Series
167
Mentari beransur pulang menjemput malam hadir. Meskipun jam baru menunjukkan pukul 6:00 petang, malam sudah memunculkan diri sengan penuh semangat. Begitulah aturan waktu yang berubah dengan ketara sekali mengikut musim apabila berada di negara empat musim. Sekarang, alam menyaksikan malam yang lebih panjang kerana bumi ini sedang mengalami musim sejuk.
Musim sejuk yang teramat dingin membuatkan seorang gadis begitu selesa membaluti tubuhnya dengan beberapa lapis selimut nipis. Dia tatap skrin laptop dengan penuh semangat. Otak ligat menghafal tempat dan kelas dalam jadual semester baru yang tertera pada skrin.
"Jay, esok kelas kau mula bila?"
Jay jongket kening memandang Aiman yang bertanya. "10:10 pagi. Kelas Man?"
"8:40 pagi. Seronok kau kelas mula lambat."
Jay tertawa kecil mendengarkan ayat Aiman. "Kalau ada kelas 8:00 pun aku ambil, Man. Tetapi kelas-kelas yang aku perlu ambil semester ini tidak ada yang bermula awal."
"Kau kena ambil subjek berkenaan undang-undang antarabangsa, bukan? Baguslah kelas mula lewat. Aku syak tidak ada orang yang otaknya sudah cukup sedar untuk hadam subjek berat pagi-pagi buta." Aiman cuba memujuk Jamilah yang mesra dengan pangillan Jay.
"Usah sedapkan hati aku. Apapun, aku gembira kerana dapat mula belajar subjek Bahasa Jepun semester ini."
"Aku pula ambil Bahasa Sepanyol. Nanti kita bergilir-gilir ajar bahasa asing, ya?"
"Kalau sempat, boleh. Aku semester ini ambik 21 credit hours. Wish me luck, Man."
Aiman tergelak kecil. "Kau perlukan gula-gula mata, Jay. Baru semangat belajar."
Jay mengerutkan dahi, "Gula-gula mata?"
Aiman menjuihkan bibirnya, "Eye-candy, Jay. Find an eye-candy."
"Hebat sangat aku kalau sempat menggulakan mata sambil complete 21 credit hours." Jay tergelak besar. Semester lepas ambil 15 credit hours pun dia sudah rasa sesak sangat, apatah lagi 21 credit hours seperti semester ini. Entah-entah dia boleh jatuh underweight sebab jadual makan pun pasti berterabur.
Aiman mempamerkan garis senyum. "It's always seemed impossible until it's done, Jay."
"Nah, this one legit mission impossible, Man."
Aiman hela nafas dalam. "Kau tahu, Jay. Perkara seperti crush, jodoh semua ini mungkin nampak mustahil bagi sesetengah orang. Yet kisah berkaitan hati sangat common dalam kehidupan. Mungkin, it's not that mustahil, you know?"
Kali ini Jay mengeluarkan nervous laugh. "I see. I guess it's time for me to experience my own 'kisah mustahil.' Jay bernada canda meskipun ada sedikit rasa ingin mula terbit dalam sanubari.
Share this novel