SR 1-Siti zabedah binti kassim

Fantasy Series 2098

Siti zabedah binti kassim, anak tunggal pasangan haji kassim dan hajah siti zaleha. Keluarga paling kaya di kampung cenderakasih. Siti zabedah menyukai mustafa bin daud, salah seorang pekerja di ladang bapanya, namun Akibat kedudukan taraf keluarga yang tidak sekufu, siti zabedah di tunangkan bersama hashim bin halim. Anak orang kaya dari kampung sebelah, iaitu kampung cenderawasih.

Mustafa: siti tetap mahu berkahwin dengan hashim?.

Bedah: siti terpaksa, ini arahan ayahanda dan bonda, jika tidak siti akan dihalau keluar dari rumah dan hidup merempat diluar.

Mustafa: abang boleh jaga siti.

Bedah: apabila siti sudah dihalau keluar abang juga akan di berhentikan kerja, lantas apa yang kita ada untuk menanggung keluarga kita nanti, untuk meneruskan hidup.

Mustafa: rezeki Allah masih banyak di luar sana, apa mungkin siti sendiri tak sanggup untuk hidup susah bersama abang.

Bedah: kita perlu realistik, siti hidup sebagai puteri dari lahir lagi, siti tak biasa hidup susah, apa jaminan abang siti tidak akan hidup susah jika abang diberhentikan kerja oleh ayahanda siti
Mustafa: tetapi abang tak sanggup untuk berpisah dengan siti dan abang juga tak mungkin dapat melupakan siti.

Bedah: apa kata kita satukan anak pertama kita.
Mustafa: ya, abang setuju.
Maka perkahwinan di antara siti zabedah dan hashim dilangsungkan dalam satu upacara gilang gemilang, 5 ekor lembu tumbang dan hampir 100 ekor ayam di sembelih beserta 50 kampit beras 10 kg untuk dijadikan juadah menjamu kunjungan jemputan yang terdiri daripada penduduk 2 kampung yang berjiran...
Mereka hidup rukun dan damai, hashim mewarisi harta peninggalan bapanya yang terbunuh dalam nahas jalan raya, ibu dan bapa hashim mengikuti satu rombongan bercuti ke kota. Bas yang mereka naiki terbalik ke dalam sebuah gaung dan bas itu terbakar. Tiada mangsa yang selamat, bomba menemukan hampir 50 rangka manusia yang sudah hangus terbakar di dalam rangka bas yang hangus dijilat api. Sebagai anak sulung, hashim mewarisi kesemua kekayaan keluarganya. Tanah² dan wang emas. Hashim dan zabedah menimang anak pertama setelah usia perkahwinan mereka 5 tahun. Diberi nama siti aqilah, anak kedua mereka lahir 2 tahun kemudian diberi nama siti zulaikha. Siti zabedah hidup bahagia bersama suami dan anak anaknya. Malang nasib siti zabedah kerana suaminya hashim di sahkan menghidap kanser limfoma.
Wang yang banyak tetap tidak boleh membeli kesihatan. Hashim meninggal dunia bila sel sel kanser merebak ke seluruh tubuh. Siti zabedah membawa anak² tinggal bersama ayahanda dan bondanya. Tuan haji kassim berusaha mencari kembali bekas pekerjanya mustafa untuk di satukan bersama siti zabedah namun rancangan haji kassim gagal apabila mustafa sudah memperisterikan sepupunya che hasnah.

Tiada siapa dapat menduga takdir hidup sendiri, tuan haji kassim dan isterinya hajah siti zaleha di rompak dan ditikam sehingga mati ketika kejadian rompakan tersebut. Siti zabedah berdukacita bila sudah kehilangan suami dan kedua ibubapa tercinta.
Sebagai anak tunggal, kesemua harta ibubapa menjadi milik siti zabedah, harta milik suaminya juga sudah jatuh kepada siti zabedah. Siti zabedah langsung tidak memikirkan untuk mencari pengganti suaminya, hartanya cukup banyak sehingga mampu menampung 7 keturunan tanpa perlu bekerja.

Siti zabedah ingin membuat wasiat awal kerana bimbang usianya tidak panjang, oleh kerana siti zabedah tidak mempunyai anak lelaki, dan dia risau hartanya dibolot oleh menantu menantunya maka siti zabedah mewasiatkan seluruh hartanya kepada cucu lelaki. tetapi jika tiada cucu lelaki, maka pada usia cucu perempuan nya mencapai umur layak untuk berkahwin, barang siapa yang berkahwin dahulu, bakal mewarisi seluruh hartanya tetapi ada satu lagi syarat tambahan disertakan. Calon suami itu hanyalah daripada keturunan yang siti zabedah pilih. Siti zabedah langsung tidak akan mendedahkan keluarga keturunan pilihannya sehingga ke satu masa yang sesuai.

Pengumuman mengenai wasiat akan dibuat pada tarikh yang siti zabedah pilih nanti.

Siti zabedah membesarkan anak anaknya dengan segala kemewahan. Siti zabedah juga tidak melarang anak anaknya mencari jodoh masing-masing. Akhirnya siti aqilah bercinta dengan abdul aziz dan siti zulaikha berteman dengan mohammed zulfikri. mereka bertemu jodoh serentak dan membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinan bersama sama. Siti aqilah hamil terlebih dahulu dan melahirkan seorang anak perempuan yang comel bernama naila atikah binti abdul aziz. Siti zulaikha hamil selang setahun dan melahirkan seorang anak perempuan juga, diberi nama manisha anzalina binti mohammed zulfikri. nenda siti yakin rancangannya berjalan lancar untuk seketika, sekali lagi kebahagiaan siti zabedah diragut. kedua dua anak dan menantu²nya terbunuh ketika kapal terbang yang membawa 4 nyawa kesayangan siti zabedah itu bercuti ke indonesia jatuh terhempas dipulau sulawesi. Kejadian itu berlaku sewaktu naila dan manisha berumur 7 atau 8 tahun. Kini tinggallah nenda siti menjaga kedua dua cucu perempuannya dengan penuh kasih.
Ada pasangan suami isteri yang terpikat dengan kecomelan naila mahu mengambil anak itu sebagai anak angkat tetapi tidak dibenarkan oleh nenda siti.

kedua dua cucu perempuan nenda siti sangat berpelajaran dan kini memegang jawatan penting di syarikat milik arwah suami nenda siti. Naila atikah yang lebih tua menyandang jawatan ketua eksekutif operasi (CEO) , manakala manisha anzalina pula memangku jawatan pengarah kewangan. Naila dan manisha tahu mengenai wasiat nenda siti selepas ibu ibu mereka mendedahkan perkara itu sebelum mereka neninggal. Manisha kini sedang mencari jodoh yang sesuai untuk dirinya. Naila pula tidak begitu mementingkan soal harta dan cuma mahu memajukan lagi perniagaan mereka. Naila dan manisha memiliki raut wajah yang menarik tetapi rautvwajah Naila lebih lembut, fakhrul hazim yang baru bekerja sebagai pegawai audit di syarikat mereka jatuh cinta pada naila atikah. Hal itu mengundang cemburu di hati manisha kerana Memikirkan peluang naila untuk memiliki harta lebih tinggi kerana naila bakal berkahwin lebih awal daripadanya. Manisha, menggunakan kuasa sebagai ketua kepada fakhrul untuk menggoda fakhrul dan menggagalkan rancangan naila. Fakhrul yang sudah terpikat kepada kecantikan naila tidak mudah goyah dengan godaan manisha.

******
Manisha kini sedang mencari jalan untuk menghalang naila menjadi pewaris opah bedah.
Sewaktu sedang melihat lihat, jalan terbaik untyk menyingkirkan naila atikah, satuberita di google sangat menarik hatinya.

"thrown out of Saudi Arabia for being too handsome,".

Manisha: jadi kacak pun kena halau.. Hahahaha. DiBuang negara pun boleh, apa salahnya kita halau naila keluar dari rumah ni, betul tak , aku cuma perlu buat nenda benci pada naila dan semua harta aku yang punya.

Manisha masih ingat ketika umurnya baru 6 tahun

Siti Zulaikha : nisha.. Esok nisha dah masuk sekolah tadika. Mama mahu nisha belajar pandai pandai dan bolot semua harta nenda ok.

Manisha : ok mama.

Siti Zulaikha : nisha cuma perlu kahwin dulu sebelum naila ya sayang.

Manisha : ya mama, nisha boleh buat tu.

Manisha:mama.... , now nisha sudah 23 tahun dan naila 24 tahun, tapi nisha akan pastikan nisha yang kahwin dulu dan dapat semua harta nenda.

Published early sebab tadi mcm hem sgt, so bila dpt psluang masuk, che da published awal, selamat membaca, next chapter at 10 am. Ok...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience