5 April 2021
Pada pagi yang cerah, burung berkicauan, merdunya suara mereka. Rumahku syurgaku. Tiada tempat lain seperti rumah. Tempat untukku berehat....
"ALONGGGGGGGGGGGGG"
EH MAK KAU! Jeritan mana pulaklah yang sesat ni. "Along bangun, harini sekolah", kata adikku yang cuba untuk membangunkan aku. "5 minit lagi...", kata aku sambil menutup mata ku. "Along ni kan, Cik Ain dah tunggu kat bawah dah", lepas aku dengar adikku kata begitu, aku terus lari menuju ke bilik air. Terpaksalah aku mandi kerbau. Nasib baiklah ada Nivea.
Aku terus lari ikut tangga sebab lif nya lambat betul. Terlompat aku macam kena kejar dengan penjahat pulak. "Safe!", aku selamat sampai. "Haiyoo aleesya, lamanya!", kata Aisyah, kawan aku sejak tadika lagi. Aku cuma tergelak sahaja. Aku tengok sekeliling aku, orang yang naik van ni tetap orang yang sama...eh
TIDAKKKKKKKK!!!!!!!
Aku lupa bawa mask akuuuuuuu. Dahlah musim ni musim corana. Mesti aku kena denda. Kejap..."AKU TAK PAKAI LENCANA SEKOLAHHHHH", kata aku sambil memegang tudungku. Aisyah cuma kata, "Aiyok nanti kena denda dengan cikgu". Dia ni kan, makin aku sedih, dia makin gembira pulak.
Sampai je sekolah, aku terus menggigil. Aku sorok tudung aku supaya orang tak nampak yang aku tak pakai lencana. Mujurlah Aisyah bawa mask lebih. Tapi aku rasa ni hari pertama aku, mungkin cikgu akan maafkan aku.
"Wau! Besarnya sekolah ni", ternganga aku sambil melihat atas. Sekolah tu ada empat tingkat. Harap-harap aku dapat tingkat 2. Sempena musim Corona, murid lelaki kena berkumpul di surau manakala murid perempuan perlu berkumpul di kantin. Satu bangku kena duduk dua orang. Mestilah aku duduk sebelah Aisyah.
Aku masih lagi terfikir tentang lencana sekolah aku. Haduh, macam mana boleh terlupa. "1 Einstein, sila beratur!", aku pergi tapi bila aku tengok Aisyah, dia melambai kat aku. "Kenapa kau tak pergi?", tanya aku kepada Aisyah. "Aku kan 1 Hidrogen". Erk hati aku seperti kena kilat. Dia kelas lain?!!!!
Nampaknya aku seorang dirilah. Aku tengok kelas aku ramai yang dari SKSB 1. Diorangkan budak pandai mestilah dapat kelas ni. Kalau korang nak tahu, kelas 1 Einstein ialah kelas pertama, kedua 1 Newton, yang ketiga pulak, 1 Hidrogen.
"Hai aleesya!", terkejut aku. Bila aku pandang belakang, rupa-rupanya itu..."Myra! Lamanya tak jumpa". Akhirnya ada jugak orang yang aku k.enal kat kelas ni. Kelas pun bermula.
"Ok kelas, sila perkenalkan diri masing-masing"
Hati aku tertusuk kilat lagi. Alamak macam mana ni, aku dahlah lemah dalam hal ini. Lagi satu...AKU DUDUK DEPANNNNNN!!!!! Dugaan betullah. "Ok kamu pula", kata cikgu sambil memandang aku. Nampaknya takde pilihan, aku kena jugak cakap. "N-nama saya..."
KRINGGGGGGGGGG!!!!!!
"Kita sambung esok ye, ok keluarkan...", YEAYYY!!! Terima kasih loceng sebab selamatkan aku!
"Aleesya kan?", tegur murid perempuan sebelah aku. Aku macam pernah nampak dia kat google meet. Siapa ye nama dia....."P-putri ye?", dia pun angguk. "Awak nak apa?". "Tak saya nak tanya, awak minat anime ke?". Dia tanya pasal anime ke?! Betulkah ni?! "Kenapa awak tanya?". Dia pun kata, "Takdelah saja jer tanya".
"Oooo", nampaknya dia pun macam aku. Aku seorang yang tidak bersosial. Aku cuma layan orang yang aku kenal jer. Aku takut dengan orang. Aku cuba untuk berkawan tapi sikap itu dah lama hilang sejak.....
"YEAY DAH BALIKKKKKK!!!!", gembira betul Aisyah bila waktu balik ni. "Bye Aisyah, see you tomorrow!". Eh siapa tu, macam mana dia kenal Aisyah? Aku pun tanya dia, "Siapa tu Aisyah?". Dia pun jawab, "Kawan baru!". Tertusuk petir lagi. Macam mana dia boleh buat kawan baru. Kagumnya aku! Hari pertama dah ada kawan baru. Aku harap aku dapat jadi macam dia.
DING DONGGG!
"Oh leesya, macam mana sekolah?", tegur bibik aku. Aku terus baring kat sofa sebab kepenatan. Bibik aku cuma tersenyum. "Bik, ibu belum balik lagi ke?", bibik aku cuma menggelengkan kepalanya. Cis! Aku terus masuk ke dalam bilik.
"Nampaknya ibu tetap tak berubah..."
*bersambung*
Share this novel