AISYA berjalan memasuki bilik pejabat Rayyan.suasana yang agak bersepah.Melihat Rayyan yang agak kusut dikerusi kerjanya membuatkan Aisya pula yang kusut.tertekan dengan suasana yang agak berserabut itu.
"yenn jangan buat sepah la.kalau ada urgent nanti macam mana"marah Aisya lalu mengemas sedikit ruang itu.entah apa la yang dibuatnya sehingga bersepah ruang itu.pelik aisya.
"diam la.pening kepala ni"kata Rayyan mendatar.Aisya hanya menayangkan muka sepuluh sen.
"awak rasa saya kisah dengan pening awak.pening saya yang tengok awak ni macam mana pulak.bersepah"bebel Aisya.
"raksasa OCD ke macam mana bini aku ni.sebelum ni takde pulak dia jadi macam tu.ke PMS.ehh takdenya tadi boleh je solat"desis hati Rayyan.
"yang awak ni tenung saya macam tu dah kenapa?tadi bukan main pening bagai"bebel Aisya lagi
"lepas dapat tengok bidadari syurga terus hilang pening biy"gurau Rayyan
"anda fikir gurauan anda itu lawak.terlalu HAMBAR"kata Aisya sambil bercekak pinggang.
"sayang sini la"panggil Rayyan.
"takde masa nak bermadu asmara.saya banyak kerja.sambung kerja sana.nak air?saya buatkan"tanya Aisya
Rayyan mencebik.
"buat tea.tak nak manis sangat.kalau ada biskut ambil sekali"kata Rayyan
"ni bukan kedai mamak nak order order bagai"kata Aisya lalu keluar dari bilik itu.
Rayyan pelik dengan sikap isterinya itu.jarang nak tengok perangai Aisya yang satu ini.kalau terus begini mahu merana Rayyan.
Tidak lama kemudian,Aisya membawa masuk secawan teh bersama sepiring biskut.Aisya duduk berhadapan dengan Rayyan.
"kau kenapa"soal Rayyan kepada Aisya.
"kenapa apa"soal Aisya kembali.
"kenapa marah marah.takde mood bagai"tanya Rayyan.dia tidak suka akan perangai Aisya yang itu.
"mana ada"dalih Aisya
"jangan nak menipu"
"tanya la diri sendiri"
Ini yang Rayyan tidak suka bila perlu main teka meneka dengan Aisya.
"kalau aku tahu takdenya aku tanya.cepat la bagitau kenapa ni"tanya Rayyan.
Aisya diam disitu.manakala Rayyan meminum air yang dibuat oleh Aisya.setelah 5 minit berkeadaan begitu,akhirnya Aisya membuka mulut.
"awak ada orang lain ke belakang saya?"tanya Aisya.pertanyaan itu menimbulkan pelik buat Rayyan.
Berkerut dahi Rayyan.
"agak la kau ni.sejak bila pulak aku ada orang lain"kata Rayyan.
"tadi ada orang datang pejabat cari awak.tapi awak takde kat pejabat.saya tanya dia,kenapa cari awak?dia cakap saja sebab dia dah lama tak jumpa awak,rindu bagai.dia jugak cakap yang dia girlfriend awak"kata Aisya.
Membulat mata Rayyan.sejak bila dia ada girlfriend.mana pernahnya dia ada girlfriend selama ini kerana Aisya cinta pertamanya selama ini.
"wehh siapa?cakap dekat aku.mana ada aku ada girlfriend selama ni.kau pun tahu yang kau cinta pertama aku"jelas Rayyan.dia tidak mahu Aisya berfikir lain.
"Lydia"
"lydia mana ni"Rayyan garu kepalanya yang tidak gatal itu.dia seakan mendapat jawapan untuk itu.
Dia menepuk dahinya.
"bala sudah datang"gumam Rayyan.
"apadia"tanya Aisya.entah apa yang Rayyan gumamkan dia tidak tahu.yang pasti sekarang dia masih membara dengan Rayyan.
"err takde apa"
"awak jangan nak main main.baik cakap cepat"
"takde.dah pergi sambung kerja.nanti kita cakap lain kali.thank you air tea"ucap Rayyan.
Aisya hanya menggeleng.Dia berlalu keluar.yang pasti perhitungan itu belum berakhir.tak dapat sekarang kat rumah ada lagi.dont play with Aisya.kalau aisya mengamuk habis Rayyan nanti.
TBC
Share this novel