Rate

BAB 2

Romance Series 7659

Cincin di jari manisnya direnung. Senyuman manis terukir dibibirnya. Hatinya berbunga riang. Jejaka idaman kini telah berjaya menakluk hatinya.

"Amboi, anak mama sorang ni. Senyum sorang-sorang. Mama panggil pun tak menyahut." Datin Sri Hanum menegur tingkah anak gadisnya. Agaknya apalah yang membuat anak gadisnya itu begitu. Tersenyum sambil melihat jari jemarinya.

"Eh, mama. Sofea tak perasan. Mama, cantik tak cincin ni." Tersedar dari lamunan Sofea lantas menyoal ibunya itu.

"Cantik. Macam anak Mama ni. Siapa yang bagi? Tapi mama dah dapat agak, mesti dia orang yang special di hati anak mama ni kan?" Duga Datin Sri Hanum. Melihat keceriaan di wajah anak gadisnya itu dia sudah dapat meneka dari mana cincin itu datang. Dia juga pernah berada situasi sama seperti Sofea.

"Mana mana tahu dia special dekat hati Sofea? Tapi memang betul pun apa yang mama teka tu. Sungguh Sofea tak sangka pun dia nak lamar Sofea. Sofea ingat dia sama macam Haris. Janji cuma tinggal janji. Bagi harapan palsu. Berjanji sampai bulan bintang. Agaknya betul lah dah sampai ke bulan mamat tu. Tapi kena sambar dengan makhluk asing. Sebab tu hilang tanpa khabar." Sofea menghela nafas kecewa. Kecewa diberi harapan palsu oleh orang yang dicintainya.

"Lupakan sahaja si Haris tu. Jantan tak guna. Mama tak pernah setuju pun Sofea kawan dengan dia. Tapi itulah, degil sangat. Sofea tu beria betul sayang dia, jadi mama terpaksalah buat suka." Sewaktu Sofea perkenalkan Haris kepadanya, dia lansung tak setuju. Tapi disebabkan Sofea terlalu sayangkan Haris dia terpaksa telan. Apa yang penting , anaknya itu bahagia.

"Sofea tahu salah Sofea. Betullah orang cakap, tak ada restu dari famili mesti tak kekal. Jadi nanti , Sofea nak bawa Luthfi jumpa mama dan papa. Sofea percaya kalini mesti mama setuju dengan pilihan Sofea tu." Wajah yang mencuka tadi kembali manis. Tidak sabar untuk bawa kekasihnya itu bertemu dengan ibu bapanya. Dia juga tidak sabar bertemu dengan keluarga jejaka itu.

"Oh , Luthfi nama dia? Sedap nama dia. Harap sedaplah mata memandang. Nanti mama akan bagitahu bila waktu mama dan papa free untuk Sofea bawa jumpa Luthfi tu. Sofea fahamkan , mama dan papa selalu busy. Tapi mama akan cuba kosongkan jadual dalam minggu ni. Tak boleh lambatkan, ini soal masa hadapan Sofea jugakan?" Dia mengusap lembut kepala anaknya itu.

"Sayang mama. Aduh risau pula Sofea nak jumpa famili dia nanti. Entah macam mana penerimaan mereka dekat Sofea ni." Riak kerisaun jelas terpancar di raut wajah Amera Sofea. Sejak kekasihnya itu menyatakan ingin membawa dia bertemu keluarganya , dia mula gelisah. Sungguh hatinya tidak senang. Entah apalah penerimaan keluarga lelaki itu terhadap dirinya nanti.

"Jangan difikirkan sangat fasal tu. Mama gerenti, mesti famili dia akan terima anak mama ni. Kalau mereka tak boleh terima Sofea, ramai lagi kawan mama nak jadikan anak mama ni menantu. Cuma tinggal pilih sahaja." Balas Datin Sri Hanum bersahaja.

"Sekarang ni, mari kita turun makan. Lama papa tunggu dekat bawah tu. Mama hampir lupa fasal makan bila nampak anak mama ni tersenyum sorang tengok cincin tu." Datin Sri Hanum segera bangun untuk turun kebawah. Hampir terlupa tujuan asalnya tadi.


????????????

"Untuk apa Datuk datang kesini cari saya? Kita tak ada urusan apa-apa. Jadi balik je lah. Lagipun saya sibuk, tak ada masa nak melayan orang yang tak penting dan tiada urusan kerja." Eman bersuara dingin tanpa memandang wajah lelaki di depannya itu. Jijik untuk dia memandang wajah lelaki yang menghancurkan hatinya itu. Kalau di ikutkan hatinya yang sedang sakit itu, mahu sahaja dia menjiruskan air kopi panas ke muka lelaki itu. Mujur dia masih punya akal kewarasan yang elok.

"Papa minta maaf kalau papa ganggu. Papa cuma nak tengok anak papa ni. Rindu betul papa dekat anak papa sorang ni." Luah lelaki itu. Bohong untuk dia katakan bahawa dia tidak terasa dekat kata-kata yang dilemparkan oleh anak gadisnya itu. Tapi itulah hakikat yang terpaksa dia telan. Kesalahan yang dilakukannya seketika dulu amat sukar untuk dimaafkan.

"Ops, maaflah Datuk, papa saya dah lama tiada dalam dunia ni. Dah tak wujud. Geli saya dengar bila ada orang nak berpapa- papa dengan saya." Tanpa rasa bersalah , Eman melemparkan kata-kata itu. Baginya papanya sudah tidak wujud. Sejak peristiwa itu, dia lantas menafikan kewujudan papanya itu. Untuk apa dia mengaku punya seorang lelaki yang bergelar bapa tapi lelaki itu juga menghancurkan segalanya.

"Papa tahu kesalahan yang papa buat dulu, tak akan mampu untuk Hasya maafkan. Tapi tak salahkan papa nak tebus kembali kesalahan papa tu. Papa tak kisah pun Hasya nak maafkan papa atau tidak, tapi tolong izikan papa jalankan tanggungjawab papa yang pernah papa abaikan dulu."

"Seperti yang saya cakap tadi, papa saya dah tak wujud. Jadi tak perlulah Datuk nak susahkan diri, mengaku sebagai papa saya. Saya tak kenal siapa Datuk. Apa yang Datuk mahukan dari saya pun saya tak tahu. Datuk baliklah, anak bini Datuk lagi perlukan Datuk dari saya yang tiada kena-mengena dengan Datuk ni." Eman berlalu pergi dengan linangan yang entah bila muncul. Makin ditahan makin mahu pecah dadanya.

Kenapa dia datang di saat aku sudah mula mencapai bahagia sendiri. Kenapa perlu dia muncul ketika sejarah itu mula hilang dari memori. Sekali memandang wajah itu, dada ini bagai dihiris.

"Hoi, termenung jauh kau. Dari siang tadi kau macam ni, kenapa? Lagi-lagi selepas kau jumpa orang tu. Siapa orang tu? Dia ada buat apa-apa dekat kau ke?" Soal Naqi ingin tahu.

Peristiwa siang tadi lenyap apabila dia disergah Naqi. Sukar untuk dia menjawab soalan Naqi itu. Belum sedia untuk dia ceritakan hal itu. Biarlah Naqi tahu bahawa dia tidak punya sesiapa. Sebatang kara.

"Tak ada apalah. Aku okey. Kau tak perlu risau." Jawab Eman bersahaja.

"Kalau kau tak sedia untuk cerita apa-apa dengan aku, tak apa lah. Aku tak paksa. Tapi bila kau dah sedia, aku setia mendengar setiap cerita kau tu." Naqi berkata jujur. Bukan sehari dua mereka berkenalan, malah sudah hampir 3 tahun. Malah keluarga Naqi juga amat rapat dengan Eman. Sikap Eman yang mudah mesra itu, membuat sesiapa sahaja senang dengannya. Walaupun luarannya kasar, tapi dia bijak menjaga tingkahnya.

"Aku balik dulu lah. Lewat dah ni. Letih sangat harini." Eman mengemas barangnya untuk pulang. Agak lewat dia pulang hari ini. Kerjanya juga masih belum siap. Ini semua angkara peristiwa siang tadi. Tidak mampu untuk dia selesaikan tugasnya dalam keadaan begini.

"Itulah aku pelik. Selalunya kau manusia paling awal sekali balik. Harini entah mimpi apa sampai lewat macam ni baru balik." Usik Naqi. Cuba untuk kembalikan keceriaan di wajah Eman. Dari tadi wajah itu tidak mempamerkan senyuman.

Selama dia berkenalan dengan Eman, inilah pertama kali dia melihat Eman begini. Sungguh berbeza. Eman yang dia kenal, tak pernah lekang dengan senyuman. Suka bergurau seperti orang yang tiada masalah. Tapi kali ini, tidak seperti biasa.

"Esok malam, Mummy suruh datang rumah. Dia kata rindu dekat kau. Padahal semalam baru jumpa. Kau jampi apa dekat Mummy aku sampai macam itu jadinya. Anak dia sendiri tak ada nak dirindunya. Sampai aku hairan siapa sebenarnya anak dia, kau atau aku."

"Tengoklah dulu. Aku balik dulu. Bye." Balas Eman tanpa perasaan.

"Aik, macam itu je? Bukan selalu dia manusia paling teruja ke bila Mummy suruh datang rumah. Ini macam orang tak ada perasaan pula. Hantu mana pula sampuk dia ni? Kalau PMS pun tak pernah lagi dia macam ni. Memang sah kena sampuk ni." Bebel Naqi sendiri. Kehairanan melihat tingkah Eman.

                    ????????????
"Lamanya panggil Sofea turun makan, dah berbunyi perut saya ni tunggu." Datuk Hasyim bersuara apabila melihat Datin Sri Hanum dan anaknya Sofea.

"Berborak dengan Sofea sampai lupa hal sebenar." Balas Datin Sri Hanum sambil ketawa.

"Hal apa sampai lupa nak makan. Macam besar je hal tu." Soal Datuk Hasyim ingin tahu.

"Makanlah dulu papanya. Nanti kami beritahu apa kami borakkan tadi. Nanti kalau cakap sekarang, tak makan sampai sudah." Balas Datin Sri Hanum. Perutnya juga sudah minta untuk diisi. Dia juga teruja untuk beritahu hal itu, tapi perut yang lapar perlu didahulukan.

Usai makan malam itu, Datuk Hasyim duduk di kerusi luar untuk ambil angin malam. Sungguh dingin malam itu. Angin malam yang bertiup lembut membelai kulit.

"Sejuk betul malam ni. Macam nak hujan je." Suara Datin Sri Hanum mengejutkan lamunannya.

"Awak ni, terkejut saya. Nasib baik saya tak ada sakit jantung."

"Awak tu termenung jauh sangat. Saya datang sini pun tak perasan. Entah apa dimenungnya tu. Jangan menung fasal nak tambah cawangan sudah." Balas Datin Sri Hanum dengan nada cemburu.

"Tak kuasa saya nak tambah cawangan. Yang ada pun jenuh saya melayan. Kalau tambah lagi pening kepala saya." Jawab Datuk Hasyim kembali.

"Eh, tadi kata nak cakap sesuatu. Yang awak lama sangat dekat bilik Sofea tadi tu, hal apa sebenarnya?" Datuk Hasyim bertanya kembali.

"Oh ya, lupa pula saya. Nasib awak ingatkan." Balas Datin Sri Hanum kembali.

"Sofea anak kita tu dah ada orang lamar. Tadi saya nak panggil makan, tengok dia senyum sorang-sorang, bila saya ternampak ada cincin dekat jari dia, saya tanyalah mana datang. Dia jawab ada seseorang dah lamar dia. Tak sangka saya, anak kita tu ada juga yang berkenan. Tapi sebelum tu, saya ingat nak jumpa lekai tu dulu, bila awak free? Saya nak set tarikh nak jumpa kawan Sofea tu." Jawab Datin Sri Hanum panjang lebar.

"Baguslah kalau macam tu. Ada juga yang berkenan dekat Sofea. Saya harap dia terima Sofea seadanya. Fasal perjumpaan tu, kalau hari Ahad ni saya free. Nanti saya suruh Kak Lijah dan Abang Daud datang rumah Ahad ni. Diorang pun perlu ada masa tu" Jawab Datuk Hasyim. Sebagai bapa dia teruja bila anak gadisnya , ada yang berkenan. Tapi jauh dilubuk hatinya dia risau bahawa rahsia yang disimpan selama ini akan terbongkar.

"Eh kenapa nak jemput diorang? Kan Ahad diorang cuti. Lagipun hal ini tak ada kena mengena dengan diorang. Tambah pula, diorang tu cuma orang gaji dekat rumah ni. Jatuh air muka saya bila kawan-kawan saya tahu. Ada ke patut nak jumpa bakal menantu , orang gaji yang tak setaraf pun penyibuk nak terlibat." Bengang betul dia dengan suaminya itu. Kenapa perlu libatkan orang yang tiada hubungan. Lagi pula orang yang tidak setaraf dengannya. Jatuh air mukanya.

Kata-kata Datin Sri Hanum melukakan hatinya. Sejak dia mula bekerja disitu, tak pernah sekali pun Datin Sri Hanum berkata baik dengannya. Hanya cacian dan makian yang dia terima. Kalau ikut hatinya mahu sahaja dia berhenti kerja dari situ. Tapi di sebabkan perkara itu , dia tak mampu berbuat demikian. Segala kata nista terpaksa dia telan demi orang yang dia sayang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience