Rate

BAB 1

Romance Series 7659

"Eman, oh Eman. Sini kejap, aku ada benda nak cerita dekat kau ni". Laung Naqi pada seorang gadis yang berpewatakan lelaki.

"Hei, kenapa jerit-jerit ni. Malu orang tengok. Kau nak apa panggil aku ni?" Soal gadis itu .

Kedudukannya dengan kawannya itu tidaklah jauh mana. Jadi kenapa perlu keluarkan suara yang kuat.

"Eleh, macam tak biasa buat macam tu. Aku panggil kau ni sebab nak bagitahu good news dekat kau." Satu senyuman terukir di bibir Naqi. Terserlah kekacakannya.

'Baru aku perasan , yang kawan aku ni kacak juga ya. Untunglah perempuan yang dapat mamat poyo ni.'

"Erm apa berita gembira sangat tu? Sampai terjerit-jerit panggil aku. Cepat la cerita."

Eman bersoal ingin tahu. Apa berita yang gembira sangat tu, sampai sahabat baiknya itu happy semacam saja.

"Kau rasa?" Soal Naqi kembali.

Riak wajahnya tidak sabar menanti jawapan yang muncul dari mulut gadis itu. Sengaja dia menyoal kerana ingin menduga , adakah sahabat baiknya itu dapat meneka .

"Eh ditanyanya kita balik. Manalah aku tahu berita gembira apa yang kau tu. Cepatlah bagitahu, aku banyak kerja nak siapkan ni."

Tak kuasa dia nak bersoal jawab. Kerja yang menimbun sedang menunggunya untuk diselesaikan. Tambahan pula, bendera merah sedang menghantuinya. Jadi moodnya tidak berapa elok.

"Kerja tu nantilah siapkan. Kau dengarlah apa aku nak cakap ni. Kau kan sahabat aku dunia akhirat." Pujuk Naqi.

"Ya, aku tengah tunggu apa yang kau nak sampaikan ni. So, apa tunggu lagi. Cepatlah cakap." Mahu sahaja diluku kepala mamat poyo itu. Geram.

Naqi mendekatkan mukanya ke muka Eman. Perlahan lahan. Makin dekat. Hampir sahaja bibir mereka bersentuhan.

"Aduh, sakitlah. Tak padan dengan perempuan. Ganas sangat." Eman bergerak pantas apabila tersedar akan tindakan Naqi. Tubuh sasa Naqi ditolak kasar. Jatuh terduduk Naqi dibuatnya.

Eman merenung Naqi yang kesakitan dengan geram. Tak senonoh sungguh tindakan Naqi itu. Gerun kalau tindakannya itu sampai ke luar batas jika tak dikawal. Sudahlah mereka hanya berdua sahaja dibilik. Jika berduan antara lelaki dan perempuan sudah pasti ada yang ketiga. Syaitan.

"Kau tu kenapa. Tolong jangan buat macam tu lagi. Ni tadi kata nak sampaikan berita gembira , sampai kesudah entah apa berita gembira kau. Kalau dah tak ada apa nak beritahu, baik kau pergi siapkan kerja kau sana. Aku punya kerja banyak nak siapkan. Memekak panggil aku, konon nak sampaikan berita gembira , tapi sengaja buang masa aku. Ni kalau kerja aku tak siap , dia pulak marah aku. Sekarang bila aku tengah nak siapkan kerja, jadi tukang sibuk buang masa aku.... " Eman sudah mula tunjuk perangainya. Membebel. Dia sudah naik berang.

"Okey Eman, berhenti membebel tu, nanti aku ikat mulut tu baru tahu." Naqi cuba menenangkan Eman.

"Sebenarnya aku nak beritahu, yang aku dah lamar Amera malam tadi."

"What? Lajunya, korangkan baru kenal. Tak sampai sebulan pun. Cepatnya. Tak menyesal ke? By the way, dia tolak atau terima. Tapi aku rasa dia terima. Betul kan, dia terima."

Secara automatik bebelan Eman berhenti. Dia kembali fokus dengan berita yang disampaikan oleh sahabatnya itu.

"Orang cakap jangan tunggu lama-lama, nanti kena kebas orang. Yup, Alhamdulillah, dia terima lamaran aku. Aku rasa dia memang jodoh aku. Kitaorang memang serasi. Insya-Allah nanti aku nak bawa dia jumpa family aku." Terang Naqi dengan perasaan yang berbunga. Tidak sabar untuk ke peringkat seterusnya

"Terpulanglah pada kau. Tapi aku rasa elok kenal lebih rapat lagi. Bukan apa, sekarang ni macam-macam boleh berlaku. Tapi apapun aku sebagai sahabat dunia akhirat kau, berdoa agar hubungan kau dengan dia kekal #tilljannah" .

Sebagai sahabat , dia berharap agar Naqi membuat keputusan yang bijak. Terlalu banyak dia dengar berita tentang, kahwin tak menjadi. Pengantin hilang sehari sebelum majlis. Seriau dibuatnya. Minta dijauhkan berlaku terhadap sesiapa sahaja orang yang disayangi.

"Aku nak bawa ke malam majlis kesyukuran tu nanti. Malam tu semua saudara mara aku ada, jadi mudahlah untuk aku kenalkan bakal suri hati aku tu." Jawab Naqi teruja. Tidak sabar dia untuk menunggu saat itu.

"Amboi , sudahlah . Pergi masuk bilik kau sana nak terus berangan pun. Rimas dah aku tengok muka kau tersengih macam kerang busuk. Tapi lawa lagi kerang busuk dari muka kau." Eman mengusir Naqi. Macam itulah gayanya bila orang angau bercinta. Tersengi sana sini macam kerang busuk.

"Amboi , halau aku. Kau kalau nak tahu apa yang aku rasa pergi lah cari boyfriend. Tapi ada ke yang nak sangkut dengan kau. Indentiti sendiri pun kau keliru ni. Risau aku kalau kau buat hubungan sejenis. Nabi tak mengaku umat tau." Sebelum berlalu  Naqi sempat mengenakan sahabatnya itu.

"Amboi mulut, aku macam ni pun tetap ingat halal haram. Tak lalu aku nak buat hubungan sejenis. Tak kisahlah tak ada yang sudi pun, tak adalah terbeban kepala nak jaga hati yang lain" Eman menjawab selamba. Malas dia fikirkan soal perasaan dan hati. Apetah lagi yang melibatkan cinta. Membujang sampai tua pun dia sanggup.

"Suka hati kau la, asalkan kau bahagia. Eh, lupa nak bagitahu, Jumaat ni, kami nak balik kampung. Nak ikut tak?"

"Gila tak nak. Khamis malam aku pergi rumah kau terus." Balas Eman teruja. Dah lama dia tak pulang ke kampung. Walaupun itu bukan kampungnya, tapi dia sudah anggap seperti kampungnya. Malah hubungannya dengan keluarga Naqi agak erat.

"Aku dah agak kau tak mungkin kata tak nak. Okeylah kau settlekan kerja kau tu , tak siap tak boleh ikut balik kampung."

Naqi berlalu keluar dari bilik Eman. HENL BibliofilCafe  yang dimajukan oleh mereka kini makin menjadi perhatian ramai. Kafeteria khusus untuk mereka yang cintakan buku. Sambil minum atau makan boleh membaca.

HENL BibliofilCafe baru bertapak hampir 1 tahun. Tapi sudah mendapat perhatian ramai. Terutama golongan muda yang gemar mengunjungi kafe yang agak santai. Pekerja juga semakin bertambah , yang asalnya cuma dua orang sahaja iaitu Eman dan Naqi sendiri.

"Cik Eman, ada orang nak jumpa dengan cik. Dia tunggu cik, dekat bawah." Eman yang sedang leka menyiapkan tugasannya, disapa oleh Munirah.

"Ada orang nak jumpa saya? Siapa? Sepanjang saya kerja sini, inilah pertama kali orang nak jumpa saya. Memang dia nak jumpa saya ke?" Soal Eman tidak puas hati. Hairan, siapa pula yang ingin ketemu dengannya.

"Memang orang tu nak jumpa dengan Cik Eman pun. Siap sebut nama penuh Cik Eman lagi, Hasya Emani." Terang Munirah lagi.

"Okeylah. Kejap lagi saya turun. Terima kasih." Eman terus meletakan ganggang telefon. Otaknya masih ligat berfikir siapa yang mahu bertemu dengannya itu.

Eman menelek wajahnya, risau ada yang mencomotkan penampilannya. Dia tidak mahu dirinya kelihatan tidak enak di mata orang yang akan dijumpainya nanti. Setelah puas, dia terus keluar dari biliknya .Kaki Eman melangkah laju. Satu persatu anak tangga dia tapak. Penuh berhati-hati. Kalau tidak, mahu tergolek dia di situ. Jatuh imejnya nanti.

"Siapa yang nak jumpa saya tadi?" Eman menyoal kepada , Soffie .

"Oh, dia duduk dekat meja hujung sana. Lelaki yang agak berumur sikit. Siapa dia tu? Jangan-jangan"

"Jangan-jangan apa? Saya cuma nak tahu yang mana satu orang nak jumpa saya tu. Tak perlu lebih-lebih , nanti saya potong gaji awak nak?" Eman membalas jawapan Soffie. Sekadar gurauan. Dia juga tahu Soffie pun hanya bergurau.

"Bukan apa Cik Eman, saya risaulah. Cik Eman punya rupa boleh tahan juga, comel lawa ayu. Cuma kasar sikit je. Mesti ada juga yang tergoda tengok rupa paras cik Eman ni. Kalau saya jadi lelaki, memang dah lama saya sambar Cik Eman ni." Puji Soffie melambung terhadap majikannya itu. Dia sebagai perempuan pun tergugat dengan rupa paras yang dimiliki oleh majikannya itu. Tapi sayang, rupa parasnya itu tak setanding dengan perwatakan yang dibawa. Kasar.

"Malas saya layan awak ni. Saya nak pergi jumpa orang tu. Lama pulak dia tunggu." Eman pura-pura meluat mendengar pujian Soffie. Tapi dalam hatinya sudah kembang.

Dia berlalu ke tempat yang diberitahu. Makin ligat otaknya berfikir , siapakah orang itu. Lelaki yang agak berusia? Entah kenapa detak jantungnya bagai tak keruan. Debarannya makin laju.

Tak mungkin dia. Dia yang sudah lama padam di memori. Dia yang sudah pupus di fikiran. Kalau benar dia, apakah sudi aku terimanya lagi?

Kaki Eman terhenti melihat susuk tubuh seseorang. Kaku. Lidahnya kelu. Air matanya tanpa sedar mengalir deras. Hatinya bengkak. Sangkaanya tepat. Dia didepannya kini.

Dia yang menjadikan hidupnya tak keruan. Dia yang musnahkan impiannya. Dia yang hancurkan sebuah janji. Dia yang memungkiri sebuah sumpah. Dia yang membuat hari-harinya dipenuhi air mata.

Untuk apa dia kembali. Aku sudah jumpa kebahagian aku. Kenapa dia kembali saat aku buang dia dalam kisah aku. Kenapa dia cari aku lagi. Tidak cukup kah kesengsaraan yang aku terima oleh kerana dia. Aku tak mampu pandang wajahnya. Satu persatu luka aku berdarah semula bila aku tatap wajahnya.

Tapi, wajah itu juga aku rindu. Rindu itu juga yang menjadi dendam. Sesungguhnya aku keliru. Rindu atau dendam. Sukar untuk aku tafsirkan perasaan ini. Selama ini aku kuat kerana aku lenyapkan kisah hitam ku. Tapi kini pencipta kisah hitamku berada di depan mata aku. Jadi apa yang perlu aku buat.

Penat aku simpan sendiri memori hitam ini. Sehingga dia kembali. Aku tidak mahu sesiapa tahu tentang kisah itu. Termasuk Naqi. Sahabat aku. Tapi aku rasa, saat ini aku tak mampu simpan lagi.

"Eman kenapa ni. Kenapa menangis tiba-tiba. Tak pernah aku tengok kau nangis. Ini pertama kali sepanjang kita jadi kawan. Cuba bagitahu apa sebabnya. Tadi Munirah kata, ada orang nak jumpa kau kan. Orang tu siapa. Orang tu ke yang membuat kau menangis macam ni? Tolong beritahu aku, risau aku tengok kau macam ni."

Entah kenapa kesedihan di wajah sahabatnya itu benar-benar memaksudkan sesuatu. Sebagai sahabat, kesedihan yang terukir itu turut terasa di hatinya. Dia berharap Eman akan menceritakan apa yang berlaku tadi.

Hatinya tertanya-tanya, siapa lelaki itu. Kenapa dia mahu berjumpa Eman. Dan apa yang membuat Eman sedih begitu. Perasaannya turut terluka melihat wajah gadis didepannya kini.

Menangislah kalau itu membuatkan jiwa kau tenang. Aku akan sentiasa di sisimu jika kau perlukan. Hatiku sakit melihat tiap titis air matamu itu. Sukar untuk aku gambarkan sakit itu dengan kata-kata. Sungguh aku keliru perasaan apakah ini?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience