pertukaran pun telah diluluskan, nenda di kampung juga telah Uswar maklumkan, nak marah sayang tapi bila tak marah buat keputusan ikut kepala masing-masing..

"Nak buat macam mana, semua dah selesai tunggu tarikh je kan. Dah balik kampung nanti jangan lupa balik sini. Nanti mama rindu Us" menitis juga air matanya itu. Siapa tak sedih, dulu si kembar dan anak perempuanya tinggalkan dia pun seminggu air matanya mengalir. Ingatkan Us kekal tinggal dengannya boleh buat ubat kerinduan yang mengunung buat anak- anaknya tapi nampak gayanya semua ade hala tuju masing-masing.

Uswar janji dengan mama nanti Us selalu balik sini jumpa mama papa dengan adik sekali Us heret. Dekat je Kelantan tu dari sini mama. Terima kasih mama" Terus badan Tengku Usnika dipeluknya ketat.

"Haa kan bagus macam ni.. kalau tak suara tu macam bertih jagung je. Membebel je kerjanya pastu menangis. Macam budak-budak" Megat Ismail bersuara selepas melihat pertelingkahan dua beranak itu. Dia bukan tak nak masuk campur cuma dia fikir anak-anaknya semua sudah meningkat dewasa. Apa salahnya bagi mereka berdikari sendiri.

"Eh awak tu bukan nak menolong saya. Mulut tu baru nak bersuara ke? Baik senyap sampai cerita ni habis.." Jelingan Tengku Usnika terus kecut perut Megat Ismail..

"Bukan tak nak tolong cuma saya suka tengok awak marah nampak comel" (Tiber) Sakat Tengku Ismail

Gatallll ......

"HAHA HAHA HAHA HAHA" pecah perut Megat Uswar gelak melihat gelagat papanya memujuk Tengku Usnika. Aduii cutenya papa mama ni.

Vote n comment ??????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience