"weh sorry sorry aku lambat sikit"ucap fiqri
"cehh janji kau memang ke laut betul"fiqri mengangkat dua jari
"Zaf kau dah masuk kerja ke"tanya fiq
"dah seminggu dah"aku menghirup air mochaku.
"kau dah ada kerja now boleh la kan nak kahwinkan"kata kata fiq hampir membuat aku tersedak.kalau tak mahu malu aku ni.
Aku menjegilkan mataku.
"kau bila la nak kahwin zaf"tanya fiq lagi
aku hanya mengangkat bahu.
"yang kau tanya aku ni macam la kau dah kahwin.kau bila lagi fiq"tanyaku
"kau pernah dengar cinta pandang pertama"tanya fiq.dia ni dah kenapa.
"bodoh la aku kalau hidup 24 tahun tapi tak pernah dengar pasal cinta pandang pertama"kataku lalu meluku kepala fiq
"sakit la bangang.haa itu la yang aku rasa sekarang"kata fiq.dia ni playboy ada ke cinta pandang pertama untuk dia.hahha.
"dengan siapa fiq"tanyaku malas
"dengan pekerja cafe ni"jawabnya.biar betul takkan aisya.
"yang mana"tanyaku lagi.
"dengan perempuan tu"kata fiq sambil menunjukkan kearah gadis penyambut tetamu.aku melepaskan nafas lega.
"sejak bila"
"sejak dia tolong bukakan pintu untuk aku"pelik pelik la dia ni.
"sebab kau suka dia"
"cantik,sopan,ayu,ada ciri ciri bakal zaujah aku"cis makin dilayan makin menjadi pulak.datang nak melepak tak pasal keluar cerita cinta kahwin laa apa la
"itu jer.hati dia kau dah scan ke belum.satu lagi status dia.tah tah tunang orang"kataku
"kau rasa kalau aku mengorat dia sekarang dapat tak"tanya fiq.
"tanya aku buat apa kau ni"marahku.apa tanya aku pulak.ingat aku tuhan nak tentukan segalanya.
"okey aku pergi dulu"fiq berjalan kearah gadis itu.suka hati kau laa fiq.
Aku membuka ip xs max ku.
"nak tukar nama apa minah ni"gumamku.
"aisya...syaa...syayang.syanyang ? laa"jariku menari nari diatas screen handphoneku.
"ehh gatalnya kau zaf"gumamku seorang diri sambil tersenyum kambing.
"woi zaf kau dah kenapa senyum senyum macam tu"sergah fiq
"bangang kau ni terkerjut aku"kataku lalu menutup handphoneku.
"dapat tak "tanyaku
"jual mahal sikit"
"so dah give up"
"ni pensyarah paling handsome dekat universiti ramai peminat tak pernah berputus asa okey.lagi dia jual mahal lagi aku suka"kata fiq panjang lebar
"suka hati kau laa fiq"balasku malas
"kau senyum kenapa tadi .tak nak share dengan aku"kata fiq
"buat apa share dengan kau"aku menjeling kearahnya.
aku membuka whatsapp lalu mewhatsapp syayang ?
"hoi"-rayyan zafriel
aku memandang kearah aisya sedang menaip sesuatu di ip 6nya.ipku berbunyi.
"siapa ni.salam takde nak berhoi bagai"- syayang ?
"assalamualaikum"-rayyan zafriel
"waalaikumsalam.nak apa dan siapa anda"-syayang ?
"nak kau.rayyan"-rayyan zafriel
"rayyan mana pulak ni"-syayang ?
"??"-rayyan zafriel
"dah la .ganggu je.jangan kacau saya dah"- syayang ?
aku menutup ipku.
"wehh aku balik dulu.nak tengok bini kat rumah"kataku lalu bangun
"bini!siapa?mummy?"
"taklah beby"
"cis!kucing pun boleh jadi"
"boleh tolong"tanyaku
"tolong apa"
"tolong bagi tisu ni dekat pekerja cafe dekat sini nama aisya"kataku
"untuk apa"
"bagi je lah tak payah banyak tanya.aku cau dulu"aku berlalu meninggalkan fiq.
fiq membuka tisu yang telah diamanahkan oleh zaf.
"jumpa aku dekat pavilion pagi esok.10 pagi sharp"-rayyan.
"owhh kau gatal sekarang ehh zaf"gumamnya
"miss"panggil fiq
"yes"
"whats your name"tanya fiq
"aisya"
"this is for you from my friend"
"kawan encik yang mana yer"tanya aisya
"yang duduk sini tadi"
aisya mengangguk faham.
"one more thing perempuan tu nama apa yer"tanya fiq sambil menunjukkan kearah penyambut tetamu
"nama dia fitrah .kenapa ya"tanya aisya
"saya fiqri.panggil fiq je.bagitahu yang saya kirim salam dekat dia yer"kata fiq
aisya mengangguk lagi.
fiq berlalu pergi.
TBC
Share this novel