13 April 2021
Harini adalah hari pertama berpuasa. Mesti susah apatah lagi bila kelas kat TINGKAT EMPATTT!!!!! Tapi lagi kesian adik aku sebab dia sekolah agama dengan sekolah kebangsaan. Tak apa ini semua cuma cabaran berpuasa.
Dah seminggu berlalu, aku cuma dapat dua kawan baru, Emirza dan Putri. Emirza penolong ketua kelas, mestilah dia berkawan dengan semua orang. Kalau Putri, aku berkawan dengan dia sebab minat sama.
"Haiyoo udah puasa, mesti penatkan", kata Aisyah sambil menepuk bahu aku. Aku cuma hiraukan kata-kata dia.
"Apasal beg aku ringan ye?"
Aku asyik tertanya kenapa beg aku ringan semacam. Aku 'check' beg aku, takde barang yang tinggal. Buku dah susun ikut jadual. Adoi, pening kepala aku.
"Aleesya, aleesya..", siapa yang panggil aku ni. Rupa-rupanya itu cuma Myra. "Kau nak apa?", aku pun tanya kenapa dia panggil aku. "Kau dah siap kerja matematik?", Myra tanya aku sambil pegang buku aktiviti matematik.
..................
Aku cuma tak cakap apa-apa dan terus pandang depan. Macam mana aku tak siap kerja 'math'. Tapi nasib baik, 'math' waktu akhir. Mungkin aku ada masa untuk siapka....
"Bangun, selamat tengah hari, cikgu Hazriantie"
Alamak, CIKGU MATHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Tak silap aku, math waktu akhir. "Ok, harini saya akan gantikan cikgu BI (Bahasa Inggeris)", bila cikgu cakap macam tu aku terus, "Cikgu, izinkan saya untuk pergi ke tandas", aku terus lari membawa pas tandas.
Aduh, macam mana aku lupa kerja math. Eh kejap...
Tandas kat mana ye?
*bersambung*
Share this novel