SR 2- Old flame

Fantasy Series 2098

Mustafa bin daud, seorang anak muda yang gagah perkasa, keluar dari desanya, desa segantang padi menuju ke kampung cenderakasih kerana dia mendengar ada peluang kerja di ladang milik orang kaya tuan haji kassim.
Mustafa tinggal di rumah pekerja yang terletak di belakang rumah haji kassim.

Atas kerajinan mustafa, dia dinaikkan pangkat sebagai supervisor di ladang haji kassim. Pada hari sabtu minggu ini, puan hajah siti zaleha mengundang mustafa dan dua lagi pekerja lain untuk makan tengah hari dirumahnya,  mustafa terperanjat bila seorang gadis sebayanya yang sangat cantik rupawan membuka pintu tersebut.

Zabedah: ya, cari siapa?.

Mustafa : puan hajah zaleha mengundang saya dan pekerja ni semua makan tengahari  di sini.

Zaleha : siti... Siapa tu, kalau mustafa, yusof dan razali jemput  mereka masuk, bonda undang mereka makan tengahari dengan kita.

Zabedah: ya bonda... . SiapaNama awak?.

Mustafa : mus, mustafa.

Zabedah: nama kita bedah, kita sekolah di bandar, sekarang ni tengah  cuti pertengahan tahun.

Mustafa : oo begitu, awak cantik.
Zabedah: terima kasih.

Kassim: tak mahu masuk ke mustafa?, kenyang ke perut kamu tu menatap wajah saja begitu.

Mustafa : maafkan mus pak haji, mus terkejut, mus tak tahu tuan haji ada anak dara cantik.

Zaleha: duduk disini mus,... Makanan pun dah nak sejuk.

Mustafa : terima kasih puan.

Zaleha: bersopan sungguh mus hari ni. Ini anak tunggal kami mus, dia  belajar di bandar dan tinggal di asrama.

Kassim : umur kamu sebaya rasanya, kenapa kamu tak sambung belajar mus.

Mustafa :keluarga saya orang susah,  sebab itu saya keluar dari desa segantang padi ke kampung cenderakasih ni untuk mencari rezeki.

Kassim : itulah tujuannya menuntut ilmu, supaya dapat membantu keluarga keluar dari kemiskinan.

Mustafa : saya setuju,tetapi di desa segantang padi tidak ada sekolah sekular, cuma ada kelasmengaji quran sahaja, , kalau mahu belajar di bandar memerlukan belanja yang besar, ibu bapa, mus takmampu,

Zaleha: Inshaa Allah mus, duit bekerja ni kamu menabung Sikit sikit, supaya dapat kamu sambung belajar nanti.

Zabedah : betul tu  bonda. Cikgu siti cakap manusia ni belajar dari lahir sehingga ke liang lahad.

Kassim : sampai sudah x  siap mkn bila semua nak berhujah, yusof dan razali pun dah balik, tunggu mus lambat sangat. Mus lepas makan ikut pak haji sekejap , siti, tolong mak mengemas dapur ya.

Zabedah: baiklah.

Usai membantu bondanya mengemas, siti zabedah duduk di atas tangga dapur.

Mustafa perlu melalui dapur hajah siti zaleha untuk kembali ke pondok kediamannya.

Zabedah:yuhu..... Mus, sini la, zabedah menggamit mustafa.

Mustafa: eh, cik muda, buat apa ni,

Zabedah: siti tunggu mus la,

Mustafa : kenapa cik muda?.

Zabedah: jangan la panggil cik muda, panggil jer bedah kalau x suka nama bedah tu panggil siti ataupun sayang.

Mustafa : baiklah mus panggil siti ya, tapi depan tuan haji dan mak haji mus kena panggil cik muda.

Bedah : ala kenapa tak pilih nama sayang tu.

Mustafa : mus  ni kuli  siti, siti anak majikan  mus.

Bedah:  jadi kenapa ayananda panggil mus tadi?.

Mustafa : tuan haji tawarkan mus biasiswa untuk belajar di sekolah siti,  tetapi mus perlu jadi pengawal keselamatan siti  dan sesudah habis sekolah mus perlu bekerja tanpa gaji untuk setahun.

Bedah: menarik tawaran tu, mus terima ke tidak,?.

Mustafa : siti rasa patut tak mus terima.

Bedah: patutlah, kita boleh selalu berjumpa di sekolah.

Mustafa :  abang tak boleh terima, abang kerja dusini untuk menyara ibu dan adik adik abang, kalau abang nasuk sekolah, abang tak dapat terima gaji untuk di hantar ke  desa.

Zabedah : abang tak sayangkan siti?.

Mustafa : abang terpesona dengan kecantikan siti, tetapi untuk membayangkan hidup sebagai suami siti,  tidak sekali.

Zabedah: adakah abang sanggup lihat siti dimiliki oleh lelaki lain.
Mustafa : abang akan lebih gembira bila, melihat siti bahagia daripada hidup tersiksa dalam kesusahan dengan abang. Siti ialah puteri kampung cenderakasih.

Zabedah: kebahagiaan apakah jika tiada cinta, siti cintakan abang.

Mustafa : cinta tak mampu mengenyangkan perut, cinta juga tak mampu memenuhkan tempayan dengan beras.

Zabedah: adakah abang tahu, tuan haji halim sudah pun datang merisik siti untuk anaknya si hashim itu,
Mustafa : baguslah siti, hashim itu anak orang kaya. Dia ada kereta kura kura. Abang cuma pandai bawa kereta  sorong aje. Puteri cenderakasih akan bersatu dengan putera cenderawasih.

Zabedah : baiklah, siti sudah tetapkan hati untuk terima lamaran itu.

Mustafa : bila majlis perkahwinan itu akan di adakan adakan?.
Zabedah : apa bila siti selesai sahaja tamat peperiksaan MCE.

Siti kembali ke asrama selepas pertemuan mereka, mustafa yang sudah jatuh cinta perlu melepaskan pujaan hatinya kepada orang lain.
Tamat sahaja peperiksaan,MCE, majlis perkahwinan siti zabedah dan hashim pun berlangsung.

Mustafa mengambil cuti selama 2 bulan untuk balik berjumpa orang tuanya.
Selama di kampung, mustafa hanya termenung dan bersedih.
Aminah: mus, kenapa mak lihat kamu sedih sahaja.

Mustafa: kekasih hati mus di kahwinkan bersama orang lain mak, mus sedih kerana mus sangat sayang padanya.

Aninah: mak faham mus, tetapi dia memang sudah bukan jodoh mus, mereka orang senang, merak kayangan, kita ni gagak dirimba nak.

Mustafa : mus lebih rela jadi burung penguin, kalau tergolek boleh nampak sekejap hitam sekejap putih. Kalau gagak hitam semuanya.

Aminah: apa kata mus kalau mak pinangkan che hasnah untuk mus,

Mustafa : che hasnah tiada kekasih hati ke mak,?
Aminah:belum, tapi ada orang dari seberang mahu meminang, mak long kata x nak terima sebab jauh sangat.

Mustafa : baiklah mus setuju, demi maklong dan pak long.

Aminah: baguslah begitu, mak long sudah janji aturkan semua persiapan dan duit. Mus cuma bawa diri sahaja.

Mustafa : baik mak, mus ada sikit duit sdimpanan, cukup untuk mas kahwin tu mak, cuma duit hantaran mus tak mampu.

Aminah: hantaran tu cuma adat, mas kahwin tu wajib, mak long pun bukan nak jual anak. Petang ni mus pergilah jumpa hasnah tu dulu.

Mustafa : tak perlu jumpa mak, mus setuju. Mustafa dan che hasnah pun bersatu. Selepas kelahiran anak pertama, merekache hasliza, mustafa di kejutkan dengan berita kematian suami siti zabedah, tuan haji kassim datang mencari mustafa di desa segantang padi untuk di satukan bersama anaknya yang sudah menjadi balu.

Mustafa :tuan haji, maafkan saya saya sudah berkahwin dengan sepupu saya che hasnah dan ini anak saya che hasliza. Sudah berapa orang anak cik muda siti?.

Tuan haji kassim : dua orang, dua dua perempuan.
Mustafa :, oh, tak ada anak lelaki ya.

Kassim: kedua duanya perempuan.

Mustafa : dimana cik muda sekarang, dah lama mus tak jumpa dia.

Kassim: dia ada di rumah kami di kampung cenderakasih. Jom temankan pakcik balik.
Mustafa : sekejap ya tuan haji, saya nak maklumkan pada isteri saya.

Mustafa: ya, sayang, abang ikut tuan haji sebentar, petang ni abang kembali.
Che hasnah : ya, hasnah izinkan, kembali cepat ya bang.

Pergilsh mustafa bersama tuan haji kassim kembali ke kampung cenderakasih.

Kassim : assalamualaikum...?.

Zabedah : waalaikummussalam, eh ayahanda sudah pulang, jom kita makan, siti baru siap masak.

Kassim : kita ada tetamu ni siti.

Zabedah: tetamu, jemputlah tetamu ayahanda makan bersama sama ,

Kassim : siti tak kenal lelaki ini,?.

Siti zabedah mengecilkan matanya, cuba untuk mengamati tetamu ayahandanya.

Mustafa : lain sangat ke rupa abang, cik muda langsung tak dapat cam.
Zabedah: subhanallah, abang mus ke ni,?. Maaf kan siti, nemang tak dapat nak cam, dah lebih 5 tshun kita tak jumpa. Siti aqilah dan siti zulaikha berlari mengelilingi meja makan yang besar itu.
Zabedah:anak² jangan berlari lari nak, kita ada tetamu ni, salam pakcik.

Mustafa : dah besar pun anak² siti, comel comel kedua duanya.

Zabedah : anak abang pasti tampan bergaya seperti abang.

Kassim : tak tampan pun, tapi cantik.

Zabedah: oh, anak perempuan juga,?.

Mustafa : ya. Anak perempuan,
Zabedah : tak de rezeki kita nak berbesan.
Kassim: satukan cucu pun boleh.

Zabedah : betul juga tu, klu x dpt satukan anak, kita satukan cucu kita.

Mustafa : harap² umur kita panjang nak tunggu 20 tahun lagi.

Zabedah : semoga tak perlu tunggu 40 tahun abang mus.

Kassim: kalaulah ayahanda dulu satukan kamu berdua ayahanda percaya kamu semua dah hidup bahagia.

Mustafa : semuanya sudah disusun atur dengan baik.

Kassim: mustafa nak tak kerja sebagai pengurus
Ladang di sini. Umur pak haji pun dah lanjut, nak harapkan siti jaga ladang dia tak reti. Lagipun siti perlu uruskan syarikat arwah suami dia tu lagi.

Rumah di belakang tu sudah di baikpulih, bawa lah anak isteri tinggal disini mus

Mustafa : InshaaAllah, saya balik bincang dengan isteri dulu ya tuan haji.
Mustafa kembali ke kampung segantang padi.
Mustafa: tuan haji kassim tawarkan abang kerja sebagai pengurus ladang, rumah juga di sediakan, apa kata hasnah,?.
Hasnah: hasnah risau juga, dengarnya cik muda siti sudah menjadi balu, bagaimana kalau abang masih cintakan dia.

Mustafa : tak mungkinlah sayang, kalau abang mahu, abang sudah bersetuju dengan tuan haji kassim tapi abang tak terima pun.
Hasnah: hasnah akan benarkan jika abang betul. Magu kahwin dengan cik muda.

Selamat membaca..... Apa² komen n dan kritikan dialu alukan.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience